Sunday, September 2, 2007

"Pemain tempatan mampu gilap bakat hingga ke peringkat nasional" ujar Tengku Razaleigh






30 Ogos, Gua Musang - Pemuda - pemuda Gua Musang yang mempunyai bakat dan keinginan serta iltizam yang tinggi boleh meningkatkan kebolehan mereka dengan bantuan kemudahan - kemudahan sukan yang sedia ada dan juga kemudahan yang bakal disediakan, iaitu kompleks sukan yang bernilai Rm 3 juta, ujar Tengku Razaleigh ketika merasmikan majlis penutupan Bola sepak Liga Ku Li tahun 2007 bertempat di Padang Pusat Sivik, Gua Musang.


Beliau juga berharap pemuda - pemudi dapat menggunakan peluang yang ada untuk mengilap bakat masing -masing dan beliau yakin sekiranya disemat dengan keazaman serta kesabaran, adalah tidak mustahil untuk melihat pemuda dari Gua Musang menyarung jersi kebangsaan kelak.


Beliau menambah sukan bolasepak negara yang kini berada didalam kegawatan di peringkat antarabangsa tidak lah boleh dijadikan satu alasan untuk pemuda yang meminati bolasepak untuk tidak terus berusaha untuk meningkatkan taraf bolasepak negara.


Program ini yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang menyaksikan lebih 20 pasukan senior serta 10 pasukan tadika untuk merebut Piala Liga Ku Li. Pembarisan pasukan - pasukan ini telah diperiksa oleh YBM Tengku diiringi oleh Sdr Bazlan dan YB Mohamad Saufi.


Program ini dimulai degan ucapmula oleh Sdr Bazlan Kamarudin selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang diikuti dengan ucapan oleh YB Mohamad Saufi Deraman, selaku ADUN Galas.


Pemenang Liga Ku Li untuk kategori senior pada tahun ini jatuh kepada pasukan Ciku -1 FC yang terdiri daripada pemain - pemain bolasepak amatur yang merupakan generasi ke2 dan ke 3 peneroka di rancangan Felda Ciku.


Untuk foto - foto tambahan, sila layari ke: http://www.flickr.com/photos/12336187@N06/




"Perlu lebihkan aktiviti berbasikal di Gua Musang" gesa Tengku Razaleigh








30 Ogos, Gua Musang - Aktiviti berbasikal yang ternyata baik untuk kesihatan dan juga dapat membantu mengurangkan kos perbelanjaan adalah satu aktiviti yang perlu diperhebatkan, gesa Tengku Razaleigh, selaku Ahli Parlimen Gua Musang merangkap Ketua Bahagian UMNO Bahagian Gua Musang.


Beliau juga menambah aktiviti yang diadakan ini yang melibatkan pelajar - pelajar sekolah rendah di sekitar Gua Musang akan diperbanyakkan kepada 4 kali setahun dengan melibatkan ibubapa pelajar - pelajar terbabit.


Beliau menyatakan berbasikal dapat membantu pembonceng mengurang kos kehidupan yang meningkat akibat kenaikan harga minyak yang ketara. Beliau mengulas tentang pendekatan yang serupa diambil di negara -negara lain termasuk Belanda.


Beliau berucap ketika merasmikan penutupan program Mari Berbasikal Peringkat Parlimen Gua Musang anjuran Majlis Kecergasan Kebangsaan, Pejabt Belia dan Sukan Gua Musang dengan kerjasama Majlis Belia Jajahan dan Pejabat Pendidikan Daerah dan agensi - agensi kerajaan seperti Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Pejabat Kesihatan Gua Musang.


Sebelum itu, Ahli Dewan Undangan Negeri Gals, YB En. Mohamad saufi Hj Deraman memberi ucapan mula. Majlis ini diikuti dengan cabutan bonanza dan bertuah.

Untuk melihat foto - foto lain, sila layari ke: http://www.flickr.com/photos/12336187@N06/?saved=1

Saturday, September 1, 2007

"Kesedar bantu tingkat taraf hidup peserta" ulas Tengku Razaleigh





30 Ogos, Gua Musang - Penubuhan KESEDAR, Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan telah membantu para peserta KESEDAR untuk meningkat taraf hidup mereka berbanding pada masa lalu, ujar Tengku Razaleigh, selaku Ahli Parlimen Gua Musang ketika merasmikan Majlis Penyampaian Subagan Berbuka Puasa anjuran KESEDAR, yang berlangsung di Pusat Sivik Gua Musang tempohari.

Beliau juga berharap para peserta rancangan KESEDR untuk tidak akan bergantung hanya kepada KESEDAR kelak untuk meningkatkan taraf hidup mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Sebelum ucapan Tengku Razaleigh, Tn Hj Janudin Dollah, selaku Pengurus Besar KESEDAR memberikan ucapan mula. Majlis ini juga turut melihat kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri Galas, Neggeri serta Paloh serta ketua - ketua parti komponen Barisan Nasional di peringkat Gua Musang.
0
Majlis ini turut dihadiri oleh lebih 200 wakil - wakil masjid dan madrasah di seluruh kawasan Gua Musang serta wakil - wakil orang kurang upaya dan ibu tunggal.

KESEDAR, ditubuhkan pada 1978, berfungsi sebagai agensi untuk memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial dalam kawasan Kelantan Selatan.

Laman web KESEDAR: http://www.kesedar.gov.my/

Untuk lihat foto - foto lain, sila layari ke: http://www.flickr.com/photos/12336187@N06/

Tuesday, August 28, 2007

Wacana Ekonomi Melayu Bandar - "Mengisi Kemerdekaan"






Pada 28 Ogos 2007, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Petaling Jaya Utara (PJU) yang diketuai oleh Sdr Azlee terlah mengadakan satu program Wacana Ekonomi Melayu Bandar dengan kehadiran YBM Tengku Razaleigh Hamzah yang memberikan ucapan bertajuk "Mengisi Kemerdekaan".

Program ini telah diadakan di Hotel Singgahsana dan program ini bermula pada jam 8.30 mlm.
Program dimulai dengan makan malam berserta hiburan ringan dengan persembahan nyanyian oleh tiga orang penyanyi termasuk Sdr Radhi dari kumpulan OAG.

Seterusnya Sdr Azlee selaku pengerusi memberi ucapan mula sebelum diikuti dengan ucapan daripada YBM Tengku Razaleigh.

Ucapan Tengku Razaleigh, yang mengambil masa lebih kurang 1 jam kemudian diikuti dengan sesi soal jawab bersama hadirin, yang memakan masa selama 45 minit.

Program ini diadakan sebagai satu aturcara untuk menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke 50 yang hampir tiba. Program ini dihadiri oleh exco -exco Pemuda UMNO Bahagian PJU dan ahli - ahli Pemuda UMNO. Anggaran lebih kurang 100 orang telah hadir ke program tersebut.

Analisis ucapan YBM Tengku Razaleigh akan diletakkan di blog ini dalam masa terdekat.
Sila layari ke laman http://minaq-jinggo.fotopages.com/ untuk melihat lebih foto.

Sunday, August 26, 2007

"Dont question social contract"








(Bernama) -- 25 August 2007

Malaysians, especially those born after Merdeka (Independence) should refrain from questioning matters enshrined in the social contract entered into by the various races in the country, which also forms the pillar of the Federal Constitution, said Umno veteran Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.

He said the contract was agreed to by the nation's earlier leaders and any attempt to try and change it would only have adverse repercussions to national unity."If it (social contract) is to be revamped, I predict the nation will descend into chaos," he said at a special Merdeka Forum organised by the Culture, Arts and Heritage Ministry and National Writers Association (Gapena) at Rumah Gapena here tonight.

The non-stop 50-hour forum began at 8.35pm and is specially being held in conjunction with the nation's 50th independence anniversary celebrations. Some 100 experts in various fields will share their experiences and exchange views on Malaysia reaching 50 years as an independent nation at it.Tengku Razaleigh said lately a few people were trying raise issues regarding the contract like the position of Islam as the official religion of the federation and special privileges for Malays, as if these were not agreed upon when it was made when the nation gained independence in 1957

."If the guarantees laid out in it cannot be protected, a situation worse than May 13, 1969 (racial riots) may arise," he said, adding that the polarisation happening now must be wisely tackled by the nation's leadership.He added that the problems of middle income earners in the capital must also be addressed due the increase in the cost of living in the city now.

However, Tengku Razaleigh was optimistic the country had a bright future so long as citizens worked hard to build on the success attained thus, showed mutual respect for each other and nobody questioned the fundamental issues outlined in the social contract.

Among the other personalities who graced the forum tonight were Umno veteran Tan Sri Aishah Ghani, Gapena Chief 1 Tan Sri Prof Emeritus Ismail Hussein, BERNAMA Chairman Datuk Mohd Annuar Zaini, former Melaka chief minister Tan Sri Rahim Tamby Chik, former Tourism Minister Tan Sri Sabbaruddin Chik and Malaysian Arts Institute, Melaka chairman Prof Datuk Dr Abdul Latiff Abu Bakar.

Meanwhile, Aishah said national development since independence had witnessed women being given ample opportunities to be as good if not better then the men.She, however, disagreed with the concept of a "house husband" saying it was not compatible with Eastern traditions and culture.

Thursday, August 23, 2007

Perubahan Dasar Ekonomi Negara dan Perlembagaan Persekutuan








Penyampaian kertas utama oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah di Persidangan Undang - Undang Tuanku Jaafar 50 Tahun Perlembagaan Persekutuan

Anjuran: Fakulti Undang-Undang UKM

Bertempat di J.W. Marriot Hotel, Putrajaya pada Rabu, 22 Ogos 2007 jam 8 mlm.

1. Dalam ucapan saya sebelum ini di dalam satu majlis di Universiti Malaya dan saya ulangi apa yang saya kata di majlis itu “Tak banyak universiti ternama seperti Universiti Malaya yang sudi memberi penghargaan sebegini rupa kepada saya. Saya teringat, dulu, ketika saya berjawatan sebagai Menteri Kewangan, sebuah universiti lain pernah memberi penghormatan kepada saya dengan mewujudkan sebuah kerusi bagi pengajian ekonomi atas nama saya. Tak lama selepas itu, apabila saya dah tak jadi Menteri, kerusi pengajian tersebut dimansuhkan.

2. Ternyata, sorong tarik kerusi bukan sahaja berlaku di parlimen atau kabinet, ia juga boleh berlaku di universiti. Sejak kerusi tadi dimansuh,” inilah kali pertama saya diundang untuk mengambil bahagian dalam majlis yang dianjur oleh Universiti Kebangsaan Malaysia.

3. Hari ini saya terharu sekali. Saya diundang dan diberi penghormatan seperti ini bukan kerana saya seorang menteri atau sebagai orang besar. Saya hanyalah orang biasa. Saya bukanlah seorang ahli akademik. Bukan seorang yang bergelar ilmuwan. Kelulusan saya sekadar di peringkat ijazah pertama di bidang ekonomi, dan tak sempat menghabiskan pengajian ijazah pertama di bidang undang-undang. Saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada pihak universiti kerana sudi dan sedia menjemput saya untuk menyampaikan pandangan dalam Persidangan Undang-undang anjuran Univerisiti Kebangsaan Malaysia kali ini. Saya mengucap syukur ke Hadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah izin dan kurniaNya dapat saya hadir dan memenuhi jemputan daripada Fakulti Undang-undang ini, dan dapat pula saya menemui ramai para pendidik dan para hadirin kenamaan dalam majlis yang sangat bererti ini.

4. Mari kita lihat apakah rasionale di sebalik Dasar Ekonomi Baru.. Mengapakah Dasar Ekonomi Baru digubal? Apakah dasar ini betul atau salah dari segi implikasinya terhadap pembangunan ekonomi negara? Orang bukan Melayu dari dahulu hingga sekarang tidak bersetuju dengan dasar ini. Sebabnya tidak jelas kecuali sebab emosi dan bersifat etnik. Mereka menganggapnya sebagai agenda Melayu, sebagai dasar diskriminasi terhadap orang bukan Melayu dan sebagai dasar yang bertentangan dengan peraturan ekonomi kapitalisme atau ekonomi pasaran. Bahkan sekarang ada juga beberapa orang Melayu yang berkata bahawa Dasar Ekonomi Baru hendaklah dihapuskan dan orang Melayu tidak perlu dibantu lagi. Biar mereka membina daya saing dan bekerja kuat dengan usaha sendiri. Semua sangkaan dan perasaan ini dapat kita tangkis dengan mudah, dengan syarat orang mahu mendengar kebenaran dan bersikap rasional, tidak emosional atau ortodoks.

5. Pertama, Dasar Ekonomi Baru bukan agenda Melayu dan bukan merupakan ‘pakej ekonomi’ semata-mata tetapi lebih merupakan suatu bentuk ‘socio-economic reconstruction’ atau pembinaan semula keadaan sosio-ekonomi’ negara dengan matlamat yang lebih besar daripada setakat untuk menyelesaikan masalah ekonomi Melayu sahaja. Ia bertujuan untuk melakukan ‘koreksi’ (kata orang Indonesia) pada struktur masyarakat yang ditinggalkan oleh zaman sebelum merdeka dan menjadikan dasar yang baru itu sebagai suatu sistem keadilan ekonomi dan sosial merentas kepentingan ‘private’ dan etnik. Matlamat Dasar Ekonomi Baru itu akan dicapai tidak dengan cara merampas hak yang ada pada kaum-kaum lain dan memberikannya kepada orang Melayu. Ini cara Robin Hood, dan Dasar Ekonomi Baru bukan dasar ekonomi Robin Hood. Cara Dasar Ekonomi Baru ialah dengan memperluaskan saiz ekonomi negara melalui pertumbuhan ekonomi yang lebih pesat supaya dengan demikian ‘economic cake’ negara akan bertambah besar untuk membolehkan kaum Melayu mendapat bahagian 30% atau lebih itu tanpa secara eksponennya (‘exponentially’) mengurangkan kadar syer ekonomi kaum-kaum lain yang telah dan sedang mereka nikmati sejak sebelum dan dalam tempoh Dasar Ekonomi Baru.

6. Ada orang yang berkata bahawa Dasar Ekonomi Baru melanggar peraturan ekonomi pasaran atau ekonomi kapitalisme. Ini pandangan ortodoks ‘ilmu’ ekonomi pasaran yang realitinya tidak lagi dapat diterima begitu sahaja pada zaman post-colonisation atau ‘post-colonial Barat’ ini. Mereka seolah-olah percaya bahawa sistem ekonomi kapitalisme atau ekonomi pasaran itu keramat, boleh menyelesaikan segala masalah manusia, seolah-olah datangnya dari Wahyu Allah. Kalau orang secara taksub percaya bahawa ekonomi kapitalisme atau ekonomi pasaran boleh menyelesaikan segala masalah ekonomi dan sosial manusia, sepatutnya di Amerika tidak adalah kemiskinan, tidak ada masalah sosial, moral, jenayah, alkoholisme, dan budaya hedonisme yang merosakkan moral manusia. Di Amerika dianggarkan terdapat sejumlah kira-kira 30 juta penduduk yang dikatakan ‘hard-core poor’. Saya menganggap ini semua adalah hasil kapitalisme yang tidak dikawal, atau hasil pembangunan kapitalistik yang tidak adil, yang tidak dikawal dan imbangi dengan rancangan ‘social reconstruction’ dan tindakan ‘corrective intervention’ seperti yang cuba dilakukan melalui Dasar Ekonomi Baru. Kita akan mengalami masalah sosial dan etnik yang lebih serius sekiranya dasar pembangunan negara tidak berani membetulkan kejahatan atau kelemahan yang tersirat dalam sistem ekonomi pasaran. Kita tidak boleh menyerahkan nasib bangsa kita ditentukan semata-mata oleh kuasa pasaran bebas yang sebenarnya tidak bebas tetapi bersifat monopolistik dan eksploitatif.

7. Hari ini orang makin menyedari bahawa ekonomi pasaran bebas sebenarnya tidak bebas tetapi dikawal atau ditentukan menurut peraturan bangsa atau negara kapitalis dunia, misalnya melalui Pertubuhan Dagang Dunia (WTO). Amerika, pembuat fatwa peraturan dagang bebas yang ulung di dunia, sering mengarahkan negara-negara sedang membangun supaya jangan mengawal ekonomi dalam negeri mereka, atau supaya membebaskan ekonomi mereka daripada segala bentuk peraturan dan kawalan kerajaan. Ini mereka sebut peraturan ‘deregulation’. Sebarang bentuk subsidi kepada ekonomi dalam negeri, terutama sektor pertanian, hendaklah dihentikan.

8. Saya menganggap itu adalah ‘muslihat’ atau ‘fatwa penipuan’. Amerika tidak selalu mematuhi ‘fatwa’ ini; Amerikalah negara (selain beberapa buah negara Eropah) yang paling banyak membantu atau memberi subsidi kepada perusahaan agro atau perusahaan pertaniannya. Peraturan ini semata-mata bertujuan untuk membolehkan mereka menguasai pasaran dunia, untuk mengeksport produk pertanian mereka dengan harga yang jauh lebih rendah daripada produk pertanian negara sedang membangun. Ini mereka sebut ‘trade competition’ – persaingan perdagangan, konon! Akibatnya, sebagai contoh, perusahaan gula Mexico bankrap atau hampir bankrap kerana harga gula Amerika yang dieksport ke negara itu jauh lebih murah daripada harga gula keluaran domestik Mexico. Ini satu contoh sahaja.

9. Peraturan yang manipulatif dan monopolistik seperti itulah yang membawa kepada penjajahan baru atau neokolonialisme di seluruh dunia melalui proses yang lebih global, iaitu proses globalisasi. Pasaran dagang antarabangsa dan juga dagang domestik menjadi semacam ‘rimba Darwin’ atau the law of the jungle dengan peraturan ‘survival of the fittestnya’: di dalamnya haiwan yang kuat dan buas membaham haiwan yang lemah. Bayangkan, bagaimanakah negara-negara miskin di Afrika, di Amerika Selatan dan di Asia, boleh menjadi maju dan mampu bersaing dengan negara maju ekonomi (Amerika Syarikat, Jepun, Korea, negara-negara Eropah dan lain-lain) kalau mereka dipaksa mematuhi peraturan ‘pasaran bebas’ yang sama? Inilah peraturan yang dibawa ke Tanah Melayu oleh para pedagang asing tetapi orang Melayu tidak digalakkan mengambil bahagian dalam pasaran itu sehingga akhirnya mereka menjadi mangsanya – mangsa eksploitasi dan mangsa penjajahan ekonomi yang dikuasai oleh kapitalis asing. Orang Melayu tidak perlu diberikan ‘tongkat’; yang perlu diberikan kepada mereka ialah peluang yang saksama, berdasarkan potensi atau kebolehan dan kelayakan mereka, untuk mengambil bahagian dalam dunia perniagaan dan perusahaan di Tanah Air mereka sendiri sehingga mereka mampu bersaing dalam pasaran yang peraturannya semestinya adil, tidak bercorak penjajahan.

10. Sehubungan ini, baik saya ingatkan bagaimana kita dijajah oleh Syarikat East India Company Inggeris. Pegawai-pegawai kolonial British, termasuk yang paling terkenal daripada mereka, Sir Stamford Raffles, bekerja sebagai wakil Syarikat ini! Di Singapura, Raffles bagi pihak Syarikat ini, berjaya mendapatkan hak memiliki tanah Melayu, iaitu di Singapura, pulau milik Kerajaan Johor-Riau, mula-mulanya untuk mendirikan kilang Syarikat, akhirnya seluruh pulau Singapura jatuh ke tangan orang lain. Saya menyebut peristiwa ini untuk mengingatkan kita bahawa sejarah sering berulang. Jangan lupa, ‘hantu’ ‘Syarikat East India Company’ atau syarikat jenis itu masih ada, iaitu dalam bentuk syarikat transnasional dan multinasional yang sentiasa mencari kawasan di luar negara masing-masing untuk melabur di negara itu – termasuk di Malaysia, di Johor, dan di banyak kawasan lain lagi di negara ini. Kalau orang Melayu hari ini menyedari sejarah bagaimana Singapura jatuh ke tangan East India Company Inggeris mulai tahun 1824 dan seterusnya Singapura menjadi sebuah negara yang terpaksa dipisah dari Tanah Melayu, mereka tidak akan membiarkan sejarah itu berulang lagi di negara ini atau di mana-mana negeri Melayu di Malaysia sekarang dan di masa akan datang.

11. Kita perlu ingat bahawa kerajaan yang dipilih oleh rakyat negeri ini mempunyai tanggungjawab moral dan politik untuk mempertahankan kedaulatan, tanah dan pusaka nenek moyang kita daripada dikuasai atau dijajah sekali lagi oleh kuasa-kuasa asing atas nama ‘perdagangan bebas antarabangsa’ atau melalui pelaburan asing yang tidak dikawal secara politik dan moral oleh kerajaan.

12. Setelah sekian lama, orang Melayu gagal mencapai matlamat 30% ekuiti ekonomi dan korporat Melayu melalui Dasar Ekonomi Baru itu. Malah pencapaiannya rendah sekali; dikatakan tidak lebih 18%. Orang Melayu rata-rata mulai berasa resah, risau melihat keadaan mereka dalam bidang ekonomi, dalam bidang pendidikan dan dalam bidang sosial, makin ketinggalan, kalau tidak pun semakin teruk, berbanding dengan keadaan kaum lain. Reaksi Melayu ialah, mereka tidak berhenti-henti mengadakan pelbagai ‘kongres’, seminar dan perbincangan tentang ‘agenda Melayu’, tentang segala macam kehilangan yang mereka alami. Orang lain juga tidak berhenti-henti membincangkan ‘agenda’ mereka, sama ada secara terbuka mahupun secara diam-diam, tetapi perjuangan mereka ialah untuk menuntut kelebihan, menuntut hak itu dan ini sebagai tambahan kepada apa-apa yang sudah ada dan sudah mereka peroleh – tidak kurang diperolehnya daripada orang Melayu juga – sedangkan orang Melayu lebih sibuk cuba mempertahankan apa-apa yang masih ada pada mereka atau cuba menuntut kembali apa-apa yang sudah terlepas daripada mereka atau yang sudah jatuh ke tangan orang lain.

13. Di mana-mana sahaja saya berjumpa atau terjumpa atau diajak berjumpa dengan orang Melayu yang prihatin – intelektual dan para sarjana Melayu, ahli ekonomi Melayu, peniaga Melayu, ahli politik Melayu yang sedar dan berani bercakap, penulis dan sasterawan Melayu, penyokong kerajaan dan kaki bangkang kerajaan dan pemimpin, penyokong UMNO dan pengkritik UMNO, dan rakyat biasa – saya mendengar suara keluh kesah, suara kebingungan dan kehairanan melihat mengapa bangsa Melayu kelihatannya makin kehilangan hak mereka di Tanah Airnya sendiri. Dan sejak mutakhir ini, orang bukan Melayu makin lantang dan berani pula mempersoalkan agama Islam, hak atau kedudukan Melayu dalam sektor perkhidmatan awam, soal ‘kontrak sosial’ dalam Perlembagaan, soal mengapa tidak ada orang bukan Melayu menjadi panglima tentera sekurang-kurangnya berpangkat mejar jeneral. Ini menunjukkan bahawa orang Melayu makin lemah sehingga menyebabkan orang lain berasa mereka berhak mempersoalkan kedudukan Melayu di negara ini. Seolah-olah, di mata dunia, yang salah, yang jahat, ialah bangsa Melayu dan yang ‘tertindas’ ialah kaum lain! Kita seolah-olah sudah mulai takut untuk bercakap tentang kepentingan dan hak Melayu, takut untuk mempertahankan kedudukan bahasa Melayu yang merupakan bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan negara, takut untuk menegur kelemahan pemimpin.

14. Padahal orang Melayu mempunyai segala ‘advantage’ atau peluang dan kelebihan yang cukup baik untuk menjadi bangsa yang maju, ‘cemerlang, gemilang dan terbilang selepas tahun 1957. Mengapa tidak? Di negara ini Rajanya ialah Raja Melayu, PM dan TPM sejak dahulu ialah orang Melayu; menteri Melayu (atau menteri beragama Islam walaupun mereka bukan keturunan etnik Melayu) mengetuai kementerian penting, misalnya Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Kewangan, Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Kementerian Penerangan, dan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan. Ada pula Kementerian Hal Ehwal Islam. Menteri Besar semuanya orang Melayu, kecuali Ketua Menteri Pulau Pinang. Anggota pentadbiran awam Malaysia sebahagian besarnya terdiri dan diketuai oleh orang Melayu. Dan yang penting lagi, bangsa Melayu ialah bangsa beragama Islam, agama Wahyu, agama yang di dalamnya terkandung formula atau pedoman yang cukup lengkap tentang bagaimana manusia Muslim boleh dan mesti menjadi umat yang maju dan kuat di dunia, sebagai khalifah di dunia.

15. Tentulah ada sebab-sebab yang fundamental yang menyebabkan kemajuan bangsa Melayu tidak setara atau seimbang dengan kemajuan kaum lain. Kita jangan terlalu menyalahkan bangsa Melayu atas segala masalah yang mereka hadapi itu, misalnya dengan menuduh mereka malas, budaya mereka tidak maju, mereka mempunyai perangai PHD (pengkhianat, hasad dan dengki) – ini semua fitnah! – seolah-olah dalam kalangan bangsa lain tidak ada yang malas, budaya mereka budaya maju, dan mereka tidak berperangai PHD. Kita mesti lebih rasional, lebih bijak, dalam menangani masalah orang Melayu. Kita mesti bertanya: apakah kepimpinan Melayu tidak ikut bersalah? Apakah dasar dan sistem yang ada salah, atau baik tetapi banyak kesilapan, kesalahan dan penyelewengan di peringkat pelaksanaannya?

16. Pada hemat saya, antara faktor terpenting yang menyumbang kepada kejayaan Malaysia memacu ekonomi negara selama 50 tahun sejak negara merdeka adalah kestabilan politik dan ”a sense of security” (perasaan selamat) di kalangan pelabur tempatan dan asing.

17. Untuk mempertahankan kestabilan dan perasaan selamat pelabur ini, adalah penting sekali negara mempunyai prasarana undang-undang yang kukuh, jelas, adil dan saksama, disokong dengan institusi kehakiman yang utuh, bebas dan berwibawa.

18. Selain prasarana undang-undang dan institusi kehakiman, survival masa depan negara ini juga bergantung kepada semangat daya saing dan produktiviti yang tinggi.

19. Satu hakikat yang tidak boleh dinafikan (tetapi barangkali telah dilupakan oleh banyak pihak) adalah bahawa sejak negara masih lagi di bawah penjajah British, orang Melayu telahpun menikmati keistimewaan tertentu, misalnya berhubung peluang melanjutkan pelajaran dan memasuki perkhidmatan awam. Apabila negara mencapai kemerdekaan dan Perlembagaan Persekutuan digubal oleh Suruhanjaya Reid, Perkara 153 terus mengandungi peruntukan yang mengekalkan keistimewaan orang Melayu ini.

20. Apabila Persekutuan Tanah Melayu kemudian bergabung dengan Singapura, Sabah dan Sarawak pada tahun 1963 (menubuhkan Malaysia), Perkara 153 terus dikekalkan, dan istilah ”bumiputera” telah diperluaskan takrifnya untuk meliputi pribumi Sabah dan Sarawak. Singapura kurang senang dengan keistimewaan yang dinikmati oleh orang Melayu dan bumiputera; ia akhirnya keluar dari Malaysia pada 1965.

21. Secara lebih terperinci, kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak meliputi perkara berikut –

· Menyertai perkhidmatan awam (Perkara 153, Fasal 2, 3 dan 4);

· Ekonomi (Perkara 153, Fasal 6);

· Pelajaran (Perkara 153, Fasal 2, 3 dan 4);

· Tanah Rizab Melayu (Perkara 89 dan 90);

· Segala hak dan keistimewaan ini tidak boleh dipertikai dan dilindungi oleh Akta Hasutan 1948 (Pindaan 1971).

22. Perkara 153 secara jelas membuat peruntukan tentang kuota dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk lesen perniagaan, dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan membenarkan. Bagaimanapun, selepas diwujudkan DEB akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 (di waktu mana orang Melayu hanya memiliki sebahagian kecil kekayaan ekonomi negara), hak dan keistimewaan orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak diperluas kepada bidang lain – termasuklah ekuiti dalam perbadanan awam, dan diskaun antara 5% hingga 15% untuk membeli harta tanah

23. Pada 2003, kerajaan meminda sistem kuota kemasukan ke universiti awam dengan memperkenalkan dasar meritokrasi. Bagaimanapun, sistem baru ini terus ditentang dan dikritik oleh bukan bumiputera dan oleh sebahagian orang Melayu sendiri. Golongan bukan bumiputera yang membantah mengatakan bahawa mereka terpaksa mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang lebih susah, berbanding penuntut Melayu yang mendapat tempat di kelas matrikulasi, yang disifatkan lebih mudah. Kumpulan orang Melayu yang membantah dasar meritokrasi ini pula mengatakan bahawa ia merupakan satu diskriminasi terhadap pelajar Melayu luar bandar yang masih terkebelakang dalam pencapaian akademik mereka.

24. Akhir-akhir ini kedengaran pula suara sumbang (termasuk dari kalangan orang Melayu sendiri) yang mendesak agar DEB dan agenda ekonomi baru Malaysia segera dihentikan. Pihak-pihak penentang ini mahu keistimewaan orang Melayu dan bumiputera seperti yang termaktub dalam Perkara 153 Perlembagaan itu dihapuskan – kononnya pertama, kerana orang Melayu mesti diberi ruang dan galakan untuk berdiri sendiri dan terus berdaya saing dengan kaum lain serta pelabur asing di negara ini, dan kedua, pelanjutan keistimewaan ini merupakan satu ketidakadilan kepada kaum lain di negara ini.

25. Pihak penentang dan pengkritik ini juga cepat menyindir apa yang mereka anggap sebagai ”ketidakcekapan” kerajaan sedia ada yang dikatakan menjadi punca pertumbuhan ekonomi negara kita jauh ketinggalan berbanding pencapaian negara-negara jiran seperti Singapura, China, Indonesia dan beberapa negara Asia lain, yang pada satu ketika dahulunya berada di belakang kita.

26. Walaupun dasar ini gagal mencapai matlamat sepenuhnya, tetapi ia telah memberi wajah baru kepada negara ini, iaitu keyakinan rakyatnya bahawa, walaupun kita berbilang kaum, tetapi kecemburuan kaum tidak lagi diasaskan kepada pentakrifan ekonomi. Kita lebih bernasib baik. Dasar inilah yang melindungi kita dari terjebak ke dalam perbalahan kaum sewaktu krisis kewangan tahun 1997 dahulu. Perbalahan ini berlaku di Indonesia, tapi tak berlaku di sini. Tanpa Dasar Ekonomi Baru (DEB), mungkin apa yang berlaku di tahun 1969 berulang lagi di negara kita.

27. Sehubungan ini, jika pada satu masa dulu selepas DEB dilancarkan, terdapat Unit Khas atau Bahagian Penyertaan Bumiputera dalam pelbagai Jabatan dan Kementerian, Badan Berkanun, Perbadanan Awam (GLC) dan sebagainya, soalnya sekarang apa sudah jadi kepada Unit atau Bahagian tersebut? Jenerasi masa kini sudah lagi tidak merasakan kewujudannya. Jika jenerasi ini menghadapi masalah dan mencari penyelesaian, kepada siapa mereka boleh mengadu?

28. Bila ditanya golongan jenerasi sekarang mengapa mereka mula menentang DEB, mereka menjawab mereka berbuat demikian bukan kerana DEB telah berjaya mencapai matlamatnya (lantas tak perlu lagi diteruskan) atau sebaliknya telah gagal berbuat demikian (lantaran tak ada faedahnya diteruskan). Mereka menentang DEB kerana pada pandangan mereka ia sudah tidak relevan lagi, tidak berfungsi di atas landasan asalnya. Mereka mengatakan, misalnya, bahawa pelajar universiti kini terpaksa bergolok bergadai dan meminjam wang yang banyak untuk meneruskan pelajaran. Beban yang berat ini, kata mereka lagi, sekaligus menjadikan Perkara 153 tidak punyai erti lagi. Hak melanjutkan pelajaran, seperti yang termaktub dalam Perlembagaan, menjadi satu hak bayangan (illusion) semata-mata.

29. Perkara 153 Fasal (2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan adalah menjadi satu tugas (function) Yang di Pertuan Agong untuk ”memelihara” (safeguard) kedudukan istimewa (special position) orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak, selain mempastikan kuota dalam perkhidmatan awam, biasiswa, permit serta lesen dan sebagainya. Peruntukan Perlembagaan ini jelas menunjukkan bahawa hak yang dijanjikan oleh Perlembagaan bagi orang Melayu dan bumiputera terbahagi kepada 2 komponen utama – satu, kedudukan istimewa, dan dua, kuota mengenai hal-hal tertentu. Ia dua hak yang berlainan.

30. Lima puluh tahun selepas merdeka, orang Melayu secara keseluruhannya (yang tinggal di desa, di perkampungan nelayan, di tengah-tengah bendang dan di celah-celah kebun sayur, getah dan kelapa), bukan Melayu golongan elit yang duduk di kondominium mewah atau rumah bernilai jutaan ringgit dalam kawasan berpagar (gated communities) terus bertanya kenapakah ”kedudukan” mereka yang dijamin Perlembagaan terus mundur, tidak banyak berubah sejak dulu, bahkan mereka seakan-akan terus disisih dan dipinggirkan? Mereka juga bertanya kenapa begitu sukar sekali sekarang bagi anak-anak mereka mendapatkan biasiswa penuh (bukan pinjaman yang membebankan), menyertai perkhidmatan awam, memperolehi lesen dan permit serta kemudahan lain?

31. Persoalan-soalan seperti ini menuntut jawapan yang jujur dari kita semua, terutama dari golongan yang memegang kuasa negara.

32. Akhir kata, saya ingin menarik perhatian hadirin kepada satu peristiwa anih yang berlaku tidak lama dulu. Salah satu bank tempatan (GLC) telah mengenakan syarat kepada firma guaman yang mahu berkhidmat dengannya supaya firma itu ada paling minima seorang rakan kongsi Melayu (bumiputera) yang memiliki kepentingan dalam firma guaman berkenaan. Niat utama bank tersebut adalah semata-mata hendak membantu peguam Melayu (bumiputera) menikmati sebahagian kecil sektor perkhidmatan guaman di negara ini. Sepatutnya inisiatif bank ini dihargai dan disokong, memandangkan penyertaaan orang Melayu (bumiputera) dalam sektor guaman ini masih jauh ketinggalan berbanding pencapaian kaum lain. Malangnya, disebabkan bantahan dari pelbagai pihak (antaranya MCA, Majlis Peguam dan Persatuan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia) bank tersebut menerima ”isyarat” dari pihak atasan untuk menarik balik syarat tersebut; oleh itu, usaha murni bank untuk membantu peguam Melayu tempatan terkubur begitu sahaja. Peristiwa ini seolah-olahnya memberi gambaran bahawa Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan itu tidak punyai erti lagi. Wallahu `A`lam.

Sunday, July 29, 2007

Ucapan pada Syarahan Zaaba 2007 di Dewan Semarak, Institut Pengajian Melayu, Universiti Malaya pada 26 Julai 2007





1. Saya terlebih dahulu ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Universiti Malaya, khususnya Akademi Pengajian Melayu yang sudi memberi penghargaan kepada saya untuk bersama mengambil bahagian dalam Syarahan Za’ba untuk tahun ini.

2. Tak banyak universiti ternama seperti Universiti Malaya yang sudi memberi penghargaan sebegini rupa kepada saya. Saya teringat, dulu, ketika saya berjawatan sebagai Menteri Kewangan, sebuah universiti lain pernah memberi penghormatan kepada saya dengan mewujudkan sebuah kerusi bagi pengajian ekonomi atas nama saya. Tak lama selepas itu, apabila saya dah tak jadi Menteri Kewangan, kerusi pengajian tersebut dimansuhkan.

3. Ternyata, sorong tarik kerusi bukan sahaja berlaku di parlimen atau kabinet, ia juga boleh berlaku di universiti. Sejak kerusi tadi dimansuh, saya dah tak ingat bila kali terakhir saya diundang lagi ke universiti berkenaan.

4. Hari ini saya terharu sekali. Saya diundang dan diberi penghormatan seperti ini bukan kerana saya seorang menteri atau sebagai orang besar. Saya hanyalah orang biasa. Saya bukanlah seorang ahli akademik. Bukan seorang professor, dan bukan seorang yang bergelar ilmuwan. Kelulusan saya sekadar di peringkat ijazah pertama di bidang ekonomi, dan tak sempat menghabiskan pengajian ijazah pertama di bidang undang-undang.

5. Mungkin di zaman saya tak ramai orang yang berkelulusan universiti. Apa yang saya miliki ketika itu mungkin sudah memadai bagi saya ditarik untuk memainkan peranan dalam pembinaan bangsa dan negara. Almarhum Tunku Abdul Rahman, sahabat arwah ayah saya, yang saya juga memanggilnya ayah, telah memujuk saya menyertai politik. Alasannya, saya perlu bantu bina UMNO di Kelantan yang hampir tiada ketika itu. Katanya Kelantan hanya boleh dimajukan sekiranya ia diperintah oleh UMNO. Saya terima pelawaan Tunku itu.

6. Saya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan dalam tahun 1969 dan bendahari UMNO Malaysia selepas itu. Apabila sudah aktif dengan politik, cita-cita saya nak jadi antara orang Melayu pertama belajar di universiti hingga dapat dua “degree” tak kesampaian hingga hari ini.

7. Itu cerita tahun 60an. Cerita zaman Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri pertama. Pengasas Malaya dan juga pengasas Malaysia. Bagi saya, Tunku adalah seorang “creator” atau pencipta. Mencipta dari yang tiada menjadi ada. Dari dijajah menjadi merdeka. Dari Malaya menjadi Malaysia. Saya memandang beliau sebagai seorang yang sangat hebat. Kehebatan itulah yang menyebabkan sukar bagi saya menolak pujukannya untuk saya bersama dengannya. Saya lihat beliau banyak sekali berkorban untuk negara dan rakyat. Politik yang murni ialah mengenai pengorbanan. Menyertai politik bererti seluruh jiwa dan raga kita mesti dipersiapkan untuk menjadi kuli negara.

8. Lebih-lebih lagi tanggungjawab ketika itu besar. Bagaimana nak penuhkan harapan rakyat. Rakyat yang miskin ketika dijajah mahu menjadi kaya selepas tidak lagi dijajah. Rakyat mahu pelbagai kemudahan dan kemewahan yang tidak ada di zaman penjajah. Rakyat mahu apa yang ada di negara penjajah ada di negara ini. Ia bukan kerja mudah. Ketika itu kita tidak mampu mengadakan semua perkara yang dikehendaki. Bukan sahaja kerana kita kekurangan wang, tetapi kita kurang orang yang berkemampuan melaksanakan apa yang kita kehendaki. Kita pula tidak boleh menyalahkan penjajah lagi di atas kelemahan kita, sebab kita sudah merdeka. Sebab itu ramai yang bertepuk tangan apabila melihat negara kita hampir musnah akibat peristiwa 13 Mei. Terutama sekali di kalangan mereka yang awal-awal lagi menyatakan ketidakyakinan mereka tentang kemampuan kita mentadbir negeri kita sendiri.

9. Bila Tun Razak mengambil alih tampuk pemerintahan, beliau memulakan era baru kepada perjuangan kemerdekaan. Katanya, kemerdekaan politik dah selesai. Sekarang kita masuk ke fasa kedua, iaitu mencari kemerdekaan ekonomi pula. Katanya tanpa kemerdekaan ekonomi, makna kemerdekaan politik akan menjadi kosong. Ketika itu banyak perkara yang baru saya sedari dan pelajari. Makna kemerdekaan bukan sekadar pada pemerintahan sendiri. Bukan sekadar kepada pilihanraya untuk memilih kerajaan sendiri. Bukan sekadar kepada lagu kebangsaan dan kibaran bendera kita sendiri. Ia mengenai keupayaan kita menguasai sepenuhnya apa yang kita miliki. Penjajah sudah meninggalkan kita, tetapi ladang-ladang kita masih milik syarikat-syarikat mereka. Lombong kita - milik mereka. Minyak kita - pun milik mereka juga. Inilah sahaja kekayaan yang kita ada dan semuanya milik syarikat penjajah. Sebab itu Malaysia ketika itu dilihat kaya, tetapi rakyatnya miskin. Ternyata penjajah lebih bijak dari apa yang kita jangka. Mereka datang kerana nak miliki kekayaan kita. Mereka pergipun masih dengan tangan yang menggenggam kekayaan kita. Getah, kelapa sawit, timah dan minyak semuanya milik syarikat-syarikat yang disenaraikan di bursa saham London. Ketika itu tak banyak professor yang boleh nasihatkan kita tentang perihal bursa saham. Lebih-lebih lagi bagaimana nak masuk berperang di bursa saham London dan mengambil semula apa yang dibawa lari oleh penjajah.

10. Saya tak pernah jadi menteri semasa Tun Razak menjadi Perdana Menteri. Di zaman beliau, saya hanyalah seorang ahli “back-bencher” biasa dalam parlimen kita. Lagipun masa beliau memerintah, hanya sekali sahaja pilihanraya sempat diadakan, iaitu di tahun 1974. Walaupun Tun Razak pernah tawarkan jawatan menteri kepada saya ketika itu, saya lebih suka berada di alam perniagaan. Lebih-lebih lagi bagaimana nak bangunkan masyarakat perniagaan di kalangan orang Melayu. Banyak perkara asas yang mesti diselesaikan. Misalnya orang Melayu takut simpan wang di bank. Bahkan ada ajaran yang mengatakan haram mendekatkan diri dengan bank, apatah lagi bekerja dengan bank. Membawa bank kepada orang Melayu dan mengajar orang Melayu tentang pentingnya institusi bank dalam kehidupan adalah perkara fundamental yang perlu diselesaikan dahulu. Ia bukan sahaja kerana alasan budaya dan ajaran agama, tetapi ia juga bersifat politikal. Maka kita lahirkan Bank Bumiputra dan kita kembangkannya ke segenap pelusuk negara. Melaluinya, kita bukan sahaja mengajar orang Melayu mengenal nilai sebenar wang tetapi tahu mengendalikan wang melalui institusi perbankan. Ia sukar ketika itu, bukan sahaja kerana sumber kita yang terbatas, tetapi ia menuntut perubahan minda dan ideologi orang Melayu. Alhamdulillah, kini hal-hal seperti ini tak menjadi isu besar lagi.

11. Melayu tak akan ke mana kalau sepanjang masa kita terpaksa mengucapkan kata-kata menghapuskan kemiskinan di kalangan masyarakat kita. Kata-kata ini nampaknya tak berkesudahan. Bahkan orang akan melihat kemiskinan itu sudah menjadi tembok tempat orang Melayu berlindung untuk mendapat pelbagai keistimewaan. Benar, kemiskinan itu penyakit. Namun penyakit ini lebih banyak di hati bukannya di tubuh kita. Sekiranya kita percaya kemiskinan itu meletakkan kita hampir kepada kekufuran, tidak ada orang Melayu yang sanggup mengaku dia orang miskin. Orang Melayu yang kuat beragama Islam sudah pasti tak sanggup dilihat hampir menjadi kafir. Sepatutnya tidak ada orang Melayu yang meminta-minta kerana yang meminta-minta itu adalah tanda penyakit miskin yang tak patut dibanggakan. Sebagai penganut agama Islam, masyarakat Melayu sepatutnya menjadi masyarakat pemberi kerana dengan menjadi seorang pemberi sahaja ia lebih hampir kepada Tuhannya. Ajaran kita selalu mengingatkan, tangan yang memberi itu lebih baik dari tangan yang menerima. Amalan memberi sepatutnya menjadi asas utama kepada ibadat kita.

12. Mengubah cara berfikir yang membudaya dalam masyarakat kita ini bukan sekadar tugas seorang pendakwah yang boleh memberi tafsiran yang betul kepada ajaran Islam. Ia menuntut kepada perubahan watak keseluruhan orang Melayu itu sendiri. Perubahan watak tak akan berlaku dengan hanya memberi mereka kekayaan. Ramai yang sudah kaya tapi masih meminta-minta. Ramai yang sudah kaya tapi diperolehi melalui tipu muslihat untuk menambahkan kekayaan. Ramai yang menjadi kaya tetapi tak sanggup menjadi pemberi. Untuk menjadikan seorang yang dirinya kaya tidak sesukar untuk menjadikan seorang yang hatinya kaya. Ketika itu, ramai yang menjadi kaya serta merta kerana mendapat kawasan balak atau mendapat kontrak kerajaan. Selepas itu mereka meminta lagi. Setiap hari kita lahirkan orang yang dirinya kaya tetapi hatinya miskin.

13. Sebab itu agenda besar Tun Razak ketika itu mengubah budaya dan cara berfikir masyarakat kita. Katanya asas kemajuan negara ialah kepada pembinaan golongan kelas menengah yang besar. Mereka ini tidak semestinya seorang jutawan, tetapi golongan yang berpendidikan, profesional dan memiliki watak baru yang mampu bersaing, bersemangat untuk memberi dan boleh diketengahkan dalam apa jua suasana.

14. Pengambilan semula hasil minyak melalui penubuhan PETRONAS, atau ladang-ladang, atau lombong-lombong kita yang dikuasai oleh syarikat asing, di pertengahan tahun 70an, bukan sekadar manifestasi kepada semangat memerdekakan sektor ekonomi kita, tetapi lebih pada itu. Untuk mengendalikan semua sektor ini menuntut kita menyediakan pelbagai kepakaran dalam semua bidang. Kita mesti ada pelbagai jenis jurutera, pelbagai akauntan, pelbagai doktor, pelbagai pegawai pemasaran dan pelbagai pengurus. Kita memerlukan ramai orang yang tahu apa itu wang dan tahu menguruskannya dengan betul. Kita mesti ada pelbagai jenis kepten yang mampu mengemudikan pelbagai jenis kapal dalam negara kita. Mereka inilah yang memenuhi komposisi golongan kelas menengah kita yang diharapkan dapat mengubah budaya orang Melayu keseluruhannya.

15. Modus operandinya mudah. Kuncinya ialah pada pendidikan. Sejauh mana kita dapat mendidik dan melatih seberapa ramai anak-anak kita. Sejak itu kita mendengar pelbagai jenis biasiswa. Biasiswa kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, biasiswa PETRONAS, biasiswa Bank Bumiputra, biasiswa Bank Negara dan pelbagai lagi yang kita dengar ketika itu. Siapa yang mahu belajar, belajarlah setinggi mana dan pergilah ke mana yang mahu. Memberi pelajaran kepada orang Melayu adalah tuntutan Perjanjian Kemerdekaan yang menjadi asas perlembagaan kita hari ini.

16. Universiti dalam negeri tak cukup, tapi pastikan kualitinya terbaik. Mungkin kelengkapan ketika itu tak sebaik hari ini, namun golongan akademia lebih banyak diberi kebebasan dalam menentukan arah tujunya sendiri. Guru, pensyarah dan lebih-lebih lagi professor berada dalam kelasnya sendiri yang sentiasa disanjung tinggi. Kecemerlangan akademik dilihat saling seiring dengan kebebasan akademik itu sendiri. Pengaruh politik dalam akademik mesti ada hadnya. Ia sekadar untuk menjamin kestabilan dan tidak menyalahgunakan institusi murni. Benar, ada kawalan untuk mereka yang mengapi-apikan semangat perkauman sempit atau lain-lain unsur yang boleh menghancurkan negara, namun, peraturan yang ada tidak boleh dilihat untuk mempertahankan kuasa atau melindungi mereka yang menyalahgunakan kuasa. Lebih buruk sekiranya ia dibuat atas nama Melayu. Bahkan lebih buruk lagi sekiranya ia berlaku dalam institusi pengajian yang bergelar universiti. Menara yang dibuat dari gading mencerminkan kemurnian tertinggi dalam sesuatu negara. Ia lambang segala jenis idealisme yang perlu diterapkan dalam masyarakat dan budaya kita.

17. Pengaruh politik yang keterlaluan dalam pusat-pusat pengajian kita, akhirnya boleh menyebabkan nasib yang menimpa pasukan bola sepak kita akan menimpa intitusi pengajian kita. Kita mungkin juara kampung kerana melahirkan ramai anak-anak yang mendapat banyak A, tetapi terus kecil apabila bersaing dengan orang lain. Matlamat pendidikan Tun Razak untuk melahirkan kelas menengah yang berwatak besar tak akan kesampaian sekiranya graduan yang kita lahirkan masih bergantung kepada wakil-wakil rakyatnya untuk mendapat pekerjaan. Bagi anak-anak ini pula, ia tidaklah suatu yang menghairankan, sekiranya mereka turut melihat banyak jawatan penting di kalangan profesor merekapun, diperoleh melalui sokongan politik bukannya atas kecemerlangan akademik.

18. Inilah pandangan politik pemimpin di masa itu. Akibat peristiwa hitam selepas pilihanraya tahun 1969, kita melihat tahun 70an menuntut orang politik agar kurang berpolitik. Pandangan ini memungkinkan Barisan Nasional ditubuhkan. Gabungan Parti Perikatan dan lain-lain parti termasuk PAS, Gerakan dan parti-parti lain dari Sabah dan Sarawak untuk bekerjasama di bawah lambang yang sama memberi dimensi baru kepada keutamaan pemerintahan ketika itu. Mereka yang berkuasa tidak sensitif kalau hilang sedikit kuasa. Mereka yang menentang sanggup membenamkan gah masing-masing demi kepentingan nasional. Kesediaan berkongsi kuasa telah melahirkan sebuah kerajaan konsensus yang lebih besar dan padu. Sebab itulah ramai berpendapat, tempoh 6 tahun pemerintahan Tun Razak adalah tempoh paling penting dalam sejarah pembangunan negara. Tun Razak membuktikan bahawa pemimpin yang berjaya bukan pada rekod masa ia berada di tampuk pemerintahan, tatapi apa yang ditinggalkan dalam tempoh yang diberikan. Dalam tempoh tersebut PETRONAS ditubuhkan, Sime Darby dan London Tin diambil semula. FELDA yang menjadi tulang belakang kepada proses memberi tanah kepada orang Melayu dirancakkan. Kita melihat UDA, DARA dan pelbagai agensi pembangunan wilayah ditubuhkan. Semuanya untuk mengurangkan kemiskinan dan mengangkat martabat orang Melayu dalam masa yang singkat. Melayu diperbandarkan. Sekolah-sekolah sains, MRSM dan Universiti Kebangsaan yang menjadi simbol kepada kekuatan bahasa Melayu ditubuhkan. Tun Razak menjadi sumber inspirasi semua orang untuk berkerja dan berkorban kepada negara. Apalah kehebatan pembangunan hari ini, tanpa asas yang dibina oleh mereka yang terdahulu.

19. Dasar Ekonomi Baru adalah sebahagian daripada pakej ini. Ia bukan dilihat dari kacamata agenda Melayu yang sempit. Ia adalah agenda nasional yang lebih besar. Kesan dan hasilnya bukan hanya untuk orang Melayu sahaja tetapi untuk seluruh rakyat Malaysia.

20. Walaupun dasar ini gagal mencapai matlamat sepenuhnya, tetapi ia telah memberi wajah baru kepada negara ini. Iaitu keyakinan rakyatnya bahawa, walaupun kita berbilang kaum, tetapi kecemburuan kaum tidak lagi diasaskan kepada pentakrifan ekonomi. Kita lebih bernasib baik. Dasar inilah yang melindungi kita dari terjebak kedalam perbalahan kaum sewaktu krisis kewangan tahun 1997 dahulu. Perbalahan ini berlaku di Indonesia, tapi tak berlaku di sini. Tanpa Dasar Ekonomi Baru (DEB), mungkin apa yang berlaku di tahun 1969 berulang lagi di negara kita.

21. Keyakinan inilah membolehkan kita menjaja keluar negara tentang model Malaysia sebagai sebuah negara yang dipandang harmoni. Lebih-lebih lagi hari ini, punca konflik dunia tidak lagi pada perbezaan ideologi, tetapi mengenai pertelagahan etnik, budaya dan tamaddun. Bahkan apa yang berlaku di bumi Palestin dan Iraq hari ini menunjukkan mereka yang memiliki persamaan etnik, agama, bahasa, budaya dan tamaddunpun turut berbalah dan berbunuhan antara satu sama lain.
22. Sekarang, orang memandang tinggi negara yang bernama Malaysia. Ciri-ciri masyarakat pemberi semakin timbul pada hari ini. Di samping kerajaan, kita melihat banyak kumpulan-kumpulan bukan kerajaan yang bergerak di dalam dan di luar negara memberi sumbangan dalam pelbagai kerja kebajikan di tempat-tempat yang memerlukan. Ramai yang melihat dan menganggap kita sebagai rakyat yang bernasib baik. Perkataan nasib mungkin dikaitkan dengan soal kebetulan. Saya kata ia bukan kebetulan, kerana untuk mendapat apa yang dicapai sekarang menuntut kepada suatu perjuangan yang pahit kerana ia telah melalui jalan yang amat sukar.

23. Apa yang dinikmati ini, sepatutnya dihargai bersama. Bukan hanya orang Melayu tetapi semua kaum. Hari ini kita dipandang harmoni, tetapi ia boleh musnah begitu sahaja kalau kita tidak mempertingkatkan keharmonian ini dalam erti kata yang sebenar. Melayu yang dilihat mendapat sedikit kemudahan perlu sedar, perlindungan yang ada pada mereka hanyalah sekadar jaring keselamatan agar tak jatuh tersembam dalam perjalanan kehidupan ini. Untuk maju, mereka tak boleh bergantung kepada jaring itu selama-lamanya. Mereka mesti ke depan mengatur langkah sendiri untuk naik setinggi-tingginya menyahut cabaran global. Hambatan global melalui AFTA, WTO dan pelbagai perjanjian perdagangan bebas semakin menuntut kerajaan mempercepatkan proses agar orang Melayu semakin kurang kebergantungannya.

24. Bukan Melayu pula tidak boleh melihat sedikit perlindungan yang diperolehi Melayu ketika ini sebagai alasan untuk memandang rendah bangsa pribumi ini. Sebaliknya mereka mesti turut membantu agar Ekonomi orang Melayu cepat mencapai kedudukan yang setaraf dengan mereka. Sosial kontrak yang dipersetujui bersama oleh mereka yang mengasaskan negara ini, mesti dihormati. Ia berkaitan dengan pengorbanan satu kaum untuk menerima kaum lain menjadi sebahagian daripada anggota keluarga mereka yang besar. Tanpa menghortmatinya tak mungkin keamanan yang dinikmati bersama ini dapat dikekalkan selama-lamanya. Kita mesti akui keamanan tak akan tercapai tanpa keadilan sosial. Keadilan sosial banyak dilihat dari sudut pengagihan ekonomi. Sekiranya pengagihan ekonomi di negara ini dilihat tidak merata, ada pihak yang merasakan ketidakadilan berlaku. Mereka yang rasa diri mereka tidak ada tempat dalam kemajuan yang dicapai akan mengambil langkah pendek yang boleh meruntuhkan segala-galanya. Bagi mereka, tidak ada apa yang rugi, kerana mereka tidak memiliki apa-apa. Sebab itulah kaum bukan Melayu mesti melihat perkara ini secara terbuka untuk menjadikan negara ini terus dapat didiami bersama dan dinikmati bersama. Saya amat ingin melihat suatu masa nanti perpaduan yang tulin dapat diwujudkan. Bukan hanya peringkat luaran. Kita mahu Melayu, China, India dan lain-lain seiring sejalan kerana mereka setaraf dan saling memerlukan antara satu sama lain. Mereka saling berjiran, mereka adalah teman sepekerjaan, mereka pergi ke kelab yang sama, dan mereka saling bermesyuarat bagaimana memperbaiki masyarakat mereka bersama.

25. Tuntutan orang Melayu hari ini tidak pernah keterlaluan. Orang Melayu itu sendiri adalah kaum yang sangat akomodatif sifatnya. Mereka tak keluar dari negara mereka secara beramai-ramai. Kalaupun ada yang berhijrah mereka tak menuntut negara yang mereka duduki dengan pelbagai tuntutan agar orang di negara itu mengikut selera orang Melayu. Sebaliknya mereka akan mensesuaikan diri mereka dengan suasana setempat. Kita tidak mendengar mereka menuntut bahasa Melayu setaraf dengan bahasa rasmi negara itu, mereka tak tuntut supaya diberikan tanah yang luas. Kita tak mendengar orang Melayu di sana menuntut supaya diadakan sekolah-sekolah Melayu dan agama dibenarkan wujud di negara-negara yang mereka pergi.

26. Di Malaysia pun apa yang orang Melayu cuba pertahankan amat sederhana sekali. Agamanya, bahasanya, hormat orang pada raja-rajanya dan simbol-simbol yang dikaitkan dengan maruah orang Melayu itu. Banyak perkara ini bersifat sejarah, dan kecintaan kita dalam mengekalkan tradisi yang diamalkan oleh rakyat negara ini sejak turun temurun. Mempertikaikan hal-hal seperti ini amat menyentuh emosi dan sentimen kebanyakan orang kita. Mengekalkan hal-hal yang berkaitan tradisi seperti itu bukanlah ciri-ciri sebuah masyarakat mundur dan tidak terbuka. Orang di Britain dan Jepun pun begitu. Banyak perkara yang dipertahankan mungkin tidak banyak rasionalnya, tetapi banyak juga yang mempertahankan hak bangsa mereka ke atas tanah dan sumber negara sebagai lambang nasionalisme masing-masing.

27. Dalam konteks Malaysia, sejarah kemerdekaan kita adalah sejarah orang Melayu bangkit mempertahankan hak dan maruah bangsa mereka. Inilah sejarah nasionalisme Melayu. Tanpa semangat nasionalisme Melayu ini, mungkin kemerdekaan yang dinikmati hari ini tak tercapai. Nikmat ini bukan hanya untuk orang Melayu sahaja tetapi juga untuk orang bukan Melayu. Ini sejarah. Atas fakta ini orang Melayu sentiasa berasa ia lebih berhak dalam menentukan apakah itu pentakrifan negara bangsa yang nak diwujudkan. Sekiranya kita bersetuju dengan konsep bangsa Malaysia, orang Melayu sudah tentu mahukan bangsa Malaysia itu berteraskan bangsa Melayu. Ini termasuk pada budayanya, bahasanya dan adat resamnya. Ini juga termasuk hak mereka untuk dilihat tidak ketinggalan dalam semua lapangan ekonomi dan sosial. Seharusnya soal ini tidak patut dipertikaikan sekarang.

28. Sepertimana orang tidak mempertikaikan teras “Anglo-Saxon” dalam pentakrifan bangsa Amerika Syarikat dan Australia, sepatutnya orang tidak pertikaikan teras Melayu dalam pembinaan bangsa Malaysia. Tidak ada yang pertikaikan nama bahasa Inggeris atau English yang digunakan di Amerika Syarikat atau Australia, tetapi orang pertikaikan nama bahasa Melayu bagi bahasa kebangsaan kita sehingga kita menamakannya semula sebagai bahasa Malaysia. Walhal English juga hanyalah bahasa orang England, iaitu satu wilayah di Great Britain. Rakyat Amerika atau Australia tidak menuntut supaya bahasa yang sudah banyak diubahsuai di negara mereka ditukar namanya kepada “American language” atau “Australian language”. Ia tetap “English” kerana ia hanya untuk mencerminkan bahasa asalnya. Ia tetap dituturkan oleh semua rakyat negara itu, tanpa mengira keturunan. Samada di upacara rasmi atau tidak rasmi. Masing-masing akur kepada sejarah. Masing-masing menghormati tradisi. Bahkan tak ada yang mempertikai versi ajaran Kristian yang digunakan dalam banyak acara kenegaraan, mahkamah, ketenteraan dan pendidikan utama mereka. Mereka menghormatinya kerana ini adalah sebahagian kontrak sosial yang mereka terima dalam sejarah.

29. Kalau di negara tersebut rakyatnya boleh menerima pentakrifan bangsa berteraskan ciri-ciri “Anglo-Saxon” kenapa ramai yang masih menolak faktor Melayu dalam pentakrifan bangsa kita. Kenapa isu samada kita sebagai negara sekular atau tidak, masih dipertikaikan di saat kita sudah lama meletakkan perkataan Islam sebagai Agama Persekutuan di dalam perlembagaan kita?

30. Kesemua ini menuntut semua pihak lebih berlapang dada. Membangkitkan soal-soal yang menyentuh sentimen dan emosi sesuatu kaum akan merugikan semua. Sekiranya hubungan kaum kita tergugat, apa jua pencapaian kita dalam bidang ekonomi dan lain-lain bidang kemajuan tidak berguna.

31. Saya percaya, universiti ini, khususnya Akademi Pengajian Melayu, akan lebih aktif dan memimpin semua usaha ke arah mengukuhkan pemahaman semua pihak mengenai teras kenegaraan kita. Menguatkan bahasa, budaya dan amalan tradisi kita tidak seharusnya sekali lagi dilihat sebagai agenda Melayu semata-mata. Ia adalah agenda nasional yang mesti dihayati semua pihak. Sekiranya Jabatan Pengajian Melayu di Universti Beijing mampu melahirkan ramai pelajar China yang menghayati bahasa dan budaya Melayu, amat malang sekiranya Jabatan seperti ini di Malaysia tak mampu berbuat demikian. Saya yakin di bawah kepimpinan saudara-saudari di sini, soal seperti ini bukanlah sukar untuk diatasi. Saya percaya dengan sokongan semua pihak. Akademi ini bukan sahaja menjadi pemangkin kepada penghayatan Melayu sebagai teras pembinaan bangsa Malaysia, tetapi ia sebagai penjana kepada perubahan berfikir dan budaya orang Melayu untuk mampu berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di dunia. Saya percaya sebuah kerajaan yang berteraskan parti orang Melayu, institusi seperti ini mesti dimartabatkan sebaik mungkin.

32. Sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang sudi memberi penghormatan seperti ini kepada saya. Semoga Syarahan Za’ba akan terus di hati sepanjang masa. Saya ucapkan terima kasih di atas kesediaan hadirin sekalian mendengar ucapan saya. Semoga Allah memberkati kita sekalian dan menyatukan hati-hati kita untuk menjadi ummat yang bermaruah dan bermartabat.

33. Sekian, wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.