Wednesday, May 7, 2008

Ku Li mampu dapat 60 pencalonan...

http://penpasksgb.blogspot.com/2008/05/ku-li-mampu-dapat-60-pencalonan.html

Abdul Rahim Sabri


Bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mempunyai harapan yang cerah untuk memperolehi 60 pencalonan dari bahagian Umno di seluruh negara untuk layak bertanding jawatan presiden dalam pemilihan Umno Disember ini, kata seorang pemimpin veteran Umno Selangor, Datuk Mazlan Harun.

Katanya, ini berdasarkan maklumbalas yang diterimanya sewaktu menghadiri majlis-majlis anjuran cawangan dan bahagian di seluruh negara.

Calon jawatan presiden diwajibkan memperolehi 30 peratus atau 58 pencalonan dari bahagian Umno untuk layak berbuat demikian. Manakala 20 peratus atau 38 pencalonan diperlukan bagi jawatan timbalan presiden, naib presiden (10 peratus atau 19 pencalonan) dan Majlis Tertinggi (5 peratus atau 10 pencalonan).

"Walaupun ada sindrom takut di kalangan ahli ahli Umno tetapi saya yakin Ku Li mampu mendapatkan sokongan 50-60 peratus bahagian untuk memperolehi 60 pencalonan untuk bertanding jawatan presiden," kata Mazlan ketika dihubungi Malaysiakini.

Pada masa ini, beliau menganggarkan kira-kira 30 peratus bahagian menyokong Tengku Razaleigh untuk bertanding jawatan presiden.

Manakala 20 hingga 30 peratus lagi, tambahnya, belum membuat sebarang keputusan "tetapi kita akan berusaha kuat untuk mendapatkan sokongan mereka".

Mazlan adalah anak kepada bekas menteri besar Selangor, Allahyarham Datuk Harun Idris yang turut terbabit dalam usaha membawa perubahan dalam kepimpinan Umno ekoran kekalahan teruk Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Baru-baru ini, beliau menganjurkan satu majlis perjumpaan cawangan di kawasan Subang Jaya untuk mendengar penjelasan Tengku Razaleigh mengenai keadaan terkini dalam Umno.

Sokongan akar umbi

Dalam pilihanraya tersebut, BN memperolehi 140 kerusi parlimen tetapi gagal mempertahankan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

BN juga kehilangan Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor kepada barisan pembangkang - PKR, PAS dan DAP - yang kini dikenali sebagai Barisan Rakyat.

PAS juga berjaya mempertahan kerajaan negeri Kelantan dengan tambahan kerusi Dewan Undangan Negeri.

Mazlan berkata, 'mood' di kalangan ahli Umno di peringkat akar umbi mahukan perubahan, tetapi tekanan dari atas cukup kuat supaya mereka tidak mengadakan mesyuarat khas perwakilan (EGM).

Beliau juga kesalnya kerana ahli-ahli Umno tidak menggunakan saluran EGM untuk melakukan perubahan walaupun ia sah mengikut perlembagaan parti.

"Terpulanglah kepada akar umbi sama ada mahu membuat perubahan atau tidak, (tetapi) rakyat akan menerima akibatnya sekiranya perubahan tidak dilakukan," tegasnya lagi.
Jelasnya lagi, isu-isu yang timbul seperti masalah jentera parti, soal calon yang dipilih, dan dan isu-isu yang tidak dijangka, dapat dibincang dalam EGM, tetapi peluang itu tidak digunakan dengan sebaik-baiknya.

Datuk Mazlan berkata Tengku Razaleigh akan turun padang di Selangor untuk menjana sokongan bagi bertanding jawatan presiden

5 comments:

ZURICH AL Qaaf said...

KU.. demi ALLAH dan Rasul.
Patik amat menyayangi KU..

tapi andaian ini tidak menjadi kenyataan..sebab DOLAH ni pun akan sekat selagi boleh..

Kamarulzaman Kamdias said...

AGM tahun inilah peluang terakhir utk umno buat keputusan paling penting..iaitu menyediakan pemimpin yg diyakini dan berwibawa utk dipersembahkan kpd rakyat pd PRU13 nanti.
Kalau ahli umno tak serius utk yakinkan rakyat menyokong umno tak perlulah ahli umno buat apa2..

Kerajaan Rakyat said...

Sedarlah wahai pemimpin UMNO, kamu semua sebenarnya telah menderhaka bukan hanya kepada Raja-Raja Melayu tetapi kamu juga telah menderhaka kepada Orang Melayu keseluruhannya dan rakyat Malaysia kesemuanya.

Dan kamu juga telah …… baca seterusnya di:

http://kerajaanrakyat.blogspot.com/

ZURICH AL Qaaf said...

banyak dosa dosa dosa yang DOLAH buat yang UMNO tek mengetahui KU

ZURICH AL Qaaf said...

Semuanya ini kembali bermain di dalam kepala saya ketika melihat dan meneliti kegawatan politik yang sedang melanda negara kita pada masa kini yang melibatkan para pemimpin harapan rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu.

Memang banyak hal peribadi yang saya tidak seharusnya turut terlibat sekiranya hal itu merupakan hal personal. Tetapi saya menjadi emosional sekiranya hal peribadi itu menjelma menjadi kecaman dan kritikan peribadi di antara tokoh-tokoh politik kita itu.

Ketika Dr. Mahathir mengumumkan penarikan dirinya daripada keahlian UMNO pada 19 Mei, bagi saya tindakannya itu adalah keputusan peribadinya, walaupun ramai terperanjat, terkejut, sedih dan dukacita.

Bagi saya, isu itu bukan sesuatu yang luar biasa kepada mereka yang mengenali siapa sebenarnya Tun Mahathir, tetapi yang lebih penting ialah bagaimana reaksi orang-

orang tertentu terhadap tindakan tersebut.

Datuk Seri Dr. Rais Yatim mengingatkan semua pihak tidak memberikan reaksi yang keterlaluan terhadap tindakan Dr. Mahathir dan Datuk Seri Mohd Shafie Afdal pula menyebut tentang ketidak wajarannya sifat keji yang dilemparkan kepada Dr. Mahathir sebagai “duri dalam daging”.

BERJASA

Ini kerana Dr. Mahathir merupakan pemimpin yang telah banyak berjasa dalam pembangunan negara dan bangsa kita. Serangan-serangan peribadi lain tidak perlulah saya kemukakan di sini, kerana saya percaya rakyat umum telah dapat membezakan antara kritikan peribadi atau sebaliknya.

Saya turut merasa dukacita kerana salah sebuah media elektronik turut memetik sebuah jurnal luar negara yang menyebut bahawa dengan berundurnya Dr. Mahathir daripada UMNO maka rakyat Malaysia sekarang adalah bebas untuk membangunkan negara ini tanpa gangguan.

Jelas sekali bahawa pandangan negatif terhadap Dr. Mahathir yang disuarakan oleh jurnal asing itu adalah pandangan daripada kalangan yang tidak merasa selesa terhadap kelantangan Dr. Mahathir yang selama ini mengecam dasar Barat dan penjajahan baru terhadap negara membangun seperti Malaysia.

Yang menjadi persoalannya, apakah media arus perdana kita seharusnya bertindak sebagai ejen untuk menyebarkan kritikan peribadi yang tidak beretika ini untuk diketahui oleh seluruh rakyat, sedangkan komen-

komen yang positf dan bermoral tentang tindakan Dr. Mahathir itu tidak diberikan tempat yang sewajarnya?

Kita tidak merasa pelik dan janggal sekiranya kecaman peribadi ini dibuat oleh penulis-penulis blog, terutamanya mereka yang berselindung di sebalik nama samaran. Semasa saya bertugas di Arab Saudi ramai juga kenalan dan tokoh-tokoh diplomat negara itu yang menyatakan kebingungan mereka kenapakah Dr. Mahathir dikritik hebat oleh orang Malaysia sendiri sedangkan rakyat dan para pemimpin negara Arab umumnya amat menyanjungi beliau sebagai tokoh negara membangun dan negara Islam? Saya menjawab bahawa krisis yang berlaku adalah krisis dalaman ibarat konflik antara adik abang.

Di sudut lain, saya merasa agak malu melihat bagaimana Kerajaan Singapura menampakkan imej mereka yang amat padu dalam gabungan antara pemimpin lama dan baru. Bekas Perdana Menteri mereka Lee Kuan Yew sering berkunjung ke Arab Saudi sebagai utusan khas kerajaan untuk menjalin hubungan perdagangan, pendidikan dan teknologi.

Seorang lagi bekas Perdana Menteri mereka, Goh Chok Tong bersama-sama dengan Perdana Menteri mereka yang baru juga berkunjung ke sana untuk mewujudkan hubungan dua hala yang amat produktif, sehingga hubungan mereka lebih berjaya daripada hubungan kita dengan Arab Saudi.

Saya pernah beberapa kali mencadangkan hal yang sama dilakukan di antara negara kita dengan Arab Saudi yang merupakan negara kaya dengan hasil minyak itu. Kembali kepada krisis kepimpinan yang sedang kita saksikan sekarang ini, maka saya rasa kepentingan dan kebajikan rakyat haruslah diberikan keutamaan oleh semua.

Rakyat akan merasa jemu dan hampa dengan aliran politik yang penuh dengan pertelagahan di antara pemimpin, seolah-olah hidup rakyat umum, mati mereka, makanan dan minuman mereka hanyalah politik dan politiking, sedangkan kebajikan dan kesejahteraan serta kemajuan rakyat semakin terpinggir atau terbenam di dalam krisis politik itu.

Rasanya kita telah terlalu lama membiarkan konflik di antara pemimpin lama dan baru kita sehingga berlarutan begitu rupa kerana sebab-sebab yang hanya dapat difahami oleh para pemimpin politik kita sahaja.

Bagi saya, krisis politik Melayu sekarang ini bukan hanya antara Dr.Mahathir dan Abdullah, tetapi di antara para pemimpin politik Melayu dan para penyokong masing-masing. Senario ampu mengampu dan tikam menikam dari belakang yang sering kita saksikan di dalam cerita-cerita bangsawan Melayu purba itu nampaknya sering menjelma kembali di dalam masyarakat kita sekarang.

Bercakaran

Buktinya sehingga kini, selepas lebih tiga bulan berlangsungnya pilihan raya, setiap hari kita hanya masih bercakaran tanpa berhenti dan krisis di antara Dr.Mahathir dan Abdullah juga tidak mendapat perhatian yang sewajarnya secara ikhlas daripada kepimpinan politik kita.

Orang Melayu tidak seharusnya membiarkan krisis berkenaan berlanjutan, satu penyelesaian yang beretika dan bermoral haruslah segera dicari untuk kepentingan umat Melayu keseluruhannya, bukan untuk satu kelompok dan puak yang tertentu.

Rakyat telah merasa muak dan bosan dengan politik kita yang tidak beretika dan bermoral ini, mereka mahu satu penyelesaian politik secara baik, agar isu-isu kehidupan rakyat pula akan mengambil agenda utama yang dibincangkan oleh para pemimpin politik mereka.