Saturday, September 27, 2008

Ku Li: Tolak penangguhan pemilihan parti

Tengku Razaleigh Hamzah menggesa ahli-ahli Umno supaya menolak penangguhan pemilihan parti itu hingga Mac tahun depan - atas alasan untuk melancarkan peralihan kuasa - kerana tiada peruntukan dalam perlembagaan parti itu untuk membuat demikian.
Katanya, jika pun ada peralihan kuasa mengikut perlembagaan parti, ia mesti dilakukan setiap tiga tahun sekali di semua peringkat.

Menurutnya, pelan Perdana Menteri yang juga presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menyerah kuasa kepada Timbalannya, Datuk Seri Najit Tun Razak umpama "menyerahkan harta" dari seorang kepada yang lain.

Tengku Razaleigh memberitahu sidang akhbar di kediamannya tengahari tadi bahawa pelan baru itu yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi Umno semalam, tidak boleh diterima kerana pemegang jawatan mesti dipilih oleh ahli-ahli mengikut peraturan parti.
Source- malaysiakini.com

Menurutnya, jika ahli-ahli Umno masin percaya dengan perjuangan dan sayangkan parti itu, beliau yakin, mereka akan menolak pelan peralihan kuasa itu.
Katanya, ia bukan satu sandiwara atau satu permainan, "mula-mula jadi, kemudian tak jadi, Disember, kemudian Mac, kemudian Jun. Buat keputusan! Ini bukan perkara kecil. Seluruh negara sedang menunggu untuk melihat apa yang jadi kepada kepimpinan Umno dan negara".
Tengku Razaleigh menekan beberapa kali sewaktu sidang akhbar tersebut bahawa pelan peralihan kuasa itu tidak demokratik dan telah menjadikan Malaysia bahan ketawa masyarakat antarabangsa.

Menurutnya, rakyat semakin gelisah kerana kekelirauan yang dicetuskan oleh pelan peralihan kuasa itu.
"Saya sendiri pun agak keliru," katanya.
Menjawab soalan, Tengku Razaleigh berkata beliau mahu mendapatkan pencalonan untuk bertanding jawatan presiden, tidak kira sama ada Abdullah akan mempertahankan jawatannya atau tidak.

Secara menyeluruh, bekas menteri kewanang berharap untuk mendapatkan 140 pencalonan untuk menang tanpa bertanding.

Abdullah kini berdepan dengan tekanan supaya melepaskan jawatan sebelum pemilhan parti itu.
Beliau memerlukan 30 peratus atau 58 pencalonan untuk layak bertanding daripada 191 bahagian Umno yang akan bermesyuarat mulai 9 Oktober ini.
Abdullah mempunyai masa sehingga 9 Oktober ini untuk membuat keputusan sama ada akan bertanding atau tidak jawatan presiden.
malaysiakini.com