Saturday, September 27, 2008

Ku Li: Tolak penangguhan pemilihan parti

Tengku Razaleigh Hamzah menggesa ahli-ahli Umno supaya menolak penangguhan pemilihan parti itu hingga Mac tahun depan - atas alasan untuk melancarkan peralihan kuasa - kerana tiada peruntukan dalam perlembagaan parti itu untuk membuat demikian.
Katanya, jika pun ada peralihan kuasa mengikut perlembagaan parti, ia mesti dilakukan setiap tiga tahun sekali di semua peringkat.

Menurutnya, pelan Perdana Menteri yang juga presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi untuk menyerah kuasa kepada Timbalannya, Datuk Seri Najit Tun Razak umpama "menyerahkan harta" dari seorang kepada yang lain.

Tengku Razaleigh memberitahu sidang akhbar di kediamannya tengahari tadi bahawa pelan baru itu yang diputuskan oleh Majlis Tertinggi Umno semalam, tidak boleh diterima kerana pemegang jawatan mesti dipilih oleh ahli-ahli mengikut peraturan parti.
Source- malaysiakini.com

Menurutnya, jika ahli-ahli Umno masin percaya dengan perjuangan dan sayangkan parti itu, beliau yakin, mereka akan menolak pelan peralihan kuasa itu.
Katanya, ia bukan satu sandiwara atau satu permainan, "mula-mula jadi, kemudian tak jadi, Disember, kemudian Mac, kemudian Jun. Buat keputusan! Ini bukan perkara kecil. Seluruh negara sedang menunggu untuk melihat apa yang jadi kepada kepimpinan Umno dan negara".
Tengku Razaleigh menekan beberapa kali sewaktu sidang akhbar tersebut bahawa pelan peralihan kuasa itu tidak demokratik dan telah menjadikan Malaysia bahan ketawa masyarakat antarabangsa.

Menurutnya, rakyat semakin gelisah kerana kekelirauan yang dicetuskan oleh pelan peralihan kuasa itu.
"Saya sendiri pun agak keliru," katanya.
Menjawab soalan, Tengku Razaleigh berkata beliau mahu mendapatkan pencalonan untuk bertanding jawatan presiden, tidak kira sama ada Abdullah akan mempertahankan jawatannya atau tidak.

Secara menyeluruh, bekas menteri kewanang berharap untuk mendapatkan 140 pencalonan untuk menang tanpa bertanding.

Abdullah kini berdepan dengan tekanan supaya melepaskan jawatan sebelum pemilhan parti itu.
Beliau memerlukan 30 peratus atau 58 pencalonan untuk layak bertanding daripada 191 bahagian Umno yang akan bermesyuarat mulai 9 Oktober ini.
Abdullah mempunyai masa sehingga 9 Oktober ini untuk membuat keputusan sama ada akan bertanding atau tidak jawatan presiden.
malaysiakini.com

21 comments:

yiemega said...

tuan punya blog,

saya juga tidak bersetuju dengan penangguhan tersebut....

yang benar,

yiemega

http://www.suaragenerasimuda.com
http://www.besutlonih.com
http://penyokong-kuli.blogspot.com
http://penyokongkuli.wordpress.com

Nal said...

Apakah kebaikan dan keburukan yang kita dapat dari penangguhan ini?

apakah kebaikan pula penolakan Ku ini?

Anonymous said...

Nampak gayanya semua MT telah menjadi Flip Flop juga, seperti kata mantan PM, Ahli Majlis Tertinggi, bukan lagi tinggi dan tidak boleh dipercayai untuk memulihkan parti dan kerajaan.
Orang kuat di pahang dulu pernah berkata, sepatutnya kesemua ahli MT patut meletak jawatan dan adakan pemilihan sejurus keputusan PRU lalu.
MALUNYA NEGARA KERANA DIPERINTAH OLEH PASUKAN PEMERINTAH YANG TIDAK BERPERATURAN DAN BERPENDIRIAN.
USAHKAN GOLONGAN TERPELAJAR DAN ANAK MUDA MAHU MENDEKATI UMNO MEREKA DIKAMPUNG PUN MULA BERCELARU DAN MELUAT DENGAN UMNO.

NAK HARAPKAN DATUK NAJIB, DIIKAT OLEH PM PUN TAK DAPAT BANGUN, APATAH NANTI DIIKAT NEGARA LUAR.....JAWABNYA TERGADAI LAH.

KITA BERHARAP KU LI TIDAK SAMPAI TERPAKSA MENGUMPUL SAKI BAKI TULANG UMNO 2-3 TAHUN LAGI.

Anonymous said...

Dear Ku Li,
i am just an ordinary malaysian citizen. i have been your supporter for a long time, since the 80's when you had the steel to take on Dr M in 87. i have been watching your political career and i note that you have always stuck to your principles. the latest so called "hand over" proposal by the Umno Supreme Council is a joke. This is a clear indication of how out of touch Umno's top leaders are with reality. your right , we are a laughing stock for the whole world. Please Sir, i beg you, get out of Umno. The top leaders will see this stupid proposal thru because hundreds of millions have been pumped in to secure what they want. it's time to get out sir.

Anonymous said...

Dear Ku Li,
Saya setuju dengan pendapat saudara diatas tadi dengan syarat
melihat dahulu apa yang dijanji MT,

Lepas itu kumpulkan MP UMNO yang berwawasan dan berani, keluar dari UMNO dan berdiri sebagai MP Bebas, Satukan kembali dengan Pejuang UMNO dari MP PR dan saya percaya itu lah juga yang lebih baik yang difikirkan oleh MP Pas yang liberal serta MP Barisan lain.

Negara memerlukan pemimpin teguh pendirian dan yang lebih cerdik untuk memimpin.

Pak lah tahu akan pertimbangan pengundi nanti yang Datuk Najib tak layak jadi PM dengan sekandal-sekandal yang bakal diungkit dan nantinya ianya terpaksa melutut kepada ugutan....

EK said...

Sejak kecil lagi, saya memang kagum dengan kebolehan Ku Li dalam bidang ekonomi dan bisnes.

Saya rasa jikalau bukan kerana kematian Tun Razak yang tidak dijangka, Ku Li sudahpun menjadi PM sejak dulu-dulu lagi. Mahathir hanya bertuah sikit sahaja. Dia bukan pandai sangat.

Memandangkan situasi sekarang yang memihak kepada Najib, peluang Mahathir untuk menyokong Ku Li dalam pemilihan UMNO adalah tipis sekali.

Kalau Mahathir dan Muhydin tidak pakat dengan Ku Li kali ini, apakah peluang Ku Li dalam pencalonan dan pemilihan?

Jadi, mengapa Ku Li tidak berfikiran terbuka atau think out of the box?

Mungkin saya bodoh, tetapi barangkali Anwar adalah pilihan yang baik.

Walau bagaimana pun, itu adalah pandangan peribadi saya sahaja.

Terima Kasih,

EK
"Menyokong Ku Li Menjadi PM Ke-6"

Anonymous said...

Datuk Najib....kes bahaya buat negara.

Kurang keberanian.

Tiada Pendirian..nampak gaya lagi teruk dari Pak Lah

Macamamana dengan Skandal-skandal seks dan pembunuhan yang dikaitkan dengannya, tak adakah nanti ugutan-ugutan dari dalam dan luar negara.

Belum teruji kebijaksanaanya.

zeme said...

Salam,

Teruskan perjuangan YBM Ku Li, doa rakyat tetap bersama. YBM Ku Li juga pernah berkata "sebagai seorang ahli politik kalau hari ini saya tenggelam, besok insyaAllah saya akan timbul balik. saya akan bangkit dengan segala kekuatan untuk memimpin rakyat.."

Salam aidilfitri, maaf zahir batin buat YBM Ku Li dan semua.

Wasalam.

Faizal Zakaria's Blog said...

Keputusan dah dibuat..

Kena sabar je lah :-)





Selamat menyambut hari lebaran semuanya :-)
Saya doakan semuanya berbahagia dan selamat pulang ke destinasi ;-)





Amalan Rasuah Dan Pemuda UMNO Perlu Dibersihkan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com

FAUDZI said...

Akum KU

apa nak buat semua kaki angguk aja.

berjuang terus berjuang untuk kebaikan agama, bangsa dan negara

salam idulfitri

www.pantausblog.blogspot.com

DNL said...

Salam Ku,

Raya dah habis dah .... dah lama daaaahhhhhhhh

Paklah pun dah nak blah. Bila lagi nak umum ni. Tanding ke tidak. Oh ya salam kat Dato Zainuddin lama tak jumpa.

Salam

Anonymous said...

kenapa cawangan kelantan tidak banyak mencalonkan Tengku Razaleigh sebagai Calon Presiden? YBM Tengku Razaleigh lebih hebat dari Najib.

Anonymous said...

Cadangan : UMNO akan lebih kuat dan disokong jika menjadi
United Muslim Nasional Organization...

Pokcik Kordi said...

Bo lah jadi United Malay Nasional Organization. Byk karut marut.Kalu terbuka kpd muslim, maka mualaf dr klgn org Cina, india ,etnik lain boleh join jg.ko guane?

Pok Kob said...

Najib...Najis....opsss Najib? bolehkah jadi PM?ada berapa dalil yg bolehkan Najib Mongolia jadi PM?

Pok Leh said...

Ambo pernah gi jumpo Ku Li kat umah dio...pakai kain pelikat je.. pemimpin berjiwa rakyat.Rakyat berjiwa Pemimpin.Pemimpin berjiwa memimpin rakyat.

Anonymous said...

Siapa yg pakai kain pelikat? pok Leh ko?atau Ku Li?

pok leh said...

Ku Li lah pakai kain pelikat..(Palayakat...org India tulih)

Anonymous said...

Manifesto Dato' Sri Mohd. Najib Tun Razak; Kepada Tuhan Saya Berserah

Dengan segala takzim dan rendah hati saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan Mac 2009 kelak.
:: Maklumat Peribadi ::
Nama : Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak

Tarikh Lahir : 23 Julai 1953
Tempat Lahir : Kuala Lipis, Pahang


Status Perkahwinan : Berkahwin dengan Datin Paduka Seri Rosmah Mansor
5 orang cahayamata (3 lelaki dan 2 perempuan)
1. Mohd. Nizar
2. Puteri Norliza
3. Mohd. Nasifuddin
4. Nooriyana Najwa
5. Norashman Razak
Pendidikan : 1974 - B.A. (Hons) Industrial Economic - Nottingham University, United Kingdom
Portfolio : Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan
Alamat Pejabat : Pejabat Timbalan Perdana Menteri,
Aras 4, Blok Barat,
Bangunan Perdana Putra,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya, Malaysia

No Telefon : 603-88881950
No Faks : 603-88880035







:: Kerjaya ::

2004 Timbalan Perdana Menteri
2008 Menteri Kewangan

1999 - 2008 Menteri Pertahanan
1995 - 1999 Menteri Pendidikan

1990 - 1995 Menteri Pertahanan
1987 - 1990
Menteri Belia dan Sukan
1986 - 1987 Menteri Kebudayaan Belia dan Sukan

1982 - 1986 Menteri Besar Pahang
1982 - 1986 Pengerusi Lembaga Kemajuan Negeri Pahang

1982 - 1986 Pengerusi Majlis Perbandaran Kuantan
1981 - 1982 Timbalan Menteri Kewangan

1980 - 1981 Timbalan Menteri Pendidikan
1978 - 1980
Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos
1974 - 1976 Eksekutif Petronas


:: Politik ::
Sept. 2004
Timbalan Presiden
1993 - Sept. 2004 Naib Presiden

1997 Pengerusi Biro Pendidikan
1988 - 1993 Ketua Pemuda

April 1987 Memangku Ketua Pemuda
1986 Pengerusi BN Negeri Pahang

1986 - 1987 Timbalan Ketua Pemuda
1983 - 1988 Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Pahang

1982 - 1983 Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan UMNO Negeri Pahang
1982 - kini
Ketua UMNO kawasan Pekan, Pahang
1980 - 1982 Timbalan Ketua, UMNO kawasan Pekan, Pahang

1978 - 1986 Ahli EXCO Pemuda UMNO Pusat
1976 - 1980 Ketua Pergerakan Pemuda UMNO kawasan Pekan, Pahang


:: Sosial ::

1980 - kini Ahli Kehormat FreeMason Malaysia
1995 Presiden SEAMEC

1988 - 1996 Pengerusi Yayasan Gerak Bakti Kebangsaan
1982 - 1986

Pengerusi Pahang Foundation
1977 - 1979 Pengerusi Majuternak
1977 - 1979
Persatuan Belia Malaysia
Ahli Royal Sentul Golf Club

Ahli Royal Selangor Golf Club
Ahli Raintree Club

Ahli Royal Pahang Golf Club
Ahli Subang Golf Club

Ahli Saujana Resort (M) Bhd
Ahli Royal Darul Makmur Golf Club

Ahli Lake Club Club
Ahli Air Force Recreational Club




Saya telah diserang oleh musuh-musuh saya kononnya saya mengamalkan upacara agama Hindu. Semua bolehlah merujuk kepada Dato' Sri S Samy Vellu yang mana beliau boleh mengesahkan bahawa saya tidak pernah bersama-sama dengan beliau di sebarang majlis upacara agama Hindu. Saya sanggup bersumpah dengan nama Tuhan bahawa saya adalah seorang Muslim yang beriman denganNya.

Saya terus dikaitkan dengan pembunuhan Altantuya. Saya sekali lagi ingin bersumpah dengan nama Tuhan bahawa saya tidak pernah mengenali darihal Altantuya. Saya sanggup dihadapkan ke mana-mana mahkamah demi membersihkan semula nama saya yang cuba dicemari oleh mereka yang iri hati kepada pencapaian saya selama ini dalam membangunkan bangsa dan negara. Saya ingin menafikan komunikasi SMS saya dengan peguam Datuk Muhammad Shafee Abdullah mempunyai sebarang unsur salah guna kuasa.

Saya ingin menafikan sekeras-kerasnya berkenaan dakwaan saya terlibat dalam skandal perolehan helikopter Eurocopter Cougar EC-725. Ianya dibuat melalui proses dan peraturan seperti yang ditetapkan. Kementerian Pertahanan menerima keputusan dan persetujuan dari Kementerian Kewangan untuk memilih tender Eurocopter dan Kementerian Pertahanan mengeluarkan LOI kepada penender itu pada 15 September 2008. LOI boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan secara kebetulan ia dikeluarkan pada 15 September 2008. Saya ingin menyatakan kesediaan saya untuk disiasat oleh PAC atau BPR!

Saya mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa Perwakilan khususnya amat bijak dalam membuat pilihan mereka untuk menentukan pemimpin pada Mac depan. Mereka bijak menilai siapakah pemimpin sebenar yang membela bangsa dan siapakah yang pernah belot kepada perjuangan Umno dan menjadi agen negara asing.

TAWARAN SAYA SEBAGAI PRESIDEN UMNO

Saya akan mempertahankan ketuanan Melayu sehingga ke titis darah yang terakhir sekiranya saya mendapat mandat Perwakilan Umno sebagai Presiden Umno pada Pemilihan Mac 2009. Inilah janji dan ikrar saya kepada Almarhum ayahanda saya sebelum beliau meninggal dunia.

Saya akan membentuk Majlis Penasihat Presiden dengan dianggotai oleh tokoh-tokoh Umno yang telah bersara terutamanya bekas Perdana Menteri bagi menghargai pandangan dan idea mereka dalam membawa negara mencapai Wawasan 2020. Saya akan memastikan bahawa keluarga saya tidak akan terlibat dalam perniagaan atau campur tangan dalam urusan pentadbiran negara. Saya akan menunaikan tanggungjawab saya tanpa sebarang pengaruh negara luar.

Kita sedar bahawa BN agak tercalar sedikit dalam keputusan Pilihanraya Umum Mac lepas. Saya akan melakukan apa sahaja bagi mengembalikan kegemilangan Umno dan Barisan Nasional. Saya tidak akan teragak-agak untuk menggunakan apa cara sekalipun bagi menghapuskan elemen-elemen perosak kestabilan dan keamanan dalam negara.

Akhir sekali saya ingin menyatakan kesediaan saya untuk bekerjasama dengan mana-mana pemimpin Umno yang mendapat mandat Perwakilan Mac depan. Masa depan bangsa yang bersifat "Glokal" akan terus megah berdiri dalam mengharungi arus globalisasi.

Kepada Tuhan saya berserah!

Anonymous said...

semua orang takut KU LI.org melayu pandai tido dan buat anak jer

Anonymous said...

Dear Ku Li

i) Please update your blogspot with new comments on issues that are pertinent to this nation.

ii) You are a prince from a royal household. That royal household is known to be 'in-the-line' of the descending hereditary line of the Prophet Muhammad saw. That makes you a "AHLUL BAIT RASULLULLAH saw' and as mentioned by the great prophet himself, YOU have a duty to mankind, like him....

iii) Based on ii) above, you are expected to lead this nation and not just lead UMNO...you can lead this nation from OUTSIDE UMNO. Once in UMNO, you are 'caged'. Get out and LEAD, show leadership, like your own forefather, The Prophet himself!....

I sincerely pray (doa) and hope that Tengku WILL make this difficult choice after March 09....

Tengku, I have met you once, and I will meet up with you again in the not so far future.....

Wassalam

Sincerely

The MIND!!!