Saturday, June 28, 2008

Wang Royalti Mungkin Lebih Banyak - Tengku Razaleigh



Wang Royalti Mungkin Lebih Banyak - Tengku Razaleigh

http://buletinonline.net/index.php?option=com_content&task=view&id=1384&Itemid=1

Ditulis oleh SM Noor
Thursday, 19 June 2008
Kuala Terengganu – Wang royalti hasil minyak yang sepatutnya dibayar secara tunai oleh Petronas kepada negeri Terengganu mungkin lebih banyak jumlahnya kini daripada yang diisytiharkan oleh Kerajaan Persekutuan. Ia adalah kerana, pihak yang bertanggungjawab menyimpan wang royalti tersebut perlu membayar kadar faedah keatas wang yang terkumpul, yang tidak diserahkan kepada kerajaan negeri Terengganu.

“Sepatutnya Kerajaan Pusat atau pun Petronas, saya tak tahu siapa yang bertanggungjawab, juga kena bayar berkenaan kadar faedah keatas wang yang terkumpul,
“jadi kalau berdasar kepada ‘compounded rate’ (kadar berganda) mungkin jumlahnya lebih besar daripada angka 7, 8 bilion yang saya sebut secara am sebentar tadi,” kata Tengku razaleigh Hamzah, Bekas Menteri Kewangan yang juga bekas Pengerusi Petronas sewaktu menyampaikan ucapan bertajuk ‘Sejarah Royalti; Royalti Petroleum Hak Rakyat Terengganu’ dalam Konvensyen Royalti yang diadakan baru-baru ini.


Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Amirsham A. Aziz berkata , dalam tempoh tiga tahun bermula 2004, Petronas telah membayar sejumlah RM26.8391 bilion sebagai royalti kepada Kerajaan Persekutuan, Terengganu, Sabah dan Sarawak. Beliau bekata demikian ketika menjawab soalan Ketua Pembangkang, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail (PKR-Permatang Pauh) pada persidangan Dewan Rakyat pada 13 Mei lalu.


(Gambar: Ku Li dan Tun Salleh, dua individu yang terlibat secara langsung dengan penubuhan Petronas)


Amirsham juga berkata, daripada jumlah tersebut, daripada jumlah itu, sebanyak RM13.419 bilion dibayar kepada Kerajaan Persekutuan, Terengganu (RM7.364 bilion), Sabah (1.234 bilion) dan Sarawak (4.821 bilion).Kelmarin, Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said menyatakan kerajaan negeri akan menghantar wakil bagi mengadakan perbincangan dengan kerajaan Persekutuan terutama Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcob berhubung pengembalian wang royalti dalam tempoh terdekat.

Ahmad berkata perbincangan itu penting untuk menyelesaikan beberapa isu berkaitan dengan royalti minyak yang akan dikembalikan mulai tahun ini. ”Selain itu kita juga hendak tahu jumlah wang terkumpul dan baki kepunyaan kita yang bakal diperolehi," kata Ahmad.Tengku Razaleigh dalam ucapannya juga menyebut bahawa beliau telah berpesan kepada Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said perlu menyelesaikan segera tuntutan bayaran royalti minyak tersebut.


“Ia perlu dibuat perhitungan secara terperinci kerana kadar faedah adalah berubah pada setiap hari,” tambah Tengku Razaleigh

3 comments:

Anonymous said...

Saya sangat tersentuh dengan apa yang diperjuangkan kuli,

Menongkah arus kerana.
Jemaah telah dinafikan hak bersuara

Mesyuarah yang penuh dengan paksaan dan ugutan.. inikah umno.

Ku Li Sedar ini bukannya cara untuk memperkasakan bangsa dan menguruskan.

Ku li juga sedar dalam masa terdekat umno tidak lagi releven, jika tiada usaha untuk perubahan yang menyeluruh

Ayuh Ketua-ketua cawangan yang bijak-bijak belaka.. bertindak lah untuk merdeka...

Walinong Sari said...

Hairan – peniagaan tulin perlukan pinjaman , banyak karenah …
Kerajaan mencanangkan bantuan untuk rakyat bagi membela nasib mereka bersabit kegawatan ekonomi dunia sekarang. Kerajaan juga telah memperuntukkan berbilion ringgit untuk tujuan itu, Perbagai agensi ditubuhkan untuk membantu orang melayu untuk berniaga,
Tetapi saya kurang faham kemana perginya peruntukan tersebut. Saya ingin menceritakan hal perniagaan kawan saya. Beliau menjalankan perniagaan menghanar barang dengan lorinya sendiri. Perniagaan kebanyakkan dengan cara tunai. Apabila mula berlaku kegawatan, perniagaan turut tersebak. Maka setelah berfikir panjang, dan tiada jalan lain beliau mengemukakan pinjaman Tekun Bahagian Cheras. Malangnya pelbagai karenah dan saolan yang di kemukakan. Pejabat Tekun minta resit perniagaaa, Dari awal telah dinyatakan kebanyakkan perniagaannya secara tunai.Tetapi ada pula orang yang senang dapat. Kami berkawan kami tahu siapa dapat. Perniagaan kawan saya ini telah tergugat. Saya harap pinjaman sebegini biarlah orang yang telah lama berniaga dan sekarang mereka menimpa masalah. Saya bersimpai dengan beliau dan hanya boleh menasihtinya supaya bersabar jangan putus asa. Memudah-mudahan pihak kerjaan bantulah bumiputra yang tenat ini. Isu begini selalu kedengaraan.
Walinong Sari ,

osman said...

Hello semua,
Nama saya Mr, Rugare Sim. Saya tinggal di Belanda dan saya seorang yang bahagia hari ini? dan saya memberitahu diri saya bahawa mana-mana pemberi pinjaman yang menyelamatkan saya dan keluarga saya dari keadaan buruk kami, saya akan merujuk kepada mana-mana orang yang mencari pinjaman kepadanya, dia memberikan kebahagiaan kepada saya dan keluarga saya, saya memerlukan pinjaman sebanyak € 300,000.00 untuk memulakan hidup saya secara keseluruhan kerana saya seorang Bapa tunggal dengan 2 anak saya bertemu dengan pemberi pinjaman lelaki yang jujur ​​dan takut kepada Allah yang menolong saya dengan pinjaman sebanyak € 300,000.00, dia adalah orang yang takut kepada Allah, jika anda memerlukan pinjaman dan anda akan membayar balik pinjaman sila hubungi dia memberitahunya bahawa (Mr, Rugare Sim) merujuk anda kepadanya. Hubungi Encik, Mohamed Careen melalui e-mel: (arabloanfirmserves@gmail.com)


BORANG MAKLUMAT PERMOHONAN PINJAMAN
Nama pertama......
Nama tengah.....
2) Jantina: ………
3) Jumlah Pinjaman Yang Diperlukan: ………
4) Tempoh Pinjaman: ………
5) Negara: ………
6) Alamat Rumah: ………
7) Nombor Mudah Alih: ………
8) Alamat e-mel ..........
9) Pendapatan Bulanan: ………………….
10) Pekerjaan: ………………………
11) Laman web manakah anda di sini mengenai ………………….
Terima kasih dan salam mesra.
E-mel arabloanfirmserves@gmail.com