Saturday, February 2, 2008

Berita Radio RTM Jam 5 pada 15 Ogos 2007

RAZALEIGH-PAS


Cita-cita besar PAS untuk menang 40-kerusi Parlimen dalam Pilihan raya Umum akan datang, sekadar impian. la mustahil dicapai. Ini ditegaskan oleh Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah. Beliau mengulas kenyataan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat clan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa. Laporan Shamsudin Mohammad:


"Menurut Tengku Razaleigh, kerusi Parlimen yang ada sekarang juga sebahagian besar dimenangi oleh komponen BN seperti MCA dan MIC yang tidak mudah untuk dirampas. Sejarah perjuangan Pas selama ini juga belum pernah menunjukkan kemampuan PAS berbuat demikian. Tengku Razaleigh yang juga Ketua Umno Bahagian Gua Musang berkata, BN yang bertunjangkan Umno yang dianggotai orang Melayu merupakan benteng terkuat dan belum ada sejarah yang menyaksikan ianya tumpas di tangan parti Iain.Tengku Razaleigh memberitahu media selepas Majlis Mesra Pemimpin dengan masyarakat Tionghua di Kampung Baru Gua Musang. Shamsuddin Mohammad melaporkan untuk Berita Radio RTM."

((PBR))

No comments: