Saturday, June 28, 2008

Iklim politik Malaysia tidak lagi sihat - Tengku Razaleigh




GLUGOR, 21 Jun (Hrkh) - Mantan Menteri Kewangan Malaysia, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan iklim politik Malaysia semakin sakit berikutan kemunculan suara-suara desakan selepas pilihan raya umum ke 12.


Dari segi demokrasi memang ia satu perkembangan yang baik tetapi untuk kepentingan parti Umno dan Barisan Nasional (BN) ia satu yang mendukacitakan, katanya.


"Desakan pada kerajaan semakin membara dan ini mengambarkan iklim politik Malaysia makin bercelaru dan tidak sihat. Apa akan berlaku pada masa depan," jelasnya ketika ditanya wartawan selepas ucaptama dalam program Kongres Permuafakatan Melayu Pulau Pinang Zon Utara di Dewan Kuliah 'U' Univesiti Sains Malaysia (USM), Glugor pagi tadi.


Beliau ketika mengulas tindakan Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Dato' Seri Yong Tek Lee yang mahu mencetuskan undi tidak percaya pada Persidangan Parlimen Isnin ini menambah, ia satu keputusan yang memperlihatkan BN tidak lagi seutuh dulu.


Rakyat sekarang ini bijak menilai dan mereka telah lakukan tindakan dalam pilihan raya umum lepas di mana BN kehilangan banyak kerusi dan hilang empat negeri di Pantai Barat dan gagal menawan Kelantan, katanya.


"Kemelut inilah yang membuatkan wujud suara-suara yang boleh mengancam BN secara menyeluruh," terangnya.


Senario ini katanya, menjadi semakin tegang apabila SAPP sebuah parti dari komponen BN di Sabah mengisytiharkan melakukan undi tidak percaya pada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi di parlimen Isnin ini.


Semalam Perdana Menteri mengumumkan tidak akan mengenakan tindakan pada SAPP kerana ia bukan suara keseluruhan SAPP malahan ia hanya dari Presidenya sahaja.


Tetapi, dalam perhimpunan SAPP semalam sudah memutuskan segala-galanya ia adalah suara SAPP bukan secebis keluhan daripada seorang dua kepimpinan tertinggi sahaja.


Kongres Kemuafakatan Melayu Zon Utara kali ini dianjurkan bersama antara Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang) dan Ikatan Kelab-Kelab Melayu Pulau Pinang (Ikatan).


Beberapa kertas kerja dibentangkan antaranya oleh Profesor Dato' Dr Zainal Kling bertajuk 'Kedaulatan Kebudayaan, Pendidikan, Bahasa dan Agama Bangsa Melayu'. Presiden Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), Haji Azmi Abdul Hamid dengan tajuk 'Mencetuskan Kebangkitan Bangsa' dan 'Melakar Masa Depan Bangsa Melayu Berpaksikan Kedaulatan Perlembagaan Malaysia oleh Profesor Madya Dr. Mustaffa Kasim dari Institut Pemikiran Tun Dr. Mahathir, Universiti Utara Malaysia (UUM).

3 comments:

Anonymous said...

Saya sangat tersentuh dengan apa yang diperjuangkan kuli,

Selama 20 tahun lebih beliau sanggup bersabar dengan penuh kebimbangan menongkah arus dan cuba menyekat gelagat pemimpin-pemimpin umno menukar tuju hala yang tidak ketara melainkan tamak dan haloba.

Semangat juang dari Tunku AR,
Arkitek Tun RH ,Perkongsian Tun HO dan memertabakkan bangsa Tun Dr M Telah diubah segala demi menjaga kekayaan beberapa kerat menteri dan ketua bahagian yang tamak haloba,

Jemaah telah dinafikan hak bersuara
Mesyuarah yang penuh dengan paksaan dan ugutan.. inikah umno.

Ku Li Sedar ini bukannya cara untuk memperkasakan bangsa.

Ku li juga sedar dalam masa terdekat umno tidak lagi releven, jika tiada usaha untuk perubahan yang menyeluruh

Bahagian.PKR.Sepanggar said...

Sila copy dan panjangkan)

UMNO SEBENARNYA MENGHINA
YANG DIPERTUAN AGONG

Pemimpin UMNO adalah guru dari segala guru penderhaka. UMNO telah mengajar rakyat derhaka kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Peduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja Raja Melayu seluruh Malaysia beberapa tahun dulu.

Pakatan Rakyat tidak tergamak menghina Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong dan Raja Raja Melayu. Pakatan Rakyat bukan menderhaka tapi sekadar membetulkan keadaan sahaja.

Rakyat Malaysia masih ingat lagi ketika penghinaan Presiden UMNO dan Majlis Tertinggi UMNO Kebawah Duli Yang Maha Mulia Baginda Sultan Dan Raja Raja Melayu pada suatu ketika dulu.

Suatu ketika beberapa tahun yang lalu, "Kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Peduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja Raja Melayu ditarik oleh parlimen" atas saranan Presiden UMNO dan Majlis Tertinggi UMNO.

Tidak kah Presiden UMNO dan Majlis Tertinggi UMNO derhaka namanya itu dengan perbuatan menghina Raja Raja Melayu dengan menarik kuasa Raja Raja Melayu?

Kekebalan Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja Raja Melayu ditarik dengan tidak hormat dan membuat Kebawah Duli terhina oleh kerakusan kuasa UMNO, dari Presiden dan Majlis Tertinggi UMNO itu.

Ampun Tuanku beribu ampun, patik pacal yang hina ini, bukan berniat nak mengajar itik berenang, tapi sekadar patik "menyediakan kolam tempat itik berenang sahaja", ampun Tuanku, sembah patik harap diampun.
Yang benar patik
Halik Zaman
Kota Kinabalu

aziz yusof said...

Assalamualaikum YBM Tengku

Semoga Tengku berada di dalam kesejahteraan dan dikurniai kesihatan.

YBM Tengku.

The time to act is now. There is no two way about it. This current PM and his bloated cabinet ministers are clueless, indecisive and in utter madness. Kill them off with the budget vote on 26/11/20. This can be done with YBM Tengku teaming up with Tun M. After much disagreement between you and Tun, please bury the hatchet now and save this beloved nation.

Create a unity government in the interim with Tun as Prime Minister and YBM Tengku handling Finance Ministry.

This is the most sensible thing to do now.

Thank you

Sincerely

Abd Aziz Mohd Yusoff
Melaka