Friday, October 26, 2007

Dari pekerja balak to Angkasapuri






Enam orang pemuda Orang Asli suku Temiar, dimana tiga bersaudara yang selama ini hidupnya hanya berlegar di kawasan Kuala Betis selama ini, kini mempunyai harapan untuk merubah taraf hidup masing – masing apabila kumpulan mereka, The Pearl terpilih di antara 8 kumpulan yang layak untuk pertandingan Juara Asyik 2007, pertandingan kugiran anjuran Asyik FM.

The Pearl yang dianggotai oleh 6 orang pemuda iaitu:

Ismail bin Angah : Gitar Ritma
Jamaludin bin Abak : Bass
Arin bin Abak : Vokalist
Ramlan bin Abak : Gitar Utama
Razane bin Hashim : Drum 2
Medan A/l Amat : Drum 1

Mereka ini yang berusia diantara 19 sehingga 35 tahun, hanya bekerja sendiri dan pekerja balak, dan hanya bersekolah sehingga Darjah 6, telah mengharungi liku dan cabaran yang hebat ketika terpilih untuk ke peringkat akhir pertandingan Juara Asyik 2007.

Mereka yang hanya bermain muzik asas iaitu gitar akustik serta drum buatan sendiri dan hanya mendapat peluang untuk bermain dengan alat muzik elektrik dalam masa 30 minit hanya sekali sebulan, bergantung kepada keadaan kewangan, selepas mengharungi perjalanan sejauh lebih dari 60 kilomenter ke pekan Gua Musang.

Tetapi semangat juang dan keazaman mereka ini telah membolehkan mereka berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan peserta peringkat akhir yang rata –rata mempunyai pendedahan yang lebih luas dan lama.

Cita-cita mereka kita ialah bukan hanya untuk mengharumkan nama Gua Musang dan malahan negeri Kelantan tetapi lebih kepada kehendak dan keperluan untuk mengubah nasib hidup mereka.

YBM Tengku Razaleigh Hamzah selaku Ahli Parlimen Gua Musang telah memberikan sumbangan wang ringgit untuk memastikan kumpulan ini mendapat segala kelengkapan yang mengcukupi dan menjalani latihan untuk ke pertandingan akhir dan beliau juga berharap agar kumpulan ini akan mencapai kejayaan untuk menjadikan satu contoh kepada masyarakat di Gua Musang secara amnya.

Berbekalkan dengan lagu ciptaan mereka iaitu Pungguk Merindu, mereka berharap tuah berada sebelah mereka.

The Pearl akan turut serta bersama 7 kumpulan Orang Asli dari seluruh Malaysia akan bertanding di dalam pertandingan Juara Asyik 2007 yang akan berlangsung di Auditorium Besar Angkasapuri pada 27 Oktober ini. Siaran langsung akan diadakan di RTM1 bermula jam 830 malam pada 27 Oktober.

Thursday, October 11, 2007

Kebanggaan Ku Li - The Pearl






Supper bersama Rakyat di Restoran Tasik






10 Oktober 2007 - YBM Tengku Razaleigh telah meluangkan sedikit masa untuk minum kopi bersama rakyat , di Restoran Tasik, yang terletak di sebelah pejabat IPD Gua Musang, selepas beliau melawat kedai menjual daging dan ikan, di Bandar Baru Gua Musang.
Hadirin - hadirin dijamu dengan kerang rebus dan rojak buah serta minuman panas dan sejuk, sambil meluangkan masa bersamaa pemimpin kesayangan mereka, YBM Tengku Razaleigh.
Di majlis ini juga, YBM Tengku Razaleigh telah memperkenalkan kepada penulis kugiran "the Pearl" dari pekan Kuala Betis, Gua Musang yang telah berjaya memjadi finalis di dalam pencarian kugiran terbaik anjuran Asyik FM.
YBM Tengku Razaleigh kemudianya meluangkan masa untuk bergambar bersama hadirin sebelum bertolak ke Kota Bharu.

Lawatan ke Kedai Daging dan Ikan Segar dan Beku di Gua Musang






10 Oktober 2007 - Sejurus selepas tamant majlis moreh di Bukit Chekati, YBM Tengku Razaleigh telah berbesar hati untuk mengadakan lawatan kedai jualan daging dan ikan yang baru dibuka di Bandar Baru Gua Musang.

Kedai ini, menjual daging lembu segar dan beku serta pelbagai makanan laut, iaitu ikan, ketam dan udang dan mempunyai kemudahan peti sejuk yang luas, yang membolehkan kedai ini itu menyimpan banyak stok untuk kemudahan bersama.

Kedai ini adalah kedai yang pertama mengadakan konsep beku dan simpan untuk kemudahan pembelian pemborong dan pengguna biasa terutama di Gua Musang.

Majlis Berbuka Puasa dan Terawih di Gua Musang








Pada 10 Oktober 2007, YBM Tengku Razaleigh Hamzah telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa dan terawih di kawasan Parlimen beliau. Majlis ini diadakan si Dewan Serbaguna Bkt Chekati.
Majlis ini dihadiri oleh lebih dari 200 orang dan dianjurkan bersama oleh Pejabat Bahagian UMNO di Bukit Chekati.

Majlis dimulai dengan majlis berbuka puasa, diikuti dengan solat Maghrib. Diantara solat Maghrib dan solat Isyak, YBM Tengku Razaleigh telah ditemuramah oleh petugas RTM. Adalah dimaklumkan, intipati temubual tersebut berkisar dengan isu ECER, yang penulis yakin YBM Tengku mengutarakan pendapat dan pandangan beliau yang bernas dan relevan kepada rakyat secara umumnya.

Majlis pula diikuti dengan solat Terawih dan diakhiri dengan majlis moreh.