Saturday, June 28, 2008






Foto oleh mso tinta emas.

Senerio Politik Umno Perak


Akar Umbi Lebih Berani Daripada Ketua Bahagian

EKSPIDISI Tengku Razaleigh Hamzah ke Pulau Pinang dan Perak Sabtu dan Ahad lepas dalam rangka mendekati akar umbi Umno bagi memperkasakan Umno selepas dilanda 'taufan Nargis' dalam pilihan raya umum ke-12 lalu membawa berbagai makna dan kesan tersendiri.Kesanggupan bekas Menteri Kewangan itu untuk turun padang bagi menyuntik semangat ahli untuk mendapatkan semula sesuatu yang hilang - (lima buah negeri) mendapat respond baik daripada ahli Umno akar umbi.Di beberapa tempat yang disinggahi Tengku Razaeigh beliau diberikan sambutan meriah dalam majlis dinamakan Sepetang Bersama Tengku Razaleigh.


Perubahan segera

Di majlis yang diadakan di bandaraya Ipoh yang dikhaskan untuk ahli Umno akar umbi Bahagian Ipoh Timur dihadiri lebih 500 orang. Melihat semangat kepada suasana majlis itu mencerminkan ahli Umno akar umbi begitu mengharap agar Tengku Razaleih dapat melakukan sesuatu perubahan segera untuk masa depan parti berkenaan.Manakala di Teluk Intan kira-kira 2,000 ahli akar umbi yang hadir untuk berdialog dan berintraksi dengan Tengku Razaleigh. Menerusi dialog yang berlangsung lebih dua jam bertempat di sebuah hotel itu terserlah harapan akar umbi yang meletakkan pengharapan tinggi kepada bekas Menteri Kewangan itu berusaha untuk memulihkan Umno.


Ada ahli yang secara jujur memohon agar Tengku Razaleigh mengambil alih segera kepimpinan Umno daripada Abdullah Ahmad Badawi yang mereka sifatkan sudah tidak berdaya lagi khasnya merubah masa depan negara ke arah lebih cemerlang dari apa yang ada sekarang.Dari berbagai soalan dan pertanyaan dilontarkan oleh ahli akar umbi kepada Tengku Razaleigh termasuk yang ingin tahu apakah perubahan dan harapan yang bakal beliau sumbangkan sekiranya dipilih menjadi presdien Umno.


Dalam jawabannya, Tengku Razaleigh menjelaskan antara perkara pokok yang beliau akan lakukan ialah mengembalikan kuasa Umno kepada rakyat. "Kita mahu rakyat menjadi raja bukan pemimpin menjadi diktator," jawab beliau.Dalam pada itu juga katanya beliau akan mencadangkan supaya tempoh seseorang memegang jawatan dihad kepada masa tertentu dan tidak begitu lama. Begitu juga calon-calon dalam pilihan raya akan diserahkan kepada ahli menentukannya, bukanya orang di keliling pemimpin menentukan.


Ahli begitu seronok dan tertarik dengan janji dan formula baru yang dibentangkan oleh ahli Parlimen Gua Musang itu. Ahli juga dapat merasakan keikhlasan dan keseriusan Tengku Razaleigh untuk memancu Umno menjadi parti bermartabat seperti awal dulu.Seorang ahli Umno Bota dari bahagian Parit secara terbuka dan emosi mengundang Tengku Razaleigh agar turun ke kawasannya. "Saya minta Tengku turun ke kampung saya dan di sana nanti ribuan akan sedia menunggu kehadiran Tengku," kata ahli berkenaan.Apa yang disuarakan oleh ahli Umno itu mencerminkan suara dan aspirasi ahli akar umbi yang sudah bersedia mahu melihat perubahan dalam Umno dan Tengku Razaleigh sebagai agen perubahannya.


Tengku Razaleigh sendiri nampak begitu berpuas hati dan gembria dengan sambutan di majlis berkenaan. Majlis berkenaan anjuran Gerakan Rakyat Cekal Perak Selatan yang dikelolakan oleh bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Bagan Datoh, Nasarudin Mohd Rais.Pun begitu ada sesuatu yang dirasakan tempang pada majlis berkenaan bila mana tidak ada seorang pun ketua bahagian yang berani hadir.


Kecuali ketua Umno bahagian Lumut, Zambry Abdul Kadir yang hadir pada pertemuan di Ipoh. Itupun kehadiran Zambry bagaikan pencuri yang ingin melindungi diri, takut-takut.Belum dihayatiKeadaan ini agak mendukacitakan. Ternyata belum ada kebebasan dan kemerdekaan di kalangan ketua-ketua bahagian. Mereka masih takut dan terikat dengan kuasa yang mereka cipta sendiri. Maknanya kemerdekaan masih belum dihayati dan difahami kerana mereka ternyata takut dengan tekanan dan ugutan oleh 'pihak berkuasa' dalam Umno.


Paling mendukacita setengahnya bukan saja tidak hadir tetapi dikatakan turut sebotaj majlis pertemuan itu dengan mengadakan majlis-majlis lain. Misalnya ada seorang ketua Umno bahagian tiba-tiba saja menganjurkan majlis perjumpaan dengan perserta PPRT kononnya bagi membicangkan masalah rakyat termiskin.Bagaimana pun yang hadir khabar semuanya kalangan pemimpin peringkat bahagian yang tidak layak menerima skim berkenaan.


Bukan itu saja, kerana takut dan lebih mementingkan tembolok sendiri juga seorang ketua yang sebelum ini beriya menyatakan untuk hadir dan berjanji dengan Tengku Razaleigh sendiri namun batang hidup pun tidak kelihatan. Alasan diberikan kerana terpaksa hadir ke majlis lain anjuran Umno.Keadaan inilah menyebabkan seroang bekas Ketua Umno Bahagian kesal dan marah dengan sikap ketua-ketua bahagian Umno yang dianggapnya sebagai tidak tahu adab dan tidak beradab.Katanya kalau pun ketua bahagian tidak mahu menyokong Tengku Razaleigh tetapi sekurang-kurangnya mereka hadir sebagai menghormati Tengku Razaleigh sebagai tetamu dan menghormatinya sebagai tokoh pemimpin terulung Umno.


"Inilah yang dikatakan tidak tahu adab dan tidak beradab!"Lantas itu bekas ketua Umno itu mempersoalkan apakah soal-soal adat dan budaya dalam pertubuhan Umno sebuah pertubuhan siasah Melayu kini sudah tidak ada lagi?Barangkali benarlah kata Dr Mahathir Mohamad, bahawa Umno kini akan boleh diubah sekiranya ahli-ahlinya berani. Dan menurutnya ahli yang berani kini hanya peringkat bawahan sahaja, manakala ahli yang berjawatan tidak boleh diharap lagi. Kata Mahathir mereka lebih menjaga periuk nasi mereka daripada masa depan Umno.


Mengambil iktibar atas kenyataan Mahathir itu ahli Umno akar umbi masih tetap boleh mengubah Umno, caranya ialah mereka perlu mengubah ketua-ketua mereka yang penakut, pentingkan diri dan masih belum merdeka itu terlebih dahulu.Sudah pasti kalau akar umbi Umno bersedia melakukan perubahan suasana dalam parti itu yang kini dikongkongi oleh mereka yang pengecut dan mementingkan perut sendiri akan Umno boleh berubah dan seorang presiden baru akan menunggaki Umno. [wm.kl 7:30 am 24/06/08]

6 comments:

zeme said...

Teruskan usaha YBM Ku Li. Akar umbi UMNO sentiasa mendokong dan menyokong perjuangan YBM Ku Li untuk penyatuan Melayu. InsyaAllah Disember ini YBM Ku Li akan mendapat kembali hak yang dinafikan 20 tahun lepas. Sejarah 1987/88 menyedihkan, namun sejarah 2008 akan mengembirakan.

Wasalam.

Dalilah Ibrahim said...

Umno Cawangan Jalan Enggang, Bahagian Ampang baru sahaja mengusulkan YBM Tengku Razaleigh Hamzah bertanding pemilihan jawatan Presiden Umno. Saya dengan ikhlas menyeru Cawangan-Cawangan lain turut membuat usul yang serupa agar Umno dapat diselamatkan demi kepentingan orang-orang Melayu!

Anonymous said...

Umno Cawangan Jalan Enggang, Bahagian Ampang, Shabas!!

Saya kagum dengan semangat saudara-saudari, yang merupakan
sebahagian dari mereka-mereka yang menghargai Pusaka yang diamanahkan.

Selamatkan UMNO dari mereka-mereka yang rakus dan tamak haloba.

putera said...

YBM Ku,
Teruskan perjuangan. Saya mendoakan semoga Ku berjaya dan biarlah sejarah tercipta.

Team Pemuda UMNO said...

Mungkin tak nampak banyak di mesyuarat cawangan ;)

Pencalonan mungkin meningkat di mesyuarat bahagian nanti :)



JEMPUT MASUK KE THREAD FORUM SAYA ;)

LAYARI http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com

puterabumi said...

YBM Ku Li pemimpin paling sesuai untuk memulihkan Umno, tetapi soalnya tiada Bahagian yang berani mencalonkan beliau. Walau apapun kita sentiasa mengharap Ku Li akan membawa sinar kepada Umno dan rakyat Malaysia.