Monday, June 30, 2008

MALAYSIA: NO PROVISION IN UMNO FOR SUCCESSION PLAN FOR NAJIB TO BE UMNO PRESIDENT, SAYS RAZALEIGH

MALAYSIA: NO PROVISION IN UMNO FOR SUCCESSION PLAN FOR NAJIB TO BE UMNO PRESIDENT, SAYS RAZALEIGH

JOHOR BAHARU, Malaysia June 29 (NNN-BERNAMA) -- Tengku Razaleigh Hamzah claims that there is no provision in Umno for a succession plan for Najib Tun Razak to become Umno president.Contrary to what had been said among Umno members about a succession plan where Najib would take over the post fromAbdullah Ahmad Badawi, Tengku Razaleigh claimed that there was none.It had been reported that Abdullah would relinquish the post to Najib.

"There is no such thing as succession plan as the right is vested with the members. After three years there would be an election process at all levels."(Only) if you die midstream (while holding a post) then somebody will succeed you in acting capacity," said Umno veteran Tengku Razaleigh Hamzah to pressmen after a Meet-the-People Session organised by the Johor Malay Veterans (Protem) Club today.

He was asked why Najib has to contest for the Umno presidential post in Umno election in December when there was a succession plan for him to become the president and Prime Minister.Najib was reported in The Star newspaper as saying that he would make a decision at the appropriate time whether to accept nominations to contest the president's post at Umno's polls in December .

Ku Li said everybody in the party was eligible to offer to contest for any post as long as they hade the credibility, integrity and followed the party’s constitution.Ku Li himself will also be vying for the top post.At the function, Ku Li explained to the people that he could not talk about anything that could be construed as an act of campaigning as stated in Umno’s little red book of code of ethics.

He said he would not jeopardise his chance of contesting for the president's post as, if found committing any offences against the code of ethics, he might face expulsion and this would disappoint his supporters.’Meanwhile, he urged about 300 people attending the function to rally behind their ruler, Sultan Iskandar Ismail, in his highness efforts to reclaim Batu Puteh.—

NNN-BERNAMA

17 comments:

Pesanan Keramat said...

Saya terbaca di satu blog bahawa Tan Sri Sanusi memetik sebahagian dari kata-kata Alexander Fraser Tytler dalam ucapannya di Telok Kemang pada Julai 12hb, 2008.

Petikan itu seperti di bawah:

From bondage to spiritual faith; From spiritual faith to great courage; From courage to liberty; From liberty to abundance; From abundance to complacency; From complacency to apathy; From apathy to dependence; From dependence back into bondage.

Mengikut Sanusi, orang Melayu berada di pelbagai peringkat dan masih perlu pembelaan dan diperjuangkan.

Ayuh kita fikirkan pula keadaan mereka yang tidak perlu pembelaan?

Ada yang sudah mewah dan kini leka. Ramai sudah ambil sikap tidak peduli kepada nasib bangsa dan perjuangan bangsa yang memberi kemewahan dan kejayaan kepada mereka.

Ramai pula dalam masyrakat sudah di tahap pergantungan dalam pelbagai rupa. Mereka rela lakukan apa saja untuk jalan mudah ke arah kemewahan dan kuasa. Pembohongan, pengkhianatan, pencurian, dan apa saja dilakuakan untuk demi kepentingan diri, keluarga – anak dan menantu, dan sahabat dan kroni.

Mereka ini yang akan membawa kita kembali semula kepada penjajahan dan penghambaan. Abdullah Badawi telah membawa kita ke keadaan demikian dalam masa singkat 4 tahun.

Adakah peralihan dalam dua tahun itu sesuai?

Mandat habis akhir tahun di dalam waktu tambahan. Apahak Presiden untuk menyerahkan pada masa yang dia tidak ada mandat lagi. Alangkah pelik UMNO melakukan kita .

Adakah Abdullah seorang yang berkebolehan?

Dia diserahkan kuasa dengan negara sudah dipulihkan. Dia hanya melakukan pembinasaan. Tidak dapat kuasai pentadbiran, lemah, leka/tidor dan mudah dipengaruhi.

Adakah ini satu penyelesaian dengan keadaan negara, bangsa dan parti serta tekanan pembangkang dan tuntutan masyarakat?

Demi menjaga hati, kita mengenepikan kepentingan parti, halatuju perjuangan dan kepentingan bangsa, negara, agama dan parti.

Dalam keadaan yang sangat kritikal kita masih mah mencari jalan tengah dan menangguh2 lagi. Kita sudah tidak ada masa.

Demi tatasusila dan adab, kenapa Imam yang tidak diterima makmum mahu lagi kekal? Margret Tatcher boleh turun bila akarumbi sudah tidak mahu walaupun mahu dapat 60% undi?

Pak Lah seperti seorang yang gila kuasa. Bukankah tidak ada adab susila Melayu orang yang tidak tahu merendah diri, bersikap ego dan menolak kehendak akarumbi parti dan rakyat?

Bolehkah parti dipulih dalam dua tahun lagi dengan masa lebih kurang dua tahun setengah?

Orang yang tidak tahu dan telah membinasakan ekonomi tidak boleh diharap menghidupkan kembali.

Lame duck hanya siapkan kerja yang ada. Reform tidak boleh dilakuakn oleh seorang PM lame duck tetapi oleh pemimpin yang mahu kekal. Sepatutnya dalam 100 hari sudah cukup masa untuk memahami, selepas itu sepatutnya tindakan dan penyampaian.

Dalam 4 tahun, tidak ada apa2 signifikan yang telah dapat dilakukan! Dia tidak boleh diberi lagi masa.

Persidangan UMNO Cawangan 17 Julai ke 24 Ogos. Bahagian 9 Oktober - 9 November. Agong 16-20 Disember.

Fikirkan apa yang dikata sebelum pergi bersidang.

Sedia berjuang. Tentangi kekangan. Hilangkan ketakutan. Rungkaikan pergantungan.

Berani lakukan perubahan!

Bersuara. Sebarang manipulasi ditentang habis-habisan. Usul diguna untuk nyatakan pendirian. Undi diguna dengan penuh kebijaksanaan dan keberanian.

zainal abidin awang kechik said...

Ke mana haluan negara



HAKIKAT senario politik dan ekonomi negara belum lagi kembali stabil seperti sebelum pilihan raya umum 8 Mac lalu.

Rakyat yang menjalankan tanggungjawab memilih calon-calon untuk menjadi wakil rakyat mereka tentu tertanya-tanya apa sudah jadi kepada politik negara.

Mereka tentu mengharapkan selepas pilihan raya, wakil-wakil rakyat akan membela nasib dan menyuarakan suara orang bawah kepada pemimpin kerajaan yang mereka pilih.

Namun apa yang berlaku, orang politik khususnya parti pembangkang sibuk untuk menumbangkan kerajaan yang dipilih oleh majoriti rakyat secara demokrasi.

Oleh sebab ingin tunjukkan 'kehebatan' mampu mengurus negara ini dengan lebih baik daripada kerajaan sedia ada, satu per satu isu timbul.

Malangnya yang menjadi mangsa permainan politik itu ialah rakyat.

Jika ditinjau, semua parti utama telah diberi agihan kuasa memerintah. Pas dapat memerintah Kelantan, Kedah dan Perak, DAP menguasai Pulau Pinang dan PKR memimpin Selangor. Sementara itu UMNO dan Barisan Nasional memerintah Kerajaan Pusat dan negeri-negeri lain.

Suasana politik sekarang menyebabkan kehidupan rakyat terasa kian terhimpit dan tersepit. Rakyat perlu meneruskan kehidupan walau apa pun keadaan politik dan ekonomi melanda negara.

Mereka sudah berkorban menanggung kos kehidupan akibat kenaikan harga minyak. Jangan bebanan itu ditambah dengan aksi tunjuk perasaan hingga menyebabkan jalan-jalan raya disekat dan ditutup.

Rakyat mengharapkan selepas pilihan raya umum lalu, keadaan negara akan stabil dan kehidupan akan terbela, tetapi sebaliknya yang berlaku.

Oleh itu, kita merayu kepada pemimpin ke- rajaan dan parti pembangkang supaya kembali kepada tanggungjawab hakiki masing- masing. Kita mahu mereka melakukan sesuatu untuk kebaikan rakyat dan bukan mementingkan agenda lain. Banyak rakyat telah menyuarakan rasa tidak puas hati mereka pada senario politik negara.

Rakyat mahu perkhidmatan kepada rakyat diberikan keutamaan. Jangan menemui mereka apabila mahukan undi pada pilihan raya sahaja. Apabila dapat undi dan kuasa memerintah, rakyat dilupakan.

MemerintahRakyat sekarang dapat memerhatikan sikap dan tingkah laku wakil-wakil rakyat yang mereka pilih. Mereka tertanya-tanya sehingga kini, apakah isu yang dibahaskan di dalam Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri selain aksi saling bertikam lidah antara kerajaan yang memerintah dengan pihak pembangkang.

Kita tidak mahu terjadi hingga rakyat hilang 'selera' untuk menyertai proses pilihan raya akan datang. Mereka boleh berkata, apa guna memilih jika sokongan yang diberi menyusahkan kehidupan mereka.

Rakyat sudah bosan, hari demi hari pemimpin parti politik bertelagah hingga isu remeh-temeh cuba diperbesar-besarkan. Keadaan bertambah kacau-bilau apabila pemimpin politik dan para penyokongnya tidak mahu menghormati undang-undang.

Sesungguhnya rakyat mendambakan Malaysia kembali aman, kuat dan boleh dicontohi oleh masyarakat antarabangsa.

Kita sudah mempunyai pengalaman menghadapi kemelut politik dan ekonomi seumpama ini sepuluh tahun lalu. Jadi, ambil iktibar daripada pengalaman pahit itu.

Jangan kita perjudikan kestabilan dan keamanan semata-mata mahu mempertahankan seseorang pemimpin. Orang politik patut sedar risiko dan segala kemungkinan yang perlu mereka tanggung. Tetapi bagi rakyat biasa, mereka ada tanggungjawab dan kehidupan yang perlu diteruskan.

Mereka tidak mahu kestabilan dan keamanan terjejas hingga menggugat kehidupan mereka untuk mencari rezeki.

Kita mengharapkan dalam menghadapi kemelut isu pemimpin pembangkang, para penyokongnya jangan mengadakan perhimpunan haram. Ini kerana tindakan itu hanya membantu media asing menambah koleksi laporan negatif mereka mengenai negara kita.

Banyak kesan apabila imej negara diputar belitkan. Mereka akan memberi gambaran kepada masyarakat luar seolah-olah tiada keamanan di Malaysia. Kesan ketara mungkin para pelancong dan pelabur akan hilang keyakinan untuk berkunjung dan melabur ke negara kita.

Oleh itu, semua pihak - baik pemimpin politik, para penyokong dan rakyat biasa perlu fikirkan kembali apa yang kita mahu terjadi kepada negara ini.

Jika semua pihak sudah hilang kepercayaan pada undang-undang dan sistem demokrasi yang kita sendiri gubal dan pilih, bersedialah untuk menerima 'bencana' yang lebih besar

Anonymous said...

Saya sangat tersentuh dengan apa yang diperjuangkan kuli banyak masa dan harta yang dibayar untuk apa?? DEMI BANGSA,

Dengan penuh rendah diri,DEMI BANGSA sanggup bersabar dengan penuh ranjau dan menongkah arus, cuba disekatnya gelagat pemimpin-pemimpin umno menukar tuju hala yang tidak ketara melainkan tamak dan haloba.
Demi kekayaan beberapa kerat menteri dan ketua bahagian yang tamak haloba,

Jemaah telah dinafikan hak bersuara
Mesyuarah yang penuh dengan Paksaan dan Ugutan.. inikah UMNO.

Ku Li Sedar ini bukannya cara untuk memperkasakan bangsa dan menerima pusaka.

Ku li juga sedar dalam masa terdekat umno tidak lagi releven, jika tiada usaha untuk perubahan yang menyeluruh

Ayuhlah semua pimimpin peringkat Cawangan yang kini bijak-bijak belaka,
Ketahuilah Pemimpin Bahagian kebanyakannya telah leka dek projek-projek Mega. Gunakan suara jemaah kita, sedarkan mereka

Anonymous said...

"There are several leaders in UMNO who are qualified to take over from him, leaders who are not influenced by the greed of their families, leaders who are willing to make sacrifices in order to restore pre-eminent position of UMNO within the BN. One of them could be Rais Yatim. Maybe in the end it would be Tengku Razaleigh Hamzah, with Rais as deputy." TMM


Komen - komen

“i'm sure, even TUN wont deny KuLi's credentials in economics. his mistakes were only he challenged a better person”
"The ship must be commanded by the better commander at the time at"

Shift our paradigm, our problems now are that our sovereignity and economics have been jeopardized by these family-run premiership and let these good economist and administrator come in to save our country.
"leaders who are not influenced by the greed of their families"

By your action to support Tengku Razaleigh openly will at least vindicate you from making a big blunder of choosing Pak Lah to replace you as a Prime Minister.
"Desperate times calls for desperate measures"

The irony of it all is that the people that challenged Tun in 1987 will probably be the ones that will ultimately save UMNO
"The ship must be commanded by the better commander at the time at"

Apabila Tun sebut nama Datuk Seri Rais Yatim calon yang paling layak, maka akan ada JENTERA BESAR yang akan menggempur Datuk Seri Rais di Jelebu agar Datuk Seri Rais gagal mempertahankan jawatannya sebagai Ketua Bahagian
"Prinsip Cah Keting politik Kelantan berleluasa"

Hopefully you will keep your word and gear up the members for next 4 moths.(This is promise given by you to Tun Hussein in 1980).Keep your promise!! Its true, Ku Li keeping his low profil after this years but with experience(country longest service MP since 1969)in govt with 4 prime minister, he is the most capable to run the country.
"The ship must be commanded by the better commander at the time at"

UMNO PARTI PENJARA said...

Samada berkorban harta, wang atau tenaga, ia adalah pemgorbanan :)


Jemput masuk ke blog saya ;)
http://teampemudaumno.blogspot.com
http://pro-faizal.blogspot.com

Anonymous said...

salam,
Kuli sehak ko? ambo ni org paloh 3 guao muse nak tulis jugok nih, harak2 kuli baco la.

ambo dok paloh 3, setiap kali kelik rayo, tgk jale masuk ke paloh 3, mmg teruk, bg org kg hok mmmg baiasa doh, tak apo. bagi anok2 rantau ni, raso pelik tuh kalu jale dok comel2 pah ko loning. NI kws Kuli, dok lih usaha ko sikit mmolek jale tuh.
---
sertai hujah di:
http://malaysiachannelnews.blogspot.com/

UMNO PARTI PENJARA said...

Erm...Najib ada peluang kot ;-)



Salam perkenalan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com

suararakyat said...

ya allah...hancurkanlah pemimpin yang zalim, menipu, rasuah....ya allah...angkatlah pemimpin yang adil, taat kepadaMu....ya allah...bantulah kami....berilah kami petunjuk untuk menyokong kebenaran

Ariff Sabri said...

sila baca blog saya mengenai perlunya UMNO kepada tengku Razaleigh.
sakmongkol.blogspot.com
mattomoi.blogspot.com

Anonymous said...

KHOJA NADIM

InshaAllah, Semoga Berjaya dlm Pemilihan UMNO dgn perikatan bersama YABhg Tun dan dokongan seluruh umat Melayu/ Islam yang masih terkial-kial mencari pemimpin yang berani dan tegas mempertahankan asas-asas negara bagi menghadapi dugaan getir yang sedang dihadapi.

Anonymous said...

Pahlawan Melayu atau Pengkhianat Bangsa?
Perwatakan dan gaya Dato' Ahmad Ismail menampakkan beliau seorang Panglima Perang Besar bangsa Melayu yang begitu garang dan tegas. Seolah-olah tidak ada seinci pun yang akan diberikan oleh panglima ini dalam menegakkan kedaulatan dan keagungan bangsa
Tetapi adakah ini kebenaran atau persepsi semata-mata? Kalau benar ia hanya persepsi, silat persepsi sebegini rupa hanya boleh diajar oleh seorang ahli politik sahaja. Ahli politik yang ketandusan prinsip. Ahli politik yang dahulunya berwajah pejuang bangsa dan kini sudah bertukar rupa untuk menjadi musuh bangsa Melayu nombor satu, Anwar Ibrahim.
Seni halus yang dimainkan oleh Ahmad Ismail berbau Anwar. Anwar dengan liciknya menarik perhatian orang ramai kenegeri Sabah dan Sarawak sedangkan pergerakannya banyak tertumpu di Semenanjung Malaysia, terutamanya di negeri kuatnya Pulau Pinang.
Fakta yang sahih menunjukkan Anwar Ibrahim telah mengambil Ahmad Ismail sebagai anak didik politiknya ketika Anwar menjadi Ketua Perhubungan Negeri. Dari ahli biasa, Ahmad Ismail diangkat oleh Anwar hingga beliau memegang tampuk kepimpinan Bukit Bendera. Dalam tempoh ini, segala kemahuan dan nafsu duniawi Ahmad Ismail dipuaskan oleh Anwar. Ahmad Ismail begitu terhutang budi dengan jasa yang telah ditabur oleh mentor politiknya.
Pada tahun 2008, Anwar meraih hutang budinya dari Ahmad Ismail. Namun, bukanlah kenangan kisah silam sahaja yang berjaya membuat Ahmad Ismail mengkhianat bangsa sendiri. Kerakusan dan ketamakan Ahmad Ismail menjadi pendorong utama mengapa dia sanggup menggadai maruah diri, maruah bangsa dan maruah UMNO.
Setelah Pulau Pinang jatuh ketangan Pakatan Rakyat. Dunia Ahamad Ismail menjadi semakin gelap. Dia seolah-olah karam dalam lautan politik yang bergelora ini.Hanya Anwar sahaja yang boleh menyelamatkannya.
Dengan sekelip mata, Ahmad Ismail dengan relanya menjayakan wayang dan mengupas agenda sebenar Anwar Ibrahim yang telah menggegar negara baru-baru ini. Ketika sidang akhbar itu berjalan, pesan Anwar Ibrahim bergema di dalam Ahmad Ismail – "Bakar semangat Melayu, Pastikan BN berpecah tanggal 16 Sepetember ini. Pastikan Gerakan dan MCA keluar dari Barisan. Bila aku kembali berkuasa kau akan menerima habuannya."
Tanggungjawab UMNO ialah untuk memperjuangkan nasib anak bangsa, dan dengan nada yang sama, kepada pemimpin yang sengaja membelakangi tanggungjawab ini demi kepentingan peribadi, UMNO harus berani menjatuhkan hukuman seberat beratnya. Kerana UMNO alaf baru ini tiada tempat untuk pengkhianat anak bangsa dan boneka Anwar Ibrahim seperti Ahmad Ismail ini.

kiera said...

I had the honour of meeting Ku Li when I was studying in Queen University, Belfast, NI. many years ago when he went back across there for a visit. The impression that he had imposed on me left me in no doubt that he is definitely well suited to take on the top post in Malaysia. His academic qualifications is solid and his loyalty to this country is unquestionable.
However, I do feel that the younger generation of Malaysian do not really know about Ku Li all that well, especially the non-malays.
I am sure that if there are ways that Ku Li can come forth to convey his ideals, inspiration, beliefs and hope for the future of this country to this generation of Malaysian, many will be inspired by the charisma of this man.
I was and still am.

Anonymous said...

WHY WE PREFER KU LI (KL) TO ANWAR IBRAHIM (AI)?

1. KL is cool whereas AI is restlessly impatient

2. AI’s tendency to use foreign media, personaltities and governments to “pressure” the country compared with KL’s let’s sort it out our way

3. AI’s “overly-liberal” come anybody anyway anyhow Vs KL’s gentleman’s but firm and principled approach

4. The way AI had treated his former “sifu” ex-PM Tun Dr M compared with KL’s treatment of elders such as Tunku Abdul Rahman and even his supposedly political enemy Dr M.

5. AI’s rejecetion of Islamic state (to please non-Malays, yet insisting on Islamic court in his latest sodomy case) Vs KL’s presence at the Masjid Wilayah mosque with thousand of other Muslims at the height of the “Inter-Faith” (Lina Joy)’s challenge against Muslims’ rights in this country.

6. KL= The people’s prince which is likely to be more acceptable both to the rakyats and the Agong/ Council of Rulers

7. AI’s only mandate based on PRU12 is to deny BN 2/3rd majority in order to check BN’s excesses and show how damn goods PR states are before facing the rakyat again in PRU13

8. Instead he has orchestrated an immoral move to form a back-door government.

9. KL has a comparatively better track record in government.

fajaya said...

Saya amat berharap TRH dapat lakukanlah yang terbaik bagi mengembalikan semula keyakinan rakyat terhadap UMNO. Kembalikan semula kegemilangan Amanah Saham Nasional agar rakyat dapat rasakan nikmat kekayaan yg selama ini dibolot oleh golongan tertentu dalam parti UMNO. TRH, you can do it

Anonymous said...

askum tengku....

semoga tengku sihat dan walafiat...
saya cuma ingin katakan yg saya sokong tengku dan saya amat yakin tengku adalh calon paling layak sbg pm malaysia ke6.....malangnya...saya cuma rakyat marhein.....

saya ingat lagi kata arwah bapa saya...tengku adalh sehebat mahathir...cuma tengku hidup satu zaman sama dengan mahathir...oleh itu kurang lah org arus perdana mengenali tengku dan legasi tengku...

saya juga ingat betapa arwah bapa saya mengharap tengku menang pada 1987 untuk kerusi presiden...namun terpaksan akur kerana "takdir" memilih tdm......namun semua itu sudah lepas....

saya memuja keberanian dan semngat tengku...semoga allah merahmati dan memberkati tengku....

ps: jika ada org bertanya....siapakah prjuang demokrasi umno dan bapa demokrasi umno sepanjang zaman...maka jawapannya ialah tengku razaleigh hamzah....

assalmualaikum

Charlsen said...

Amat menghampakan saya skrg krn tiada cawangan yg mahu beri pencalonan kpd Datuk Kuli, mrk ini semua kebanyakan hanya tahu gentar pada yesman itu.. Memang semua kata kata skrg mrk tahu Dato Najib tdk akan menjadi PM yg ikhlas dan memihak rakyat tetapi kenapa semua masih calon dia?!

Saya bukan penyokong BN ataupun UMNO tetapi saya ingin lihat pemimpin negara kita ini adalah bersih dan ikhlas yg benar akan menjaga kepentingan semua rakyat..

Oleh saya mohon agar semua ahli UMNO akan menyokong Tengku Razaleigh krn dia memang benar lebih baik drpd Dato Najib itu!!!

Bukan semua ahli UMNO adalah korup dan jahat ataupun kroni gergasi, banyaknya adalah memang ikhlas jaga kepentingan negara kita tetapi mrk kebanyakan adalah ahli biasa yg tdk mempunyai kuasa oleh itu saya harap kita memberi mrk sokongan dan keyakinan utk berani krn benar calon KULI!!!!

Walaupun mrk adalah kecil dan tak berkuasa tetapi mrk adalah golongan yg terbesar dan mampu mengubah jika bersatu padu.. Jgn biarkan Yesman itu menang, jika menang juga jgn beri dia straight win!! Fikirlah calonlah Datuk Razaleigh demi kepentingan masa hadapan semua rakyat

Anonymous said...

Dear Tengku Razaleigh,
I wish you could be the PM. But a clean, honest, righteous man like you is an alien in your own party.
Your old UMNO is long gone, so I don't know why you are still there.
I hope you can find a "place" where your efforts can bear fruits.
With best wishes, from
A simple rakyat who wishes to see a united Malaysia living in harmony.