Friday, October 26, 2007

Dari pekerja balak to Angkasapuri






Enam orang pemuda Orang Asli suku Temiar, dimana tiga bersaudara yang selama ini hidupnya hanya berlegar di kawasan Kuala Betis selama ini, kini mempunyai harapan untuk merubah taraf hidup masing – masing apabila kumpulan mereka, The Pearl terpilih di antara 8 kumpulan yang layak untuk pertandingan Juara Asyik 2007, pertandingan kugiran anjuran Asyik FM.

The Pearl yang dianggotai oleh 6 orang pemuda iaitu:

Ismail bin Angah : Gitar Ritma
Jamaludin bin Abak : Bass
Arin bin Abak : Vokalist
Ramlan bin Abak : Gitar Utama
Razane bin Hashim : Drum 2
Medan A/l Amat : Drum 1

Mereka ini yang berusia diantara 19 sehingga 35 tahun, hanya bekerja sendiri dan pekerja balak, dan hanya bersekolah sehingga Darjah 6, telah mengharungi liku dan cabaran yang hebat ketika terpilih untuk ke peringkat akhir pertandingan Juara Asyik 2007.

Mereka yang hanya bermain muzik asas iaitu gitar akustik serta drum buatan sendiri dan hanya mendapat peluang untuk bermain dengan alat muzik elektrik dalam masa 30 minit hanya sekali sebulan, bergantung kepada keadaan kewangan, selepas mengharungi perjalanan sejauh lebih dari 60 kilomenter ke pekan Gua Musang.

Tetapi semangat juang dan keazaman mereka ini telah membolehkan mereka berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan peserta peringkat akhir yang rata –rata mempunyai pendedahan yang lebih luas dan lama.

Cita-cita mereka kita ialah bukan hanya untuk mengharumkan nama Gua Musang dan malahan negeri Kelantan tetapi lebih kepada kehendak dan keperluan untuk mengubah nasib hidup mereka.

YBM Tengku Razaleigh Hamzah selaku Ahli Parlimen Gua Musang telah memberikan sumbangan wang ringgit untuk memastikan kumpulan ini mendapat segala kelengkapan yang mengcukupi dan menjalani latihan untuk ke pertandingan akhir dan beliau juga berharap agar kumpulan ini akan mencapai kejayaan untuk menjadikan satu contoh kepada masyarakat di Gua Musang secara amnya.

Berbekalkan dengan lagu ciptaan mereka iaitu Pungguk Merindu, mereka berharap tuah berada sebelah mereka.

The Pearl akan turut serta bersama 7 kumpulan Orang Asli dari seluruh Malaysia akan bertanding di dalam pertandingan Juara Asyik 2007 yang akan berlangsung di Auditorium Besar Angkasapuri pada 27 Oktober ini. Siaran langsung akan diadakan di RTM1 bermula jam 830 malam pada 27 Oktober.

No comments: