Monday, May 26, 2008

Ku Li in Sabah to gauge support

Ku Li in Sabah to gauge support



Posted by Super Admin
Monday, 26 May 2008

Former finance minister Tengku Razaleigh Hamzah was in Sabah for two days to assess if he can secure enough nominations and votes to take on Umno president Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tengku Razaleigh was among a crowd of leaders from the grassroots at a dinner here. Senior Sabah Umno leaders and division chiefs were absent.

“Division heads are usually too busy to meet me,” said Razaleigh who has offered himself to branch leaders to be the candidate for the president’s post, promising to be an agent of change for the party.

Razaleigh did not discount the possibility of picking a Sabah leader to run for senior positions like deputy or vice-president as he felt that a senior Sabah leader in higher position would help bring attention to their problems.

He added that he was prepared to meet Sabah’s demands for a review on oil royalty and questioned why Petronas was piping the gas obtained from Sabah’s offshore to Bintulu leaving the state's locals without any benefits.

Razaleigh also claimed that there was a huge deposit of oil found off Sabah that had potential of becoming one of the biggest oil fields that could produce a million barrels of oil a day.

Among those present was former Sabah Information Chief Datuk Karim Ghani who in his speech said that Umno needed a change in leadership for it to survive and win back the confidence of other races.

THE STAR

Ku Li pilih calon pasukannya dari Sabah?

Ku Li pilih calon pasukannya dari Sabah?



Posted by Super Admin
Monday, 26 May 2008

Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah yang mengakhiri kunjungan mencari sokongan dua hari ke Sabah hari ini, bersedia untuk menerima pemimpin dari negeri itu sebagai rakan pasukan beliau merebut jawatan tertinggi parti Disember ini.

Razaleigh yang telah menyatakan kesediaan untuk mencabar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi jawatan Presiden Umno berkata, beliau bersikap terbuka dalam soal tersebut.
Abdullah dijadual melawat Sabah hujung minggu depan.

Kata Razaleigh, jika berpeluang calon dari Sabah boleh bertanding kedudukan timbalan presiden ataupun naib presiden.Beliau menyatakan demikian selepas menghadiri majlis makan malam di sini, semalam.

Bekas Naib Presiden ini berkata, kedudukan pemimpin kanan Umno dari Sabah memegang jawatan tertinggi parti akan membolehkan banyak isu membabitkan rakyat negeri itu dibawa kepada perhatian persekutuan.Pemilihan bahagian Umno akan berlangsung Julai ini.Umno Sabah terdiri daripada 25 bahagian dan telah memainkan peranan yang signifikan dalam pemilihan-pemilihan parti sejak tahun 1993.

Dalam pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini, Barisan Nasional (BN) menguasai 24 daripada 25 kerusi Parlimen di Sabah.

Kejayaan itu telah meletakkan Umno dan BN Sabah dalam kedudukan mantap untuk mengemukakan beberapa tuntutan 'lumayan' daripada kerajaan persekutuan.
Bagaimanapun dalam pertemuan majlis makan malam itu, pemimpin-pemimpin kanan dan ketua bahagian tidak hadir.

"Ketua-ketua bahagian terlalu sibuk untuk menemui saya," kata beliau.
Razaleigh juga berkata, beliau bersedia untuk memenuhi tuntutan Sabah bagi mengkaji semula bayaran royalti minyak.

Katanya, beliau bersedia untuk melihat peranan sokongan akar umbi sebagaimana pernah dilihat pada 1960-an dan 1970-an di mana pemimpin-pemimpin Umno mendengar dan menghargai suara bawah.

"Amalan pemimpin meletakkan syarat ke atas ahli-ahli akar umbi daripada bersuara lama-kelamaan telah memusnahkan kita," kata beliau yang mengandaikan rakyat Sabah yang telah menukar empat kerajaan dalam tempoh 45 tahun akan berani menyokong usaha beliau bertanding jawatan presiden.

Turut hadir pada majlis itu ialah bekas Ketua Penerangan Umno Sabah, Datuk Karim Ghani yang mengatakan Umno memerlukan perubahan kepimpinan demi masa depan dan mendapatkan semula keyakinan kaum-kaum lain.

Wednesday, May 7, 2008

Ku Li mampu dapat 60 pencalonan...

http://penpasksgb.blogspot.com/2008/05/ku-li-mampu-dapat-60-pencalonan.html

Abdul Rahim Sabri


Bekas naib presiden Umno, Tengku Razaleigh Hamzah mempunyai harapan yang cerah untuk memperolehi 60 pencalonan dari bahagian Umno di seluruh negara untuk layak bertanding jawatan presiden dalam pemilihan Umno Disember ini, kata seorang pemimpin veteran Umno Selangor, Datuk Mazlan Harun.

Katanya, ini berdasarkan maklumbalas yang diterimanya sewaktu menghadiri majlis-majlis anjuran cawangan dan bahagian di seluruh negara.

Calon jawatan presiden diwajibkan memperolehi 30 peratus atau 58 pencalonan dari bahagian Umno untuk layak berbuat demikian. Manakala 20 peratus atau 38 pencalonan diperlukan bagi jawatan timbalan presiden, naib presiden (10 peratus atau 19 pencalonan) dan Majlis Tertinggi (5 peratus atau 10 pencalonan).

"Walaupun ada sindrom takut di kalangan ahli ahli Umno tetapi saya yakin Ku Li mampu mendapatkan sokongan 50-60 peratus bahagian untuk memperolehi 60 pencalonan untuk bertanding jawatan presiden," kata Mazlan ketika dihubungi Malaysiakini.

Pada masa ini, beliau menganggarkan kira-kira 30 peratus bahagian menyokong Tengku Razaleigh untuk bertanding jawatan presiden.

Manakala 20 hingga 30 peratus lagi, tambahnya, belum membuat sebarang keputusan "tetapi kita akan berusaha kuat untuk mendapatkan sokongan mereka".

Mazlan adalah anak kepada bekas menteri besar Selangor, Allahyarham Datuk Harun Idris yang turut terbabit dalam usaha membawa perubahan dalam kepimpinan Umno ekoran kekalahan teruk Barisan Nasional (BN), khususnya Umno, dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu.

Baru-baru ini, beliau menganjurkan satu majlis perjumpaan cawangan di kawasan Subang Jaya untuk mendengar penjelasan Tengku Razaleigh mengenai keadaan terkini dalam Umno.

Sokongan akar umbi

Dalam pilihanraya tersebut, BN memperolehi 140 kerusi parlimen tetapi gagal mempertahankan penguasaan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

BN juga kehilangan Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor kepada barisan pembangkang - PKR, PAS dan DAP - yang kini dikenali sebagai Barisan Rakyat.

PAS juga berjaya mempertahan kerajaan negeri Kelantan dengan tambahan kerusi Dewan Undangan Negeri.

Mazlan berkata, 'mood' di kalangan ahli Umno di peringkat akar umbi mahukan perubahan, tetapi tekanan dari atas cukup kuat supaya mereka tidak mengadakan mesyuarat khas perwakilan (EGM).

Beliau juga kesalnya kerana ahli-ahli Umno tidak menggunakan saluran EGM untuk melakukan perubahan walaupun ia sah mengikut perlembagaan parti.

"Terpulanglah kepada akar umbi sama ada mahu membuat perubahan atau tidak, (tetapi) rakyat akan menerima akibatnya sekiranya perubahan tidak dilakukan," tegasnya lagi.
Jelasnya lagi, isu-isu yang timbul seperti masalah jentera parti, soal calon yang dipilih, dan dan isu-isu yang tidak dijangka, dapat dibincang dalam EGM, tetapi peluang itu tidak digunakan dengan sebaik-baiknya.

Datuk Mazlan berkata Tengku Razaleigh akan turun padang di Selangor untuk menjana sokongan bagi bertanding jawatan presiden

Ku Li Percaya Hasrat PKR Ambil Alih Kerajaan Boleh Jadi Nyata

PETALING JAYA, 26 April (Bernama) -- Hasrat Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk mengambil alih pentadiran negara dalam masa beberapa bulan akan datang tidak mustahil dan boleh menjadi kenyataan, kata Ketua Umno Bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.

Beliau berkata ini kerana memang ada kemungkinan anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) "menyeberang" ke pihak Pembangkang.

"Ini bukan cakap main-main, tak boleh kata ini tak boleh berlaku. Orang di Sabah tak begitu kuat rasa kecintaannya terhadap Umno, tak macam kita di sini yang lahir dan membesar dalam Umno dan segala benda yang kita sentuh ada kaitan dengan Umno.

"Saya juga tengok kebanyakan Anggota Parlimen yang terpilih adalah orang kuat (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dulu dan mereka masih berhubung rapat dengan Anwar," katanya semasa sesi pertemuan dengan anggota Umno dari cawangan-cawangan sekitar Subang Jaya di sini hari ini.

Anggota Parlimen Gua Musang itu juga yakin Anwar serius dengan hasratnya mahu mengambil alih kerajaan.

"Tadi kebetulan semasa datang ke sini saya naik satu kapal terbang dengan beliau dan saya tanya beliau sendiri, dan beliau kata beliau serius," katanya.

Tengku Razaleigh berkata berdasarkan kepada faktor-faktor itu, pemimpin BN wajar mengambil serius kenyataan Anwar kerana dengan hanya 30 kerusi Parlimen, kerajaan BN boleh tumbang.

"Jangan fikir kita boleh terus berkuasa. Kena ambil tindakan tegas untuk atasi masalah ini," katanya yang turut melahirkan kebimbangan dengan sikap pemimpin BN sekarang berhubung isu itu.

Mengulas lanjut perkara itu kepada pemberita kemudian, beliau berpandangan pemimpin BN sekarang bersikap seolah-olah pengambilalihan kuasa oleh pembangkang tidak akan berlaku.

Ditanya mengenai keyakinannya bahawa terdapat kemungkinan Anggota Parlimen dari Sabah menyertai PKR, Tengku Razaleigh berkata keyakinan itu berdasarkan "suara-suara" dari negeri itu yang antara lain mengatakan bahawa mereka masih kurang senang dengan keadaan sekarang.

"Daripada apa yang saya dengar, mereka tidak mendapat apa yang mereka minta, misalnya lebih banyak perwakilan, maka perkara ini perlu diselesaikan," katanya.

Kepada soalan lain, Tengku Razaleigh berkata beliau akan tetap bertanding jawatan presiden Umno sekalipun ketika pemilihan parti pada Disember nanti, jawatan itu telah dipegang oleh orang lain.

"Kalau saya diberi mandat saya akan bertanding," katanya sambil menambah setakat ini hasrat beliau disambut baik oleh kebanyakan bahagian Umno.

-- BERNAMA