Friday, December 28, 2007

Pelancaran Buku "Third World and International Law" di YKP





Tengku Razaleigh adalah salah seorang VIP yang dijemput untuk menghadiri pelancaran buku "Third World and International Law" pada Sabtu lalu, di Putrajaya.

Buku itu dilancarkan oleh YAB Tun Dr Mahathir bersama Datuk Seri Utama Rais Yatim.

Sunday, November 11, 2007

Ucapan Ku Li di Majlis MTRK 4 Nov

Kerajaan mesti bantu rakyat, ujar Ku Li

Kota Bharu: 5 Nov – Kerajaan mesti membantu rakyat menghadapi cabaran masa depan yang semakin mencabar. Kenyataan itu dinyatakan oleh bekas Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Razaleigh Hamzah semasa berucap di majlis rumah terbuka Aidilfitri Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di Hotel Perdana semalam.

Menurut beliau, walaupun ekonomi Malaysia berkembang maju tetapi perkembangan itu hanya dari segi eksport semata-mata dan ini tidak memberikan impak yang besar kepada kepada kehidupan rakyat biasa. Perkara ini jelas dapat dilihat dengan kebanyakkan pendapatan rakyat masih ditahap yang lama.

Selain itu kenaikan harga minyak dan sawit di pasaran dunia tidak banyak membantu rakyat ini kerana faedah kenaikkan hanya dapat dirasakan oleh mereka yang terlibat dalam industri itu.Tetapi menurut Ku Li lagi sepatutnya kenaikan itu dapat memberikan rakyat kesejahteraan yang lebih berdasarkan kepada negara kita adalah pengeksport kepada barangan tersebut dan bukannya pengimport yang harganya ditentukan oleh pasaran dunia.

Walaubagaimanapun berdasarkan maklumat yang beliau dapat, harga minyak seperti petrol dan gas sudah dibenarkan untuk naik bermula tahun depan, selain daripada harga barangan keperluan seperti gula dan gandum.

Begitu juga dengan kenaikan harga tol yang sememangnya tidak dapat dielakkan naik kerana ini sudah termaktub dalam perjanjian diantara pemegang konsesi dan kerajaan.Jika perkara ini berlaku, bebanan yang menanti rakyat adalah sangat tinggi, ini kerana kebanyakkan rakyat tidak mempunyai asas pendapatan yang lain untuk menampung kenaikan ini.

Friday, November 9, 2007

Ku Li: Many issues are escaping Pak Lah's grip

Andrew Ong, Malaysiakini.com
Nov 7, 07


Umno veteran Tengku Razaleigh Hamzah said Umno president Abdullah Ahmad Badawi’s policy speech today revealed that all is not fine with the government.

The former finance minister said the speech only amplified that there was a litany of problems being faced by Abdullah’s government.

There are constitutional, social and economic problems which he has to deal with. I pity him. Many issues are escaping his grip,” said Razaleigh, when met by several reporters at the sidelines of the general assembly today.

To Abdullah’s credit however, Razaleigh believed that the premier was trying his utmost to tackle the issues he is confronting. “

But things don’t seem to be turning out quite right,” added Razaleigh, who is Kelantan's Gua Musang member of parliament, a post which he had held since 1974.

Razaleigh, who is also former Umno vice-president and once a favourite among many in Umno to assume the top post, said this when asked for his reaction to Abdullah’s much anticipated speech this morning.

Being the largest party in the ruling Barisan Nasional coalition, Abdullah’s policy speech is often seen as an important indicator of the government’s immediate plans. ‘It's typical of Umno

'Razaleigh also pointed out that while Abdullah’s speech had covered much ground, a crucial problem affecting the government was not addressed.

“He did not say a word on corruption,” said Razaleigh, who attributes the omission as an oversight. “He probably has overlooked the issue... But yet, it was the burning question of the day.”

To be fair, Abdullah did make a passing remark on the issue by praising the Anti-Corruption Agency for its swift action against civil servants following revelations made in the Auditor-General’s Report.

Corruption aside, Razaleigh said Abdullah had however shown a lot of concern on issues pertaining to law enforcement, inflation and in particular, the party’s Malay agenda.

Razaleigh agreed when it was suggested that delegates in this year’s Umno general assembly appear to exercise restraint in their speeches when highlighting problems currently faced by the country.

“It is typical of Umno."

"They never want to create problems for leaders and make them unhappy,” he said. Prior to the general assembly, Umno top brass, including Abdullah, had repeated warned delegates to be mindful of the words uttered during the general assembly.

Will Ku Li be dropped as candidatE>

Andrew Ong, Malaysiakini.com
Nov 9, 07 11:44am


Umno veteran Tengku Razaleigh Hamzah has dropped strong hints that the party’s position in Kelantan would be jeopardised, should he be dropped as a candidate in the upcoming general election. He has held the Gua Musang (once called Ulu Kelantan) parliamentary seat since 1974, but a newspaper report on Monday mentioned the possibility that he may not be allowed to defend his seat. Many have attributed his unbeaten streak to his popularity in the north-eastern state and to the loyalty that the Kelantan royal family enjoys.

Tengku Razaleigh, 70, is the uncle to the current sultanah and is often dubbed as a ‘prince-politician’. Speaking to several reporters on Wednesday, on the sidelines of the on-going Umno general assembly, Tengku Razaleigh was asked about the possibility that he could be dropped from the line-up for the next general election. It was then that he spoke of the influence he wields on politics in Kelantan. “I’m happy to go (if they drop me). But people in Kelantan are unique. They have pride. It might affect how they vote,” said Tengku Razaleigh, who had at one time spent 12 years as Umno Kelantan chief.

He said the upcoming battle in Kelantan between bitter rivals Umno and PAS is still too close to call. “Chances for Umno are (good). Much will depend on who leads Umno (Kelantan),” he said. The Umno hopeful for menteri besar appears to be state party chief Mohd Anuar Musa, who narrowly lost a bitterly fought election in 2004 against PAS led by its spiritual leader, Nik Aziz Nik Mat. Anuar won the Kok Lanas state seat in the last general election with a respectable majority, but Tengku Razaleigh believes that his appeal will not be enough to win the hearts of the majority. “He is less accepted by the people of Kelantan, including the Royal family. Nik Aziz’s appeal is not because he is a spiritual or PAS leader, but because he is seen as a true Kelantanese leader,” said Tengku Razaleigh.

However, he also said PAS does not have much to offer the Kelantanese compared to Umno. “Of course, they (PAS) will say there is no corruption, but this is because they have no money to start with. Then there is the Tok Guru factor,” he said, referring to the moniker for Nik Aziz who had headed the PAS government in Kelantan for four consecutive terms.

Intractable problems
Whether or not Tengku Razaleigh remains an election candidate will be up to Umno president and Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi. Both were buddies back in 1987 - they were leaders of the so-called ‘Team B’ in Umno which mounted an unsuccessful challenge against party boss Dr Mahathir Mohamad (photo). Abdullah opted to join Mahathir’s Umno Baru in 1988, while Tengku Razaleigh went his own way to form the opposition Semangat 46 a year later. Abdullah succeeded Mahathir as Umno president and prime minister in 2003.

Tengku Razaleigh rejoined Umno in 1996 but kept a low profile until 2004, where he offered himself as a candidate to challenge Abdullah for the top party post. But this fizzled out as Tengku Razaleigh’s Umno Gua Musang division was the only one which nominated him for the party presidency, leaving him with insufficient nominations to qualify for the contest.

A former finance minister, he is now concerned that the government is facing intractable problems with the judiciary, soaring inflation and smooth implementation of economic development projects - including the growth corridors - under the Ninth Malaysia Plan. He said some of these problems have arisen because Abdullah (photo) has to juggle with his duties as finance minister as well as internal security minister.

“He has no time. Each one of us has only 24 hours a day. He should delegate his work and if they (officials) cross the line, sack them,” he said. Tengku Razaleigh also said many Umno leaders are aware of the challenges faced by the government, but are unwilling to risk the consequences of criticising the government.

As for Umno’s future, he expressed confidence that new progressive leaders would eventually pave the way for change. “They are not looking for favours. They are educated and proud people. They are looking for change. I have confidence in them,” he said.

“But people like Khairy (Jamaluddin, Umno Youth deputy chief) are few. I hope Umno will attract more of such people.”

Monday, November 5, 2007

Foto - foto di Majlis Rumah Terbuka Gua Musang 2007






Rumah Terbuka 2007 Gua Musang






Pada jam 9 mlm, YBM Tengku Razaleigh telah merasmikan rumah terbuka Gua Musang, satu inisiatif bersama pelbagai pihak yang bertempat di Dewan Pusat Sivik Gua Musang pada 5 Nov lalu.

Lebih dari 10,000 orang hadirin yang rata- ratanya penduduk setempat Gua Musang telah menghadiri majlis yang meriah ini. Juga terdapat persembahan bunga api dan diikuti persembahan kebudayaan. Di majlis ini, hadirin telah dipersembahkan dengan persembahan daripada kumpulan The Peral yang telah mewakili kawasan Gua Musang di peringkat akhir Juara Asyik 2007 tempohari.

Majlis dimulai dengan ucapan aluan oleh YBrs Ketua Jajahan Gua Musang diiikuti dengan
ucapan oleh Pengurus Besar Kesedar. Kemudianya disambung dengan ucapan daripada Pengurus Besar MTPNK dan seterusnya dirasmikan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah.
Setelah selesai memberikan ucapan, beliau telah menyampaikan duit raya kepada pelajar pusat pemulihan dalam komuniti Taman Wangi.
Majlis ini yang dikelolai oleh KESEDAR telah mengabungkan kesemua agensi kerajaan di Gua Musang yang bekerjasama di dalam mengadakan gerai makanan masing - masing. Senarai peserta gerai dan makanan yangdisediakan adalah seperti berikut:
Pejabat Tanah : Ayam/ikan bakar
KESEDAR: Nasi Gulai Kawah
FELDA: Makanan kering
IPD Daerah: lontong
JKR: Lemang
Jabatan Perhutanan: Burger/Western
FELCRA: Air batu campur
Tenaga Nasional: Roti Jala
Pejabat Pelajaran: Puding
Jabatan Kebajikan Masyarakat: Ketupat
Pejabat Belia dan Sukan: Air Sirap
AADK: Tapai
Jabatan Pengaliran dan Saliran: Bihun
RISDA: Mee
Jabatan Pertanian: Buahan tempatan
Pejabat Ahli Parlimen: Satay
Pejabat Kadi: Roti Canai Segera
Jabatan Perpaduan dan Integrasi: nack, belon and gula - gula
Jabatan Bomba dan Penyelamat: Nasi Dagang
Jabatan Kesihatan: Laksa
Pejabat ADUN Galas: Roti and Ais Krim
Pjabat ADUN Neggiri: Rojak and Pasembor
Pejabat ADUN Paloh: Bubur Kacang
KEMAS: kek
LPP: Teh/kopi tarik
JHEOA: Biskut Raya
Setelah selesai pemyampaian duit raya, YBM Tengku Razaleigh berangkat pulang pada jam 1130 mlm.

Kunjungan Hormat Pegawai - pegawai Kementerian Pelancongan terhadap YBM Tengku Razaleigh






Pada jam 8 mlm, 5 Nov 2007, pegawai - pegawai tertinggi Kementerian Pelancongan yang diketuai oleh Ketua Setiausaha dan Timbalan Ketua Setiausaha mengadakan kunjungan hormat herhadap YBM Tengku Razaleigh Hamzah di kediaman beliau di Gua Musang.


Kunjungan ini telah membolehkan kedua-dua pihak berkongsi pendapat dan idea di dalam membangunkan industri pelancongan terutama di Gua Musang. Kunjungan yang mengambil masa selama 30 minit ini telah digunakan sebaiknya oelh YBM tengku untuk memaklumkan segala idea yang difikirkan sesuai untuk mengembangkan industri pelancongan di Gua Musang, yang secara langsung akan memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk - penduduk setempat.




Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Gua Musang 5 Nov 6 ptg




Pada 5 Nov lalu, UMNo Bahagian Gua Musang telah mengadakahn mesyurat jawatankuasa yang bertempat di Bilik Mesyuarat Balai Rakyat Bukit Chekati.


Agenda mesyuarat adalah seperti berikut:
1. Ucapan Aluan YBM Tengku Razaleigh
2. Mengesahkan minit mesyuarat jawatankuasa yag lalu
3. Perkara berbangkit
4. Lapuran jawatankuasa kecil
5. Lapuran kewangan bulan Oktober 2007
6. Lapuran Ketua Wanita Bahagian
7. Lapuran Ketua Pemuda Bahagian
8. Lapuran Ketua Puteri Bahagian
9. Pesanan YBM Tengku Razaleigh Hamzah.

Friday, October 26, 2007

Dari pekerja balak to Angkasapuri






Enam orang pemuda Orang Asli suku Temiar, dimana tiga bersaudara yang selama ini hidupnya hanya berlegar di kawasan Kuala Betis selama ini, kini mempunyai harapan untuk merubah taraf hidup masing – masing apabila kumpulan mereka, The Pearl terpilih di antara 8 kumpulan yang layak untuk pertandingan Juara Asyik 2007, pertandingan kugiran anjuran Asyik FM.

The Pearl yang dianggotai oleh 6 orang pemuda iaitu:

Ismail bin Angah : Gitar Ritma
Jamaludin bin Abak : Bass
Arin bin Abak : Vokalist
Ramlan bin Abak : Gitar Utama
Razane bin Hashim : Drum 2
Medan A/l Amat : Drum 1

Mereka ini yang berusia diantara 19 sehingga 35 tahun, hanya bekerja sendiri dan pekerja balak, dan hanya bersekolah sehingga Darjah 6, telah mengharungi liku dan cabaran yang hebat ketika terpilih untuk ke peringkat akhir pertandingan Juara Asyik 2007.

Mereka yang hanya bermain muzik asas iaitu gitar akustik serta drum buatan sendiri dan hanya mendapat peluang untuk bermain dengan alat muzik elektrik dalam masa 30 minit hanya sekali sebulan, bergantung kepada keadaan kewangan, selepas mengharungi perjalanan sejauh lebih dari 60 kilomenter ke pekan Gua Musang.

Tetapi semangat juang dan keazaman mereka ini telah membolehkan mereka berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan peserta peringkat akhir yang rata –rata mempunyai pendedahan yang lebih luas dan lama.

Cita-cita mereka kita ialah bukan hanya untuk mengharumkan nama Gua Musang dan malahan negeri Kelantan tetapi lebih kepada kehendak dan keperluan untuk mengubah nasib hidup mereka.

YBM Tengku Razaleigh Hamzah selaku Ahli Parlimen Gua Musang telah memberikan sumbangan wang ringgit untuk memastikan kumpulan ini mendapat segala kelengkapan yang mengcukupi dan menjalani latihan untuk ke pertandingan akhir dan beliau juga berharap agar kumpulan ini akan mencapai kejayaan untuk menjadikan satu contoh kepada masyarakat di Gua Musang secara amnya.

Berbekalkan dengan lagu ciptaan mereka iaitu Pungguk Merindu, mereka berharap tuah berada sebelah mereka.

The Pearl akan turut serta bersama 7 kumpulan Orang Asli dari seluruh Malaysia akan bertanding di dalam pertandingan Juara Asyik 2007 yang akan berlangsung di Auditorium Besar Angkasapuri pada 27 Oktober ini. Siaran langsung akan diadakan di RTM1 bermula jam 830 malam pada 27 Oktober.

Thursday, October 11, 2007

Kebanggaan Ku Li - The Pearl






Supper bersama Rakyat di Restoran Tasik






10 Oktober 2007 - YBM Tengku Razaleigh telah meluangkan sedikit masa untuk minum kopi bersama rakyat , di Restoran Tasik, yang terletak di sebelah pejabat IPD Gua Musang, selepas beliau melawat kedai menjual daging dan ikan, di Bandar Baru Gua Musang.
Hadirin - hadirin dijamu dengan kerang rebus dan rojak buah serta minuman panas dan sejuk, sambil meluangkan masa bersamaa pemimpin kesayangan mereka, YBM Tengku Razaleigh.
Di majlis ini juga, YBM Tengku Razaleigh telah memperkenalkan kepada penulis kugiran "the Pearl" dari pekan Kuala Betis, Gua Musang yang telah berjaya memjadi finalis di dalam pencarian kugiran terbaik anjuran Asyik FM.
YBM Tengku Razaleigh kemudianya meluangkan masa untuk bergambar bersama hadirin sebelum bertolak ke Kota Bharu.

Lawatan ke Kedai Daging dan Ikan Segar dan Beku di Gua Musang






10 Oktober 2007 - Sejurus selepas tamant majlis moreh di Bukit Chekati, YBM Tengku Razaleigh telah berbesar hati untuk mengadakan lawatan kedai jualan daging dan ikan yang baru dibuka di Bandar Baru Gua Musang.

Kedai ini, menjual daging lembu segar dan beku serta pelbagai makanan laut, iaitu ikan, ketam dan udang dan mempunyai kemudahan peti sejuk yang luas, yang membolehkan kedai ini itu menyimpan banyak stok untuk kemudahan bersama.

Kedai ini adalah kedai yang pertama mengadakan konsep beku dan simpan untuk kemudahan pembelian pemborong dan pengguna biasa terutama di Gua Musang.

Majlis Berbuka Puasa dan Terawih di Gua Musang








Pada 10 Oktober 2007, YBM Tengku Razaleigh Hamzah telah menganjurkan satu majlis berbuka puasa dan terawih di kawasan Parlimen beliau. Majlis ini diadakan si Dewan Serbaguna Bkt Chekati.
Majlis ini dihadiri oleh lebih dari 200 orang dan dianjurkan bersama oleh Pejabat Bahagian UMNO di Bukit Chekati.

Majlis dimulai dengan majlis berbuka puasa, diikuti dengan solat Maghrib. Diantara solat Maghrib dan solat Isyak, YBM Tengku Razaleigh telah ditemuramah oleh petugas RTM. Adalah dimaklumkan, intipati temubual tersebut berkisar dengan isu ECER, yang penulis yakin YBM Tengku mengutarakan pendapat dan pandangan beliau yang bernas dan relevan kepada rakyat secara umumnya.

Majlis pula diikuti dengan solat Terawih dan diakhiri dengan majlis moreh.


Wednesday, September 26, 2007

Himpunan Klip Video Kuli di Internet

1. Ucapan YBM Tengku Razaleigh: Ekonomi Melayu terbenam dibuminya sendiri di Grand Seasons Hotel pada 22 September 2006

Siri 1: http://video.google.com/videoplay?docid=-7674813102354606022

Siri 2: http://video.google.com/videoplay?docid=-7829383483314514921

2. Temubual bersama Malaysia Today berkenaan pelbagai isu

Masadepan Ekonomi Negara:
http://video.google.com/videoplay?docid=-5898874638121485694

Naza dan isu AP:
http://video.google.com/videoplay?docid=-8825814917273586416

Krisis Minyak:
http://video.google.com/videoplay?docid=-6138240174315645448

Nasib Proton:
http://video.google.com/videoplay?docid=-6693856379869946399

Nasib 80,000 graduan yang menganggur:
http://video.google.com/videoplay?docid=-4508852850200056101

Usaha untuk menjatuhkan ekonomi China:
http://video.google.com/videoplay?docid=695321909275754765

Sunday, September 23, 2007

Artikel mengenai Ku Li dan Petronas di Indonesia

Tulisan ini telah dipublikasikan pula diTabloid Mingguan Mentari
Edisi 006/Th I/2 - 8 September 2001

PETRONAS kini lebih dikenal sebagai nama gedung kembar (Twin Tower) pencakar langit di Kuala Lumpur, Malaysia. Gedung ini termasuk gedung tertinggi didunia. Padahal PETRONAS sesungguhnya bukan lah perusahaan properti, PETRONAS adalah PERTAMINA-nya Malaysia. Kini PETRONAS yang dulu belajar dari PERTAMINA, telah tumbuh menjadi perusahaan raksasa, mereka merambah kemana-mana, ke Kazakstan, Myanmar, ke Afrika dan lain-lain. PETRONAS bahkan telah membangun dua unit gedung pencakar langit yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia itu.

Di Semenanjung, nama PETRONAS tak akan dipisahkan dari Tengku Razaleigh. Tokoh anak Kelantan inilah yang berjasa mendirikan PETRONAS. Saya dari dulu ingin bersua dengan Tengku yang satu ini dan saya beruntung (mimpi kali ye?). Melalui jasa sohib saya Aziz Cemok, saya berhasil menemui "Raja Minyak dari Malaysia" ini di kantornya terkesan anggun di pusat kota Kuala Lumpur belum lama ini. Bayangan saya akan berhadapan dengan seorang tokoh glamour, sebagaimana layaknya orang-orang berkecimpung dalam bisnis perminyakan, serta merta sirna. Saya bertemu dengan seorang tokoh yang sangat kebapakan, akrab dan low profile.

Tokoh ini, 35 tahun yang lalu, ketika masih berumur 28 tahun diberi tugas oleh Tuanku Abdurrahman, Perdana Menteri ketika itu, untuk menyusun konsep pengelolaan minyak bumi di Malaysia. Masalahnya ketika ada operasi "Ganyang Malaysia" di awal tahun enampuluhan, Malaysia memberikan kebebasan kepada Sabah dan Serawak untuk mengelola hasil minyak buminya. Kebijakan ini diambil agar Sabah dan Serawak tetap setia ke Semenanjung Malaysia. Ketika kemudian hubungan Indonesia dan Malaysia kembali normal, ganyang-menggayang usai, pusat kekuasaan di Kuala Lumpur bingung bagaimana sebaiknya pengelolaan minyak di Sabah dan Serawak ini.

The Rising Star, Tengku Razaleigh, mendapat tugas dari Perdana Menteri. Apa yang dilakukannya pertama adalah belajar dari Pertamina. Maka dia pun meondar-mandir Kuala Lumpur-Jakarta untuk menemui Dr Ibnu Soetowo. "Suatu kali saya diajak Pak Ibnu Soetowo dalam kunjungannya ke daerah, saya lupa dimana, saya kagum sekali melihat Pak Ibnu Soetowo disambut seperti raja".

Diilhami oleh Pertamina, Tengku Razaleigh mendirikan PETRONAS. Sistim penambangan minyak diperbaharui. Perusahaan-perusahaan Malaysia harus ikut dalam konsesi minyak yang sebelumnya telah diberikan kepada orang asing. Tengku Razeleigh bercerita bagaimana Amerika sewot, mereka protes, Presiden Gerald Ford bahkan sampai menelepon Perdana Menteri. "Tapi saya tak takut, saya tak bisa diberhentikan Amerika, saya pun tak digaji PETRONAS".

"Saya hanya mengajukan konsep yang sederhana saja, sebelumnya orang Barat diberi konsensi: selama masih ada bulan dan bintang. Mana boleh", kata Tengku. Berbual-bual dengan Tengku Razeleigh, rasanya saya ingin berlama-lama. Lembut penuh keakraban, penuh kehangtan dan penuh kearifan, itulah kesan saya terhadap sosok ini. Dari penampilannya yang bersahaja tidak tampak bahwa dia adalah seorang tokoh penting Malaysia. Majalah Asiaweek edisi November 1999 menyebutkan sebagai "The Leader ini Waiting", pemimpin yang sedang menunggu. Jelas yang dimaksud oleh Asiaweek yang ditunggu Tengku Razaleigh adalah kursi Perdana Menteri.

Siapa Tengku Razaleigh? Walau tidak pernah menepuk dada, dia bukanlah Tengku sembarang Tengku. Tengku ini adalah seorang ahli ekonomi yang dianggap mampu mengimbangi pemikiran Dr Mahathir dalam visi perekonomian Malaysia. Pengalamannya memang mengesankan. Disamping pendiri PETRONAS, Tengku Razeleigh adalah juga pendiri Bank Bumi Putera dan Badan Investasi Negara, PERNAS, bahkan juga pernah menjadi Menteri Keuangan serta Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia.

Dengan pembawaannya yang lembut tak terbayangkan oleh bagaimana Tengku Razaleigh bisa menantang Dr Mahathir untuk memperbutkan kursi Presiden UMNO pada tahun 1987, walaupun akhirnya dia "tewas". Namun mencatat, dengan hanya kalah 43 suara dari 1.479, pertarungan itu dianggap paling sengit sepanjang sejarah Malaysia. Kekalahan itu membawa Tengku keluar dari UMNO untuk kemudian mendirikam Partai Semangat '46 dan berkoalisi dengan Partai Islam se Malaysia (PAS) di negerinya Kelantan. Dalam pemilu 1990 Partai Semangat dan PAS menyapu bersih semua kursi Parlemen untuk Kelantan.

Namun ketika Tengku Razaleigh kembali ke UMNO tahun 1996 dia pun diterima karena dianggap sebagai tokoh Melayu yang cerdas memiliki kadar intelektualitas yang tinggi. Tengku Razaleigh adalah tokoh dari Kelantan yang dianggap mampu mengalahkan Tuan Guru Nik Aziz Mat pemimpin PAS di Kelantan yang tidak pernah berhasil ditundukkan oleh Dr. Mahathir.

Menurut pengamat dari Malaysia, apabila Tengku berhasil mengalahkan Cik Gu Nik Aziz di Kelantan maka peluang untuk naik ke pucuk pimpinan UMNO sangatlah besar, apalgi Tengku dianggap sebagai tokoh mempersatukan Melayu di Malaysia setelah retak akibat isu Anwar Ibrahim. Tengku Razaleigh dianggap bersikap netral dalam isu yang paling banyak disorot di Malaysia dalam satu dekade terkahir ii. Oleh karena itu dengan kapasitasnya yang sangat besar Tengku Razaleigh dianggap paling sesuai menggantikan Dr.MahathirMuhammad sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Tengku Razaleigh kini memang tidak lagi menjadi teraju PETRONAS. Tapi PETRONAS yang belajar dari PERTAMINA itu telah diasuhnya menjadi anak yang pandai mengali-ngali dan membagi-bagi sehingga mampu memberikan kado istimewa bagi Malaysia dan tentu dicintai rakyatnya.

Tanggal 31 Agustus ini adalah hari Kebangsaan Malaysia, entah kado apalagi yang diberikan oleh PETRONAS kepada negaranya. Tengku Razaleigh, tolong ajarkan kami ilmu mengali dan membagi.

Wawancara bersama Tengku Razaleigh Hamzah (WTV8)


Link untuk petikan wawancara WTV8 bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Wawancara ini diletakkan kembali di web WTV8 di atas permintaan ramai. Wawancara ini terdiri daripada beberapa siri. Link ini adalah utk siri pertama. Sekian . Terima Kasih


Catatan Di Majlis Berbuka Puasa Tengku Razaleigh

Catatan Di Majlis Berbuka Puasa Rumah Tengku Razaleigh - MSO
SUDAH menjadi amalan kebajikan Tengku Razaleigh Hamzah di sepanjang bulan puasa beliau akan mengundang rakan-rakan dan sahabat handainya berbuka puasa dan bertarawih di rumahnya. Panggilan itu dibuat ke atas rakan dan sahabatnya dari berbagai bidang dan profesyen, dekat dan jauh.Ianya dipanggil mengkut giliran semacam sudah ada jadual khusus mengenai undangan ini pada setiap tahun. Suatu perkara yang diperhatikan setiap kali Ramdan ada-ada saja sahabat ataupun rakan baru Tengku Razaleigh. Ini membuktikan bahawa beliau seorang yang ramai kawan dan suka menjalani hubungan silaturahim dengan sesiapa saja yang sudi.

Mereka yang jauh di Pulau Pinang, Johor atau Terengganu juga tidak pernah mis hadir, walaupun sekadar untuk berbuka dan bertarawih dengannya.Paling merujakan, ada yang dulu menghentam atau mengkritik pendekatan dan gaya politiknya, namun hari ini datang bersimpuh bersamanya seperti qari menghadap hafiz. Memanglah kebenaran dan keadilan itu selalunya lambat menjelma! Seolah-olah mereka mengambil kesempatan Ramdan yang mulia untuk berbai'ah semula dengan Tengku Razaleigh.Melihat suasana ini menandakan kerendahan hati budi kerabat di-Raja Kelantan itu.

Orang suka dengannya kerana beliau tidak memilih rupa dan bulu dalam berkawan. Beliau bukan sahaja berkawan dengan golongan ningrat, tetapi dengan orang tidak ada kerja juga termasuklah pencacai politik kelas kaki lima, atau kelas RM50. Semuanya digauli tanpa ada batas ataupun protokol.Mereka yang diundang dan hadir berbuka puasa dan bertarawih di rumahnya tergolong dari semua jenis dan kelas manusia. Dari kerabat, hinggalah rakan politik, ekonomi, budaya dan para penulis.

Terbaru para bloggers yang berminat untuk mengkaji pemikiran ekonomi dan politik bekas Menteri Kewangan itu juga hadir.Majlisnya tetap meriah meskipun beliau bukan seorang menteri atau bekas Timbalan Perdana Menteri. (Tidak dapat saya bayangkan bagaimana majlis-majlis seumpama itu ketika beliau menjawat jawatan menteri atau sewaktu ada kuasa dulu) Apa yang menyenangkan orang, setiap tetamunya disambut sama rata tanpa mengira kelas dan juga status seseorang.

Kalau beliau bersalam dengan bekas eksekutif syarikat GLC dan bertanya khabar, begitu juga bila beliau bersalam dengan penyokong setia kalangan marhean akan diaju soalan yang sama; lama tak jumpa, you sihat ke? Inilah keistimewaan Tengku Razaleigh. Beliau tidak seperti setengah orang politik, baru jadi Exco belum habis sepanggal tetapi sombongnya melebihi artis kampungan.

Sesiapa yang mengenali dan pernah bercakap dengannya akan merasai ketinggian budi dan kerendahan dirinya.Untuk puasa tahun ini penulis / blogers nampaknya diistimewakan. Belum habis minggu pertama sudah diundang untuk berbuka dengannya. Saya tidak berkesempatan kerana terpaksa ke Kota Bharu untuk mengikuti satu perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kota Bharu berhubung petikaian dua pihak tentang binatang berjanggut.Hari ini manusia bergaduh bukan saja fasal balak, tanah dan sungai, tetapi fasal binatang berjanggut juga bergaduh macam nak rak - sampai tuduh menuduh tipu dan sebagainya.

Satu pihak tetap berdegil macam tenggling mampus, dan satu pihak lain yang beriya-iya mahu menyelesaikan masalah itu kerana kesiankan kepada bintang berjanggut berkenaan.Malam tadi satu lagi majlis berbuka puasa diadakan oleh Tengku Razaleigh. Para jemputan kali ini ialah rakan-rakannya di kalangan bekas pegawai tinggi kerajaan dan juga bekas-bekas pemimpin politik.

Kehadirannya mengalahkan jemputan para menteri. Nampak sekali kemeriahan majlis malam tadi. Kehadiran rakan politiknya baik dalam Umno ataupun bekas pemimpin Semangat 46 tidak mengejutkan. Tetapi kehadiran bekas-bekas pengawai kerajaan dan juga CEO dalam syarikat GLC memeranjatkan kerana di majlis berbuka puasa anjuran menteri atau bekas timbalan perdana menteri pun mereka tidak pernah kelihatan!

Keadaan ini ditambah pula dengan hadiran beberapa orang penulis dan penganalisa politik yang selama bertahun-tahun tidak berani mendekati Tengku Razaleigh kerana mereka begitu kasih dan taksub kepada pemimpin yang dilihat berlawan dengan Tengku Razaleigh ketika itu.

Kemeriahan ini semacam ada perkembangan dan semangat baru yang sedang berlaku di sekitar Tengku Razaleigh.Kurang dipasti pula, apakah kalau Dr Mahathir Mohamad tidak berada di IJN pada masa ini beliau juga akan turut hadir sama atau tidak malam tadi. Ini kerana Setiausaha Akhbar Dr Mahathir, Saufi Yusuf turut hadir siap dengan songkok tinggi dan tersenyum sepanjang masa, rancak menceritakan mengenai perkembangan kesihatan bekas PM itu.Seperkara yang menyerlah pada majlis-majalis Tengku Razaleigh akhir-akhir ini ialah kehadiran dan komitmen para sasaterawan dan budayawa negara.

Mereka satu demi satu hadir ke sisi Tengku Razaleigh bagaikan si camar tumpang berteduh di hari hujan.Mereka yang seolah sudah hilang tempat bergantung bagi mengadukan remuk radam hatinya terhadap pengkhianatan dan ketidakpekaan dan kepedulian Kerajaan ke atas Bahasa Melayu dan juga ke atas hak-hak keistimewaan Melayu.

Walupun mereka tahu, dalam keadaan hari ini Tengku Razaliegh tidak dapat berbuat apa-apa hanya boleh bercakap dan berbicara seperti mereka, namun kehadiran mereka seakan membawa harapan supaya Tengku Razaleigh menjadi jurubicara dan penterjemah hasrat murni mereka untuk bangsa dan negara.

Malam tadi kelihatan tokoh-tokoh budayawan dan bahasa seperti Hassan Ahmad, Tengku Alaiuddin, Awang Sariyan serta beberapa orang kerabat Gapena yang mewakili Prof Ismail Hussein. Mereka semua nampak serasi dengan Tengku Razaleigh Hamzah.Mungkin golongan intelektual ini sudah membaca dan mempunyai pengalaman bahawa pemimpin lain yang mereka harapkan medaulatkan bahasa dan bangsa menghampa dan mengecewakan. Dan mereka melihat bahawa satu-satunya pemimpin era Tun Razak yang masih utuh menjaga dan rajin berbicara mengenai Melayu ialah Tengku Razaleigh Hamzah.

Tidak terlupa juga turut hadir sama malam tadi ialah beberapa orang yang sebelum ini dikenali sahabat dan pendokong bekas TPM Anwar Ibrahim. Sejak akhir-akhir ini mereka ini sering kelihatan di majlis-majlis Tengku Razaleigh. Apakah kehadiran mereka kerana kesunyian ataupun bertujuan ingin menghubungkan talisilaturahim antara Tengku RAzaleigh dengan Anwar!Apapun tip yang paling baik semalam ialah mengenai pilihan raya.

Menurut Pengerusi SPR Abdul Rashid Abdul Rahman yang turut juga hadir menjelaskan bahawa pilihan raya tidak akan diadakan dalam tempoh terdekat. "Malam ini sah pilhan raya tidak akan diadakan!" katanya sambil berseloroh menjawab pertanyaan saya. "Jadi bila..?" tanya saya, Rashid terus ketawa terkekeh-kekeh sambil berjalan dan menggelengkan kepala!

Sunday, September 16, 2007

Muncul Sesudah Gerhana? Siri ke2

Tengku Razaleigh Hamzah: Muncul Sesudah Gerhana?[Siri Kedua] oleh Kuda kepang June 12, 07

Posting saya dalam blog ini semalam, bertajuk Tengku Razaleigh Hamzah Muncul Sesudah Gerhana?, adalah suatu cetusan hati saya sendiri. Cetusan itu meledak secara spontan daripada jiwa saya yang terusik selepas saya menganalisa beberapa maklumat sensitif, spesifik, explosif, dan kontroversial yang saya terima sepanjang minggu lalu.Sehingga hari ini saya masih lagi menilai, meneliti, menjalankan siasatan lanjutan serta menganalisa seluruh maklumat berkenaan.

Proses ini saya lakukan untuk memperincikan apakah implikasinya kalau saya hamburkan seluruh maklumat itu ke intrnet secara total. Proses ini juga saya lakukan untuk membantu saya membuat keputusan sama ada saya akan mengongsikan info berkenaan dengan seluruh masyarakat internet Malaysia atau pun biarkan sahaja maklumat-maklumat itu reput ditelan kerahsiaan.Lantaran itulah saya berusaha mendapatkan maklum balas menerusi saluran internet untuk mengukur kesediaan anda menerima maklumat-maklumat seperti di atas. Sebab itulah saya mencari jalan mengukur kebijaksanaan anda menilai dan menterjemah mesej yang tersirat di sebalik yang tersurat.

Antara intisari posting saya semalam adalah: Mengapakah sewaktu menghadapi kecelaruan, saya memetik caption Pak Ya mengenai Tengku Razaleigh? Adakah kerana saya tertawan dengan kata-kata Pak Ya bahawa Tengku Razaleigh “mempunyai pengaruh, dihormati rakyat dan seorang tokoh politik yang berpengalaman, berwibawa dan boleh menjadi bakal PM.”? Atau, adakah kerana Pak Ya mengatakan bahawa “kalau Tun Mahathir dan Ku Li berkerjasama, besar kemungkinan scenario politik UMNO dan negara akan berubah tidak lama lagi.”?Mungkinkah saya memetik kata-kata Pak Ya mengenai Tengku Razaleigh kerana naluri saya didorong oleh satu persepsi bahawa Tengku Razaleigh memang tokoh terbaik untuk mengembalikan semula cahaya ria yang akan ditenggelamkan oleh gerhana yang mungkin tiba? Mungkinkah kini sampai giliran Tengku Razaleigh untuk mewarnakan semula landskap siasah Malaysia selepas gerhana muncul di tanahair tercinta ini tidak lama lagi?

Dan, antara sedutan reaksi kepada posting saya semalam, yang dikirimkan ke blog ini dan menerusi laman berita Malaysia Today, adalah seperti berikut:

Hamizi: Perlu diakui, tiada tokoh yang layak dalam BN untuk mengambil alih kepimpinan negara. Saya harap Tun Dr Mahathir Mohamad akan membantu Ku Li untuk menjadi PM. Beliau harus menebus kesilapan menamakan Pak Lah sebagai penggantinya.

Cakapsiang: Selagi politik menjaga periuk nasi berleluasa dalam diri orang Melayu, selagi itulah bangsa Melayu tidak berani berfikiran dan bertindak rasional. Ku Li dan Dr M tidak akan berjaya mempengaruhi majoriti dalam UMNO kerana mereka berdua bukan lagi 'penjaga periok dan nasi'. Kita boleh berfantasi dan berilusi, namun realiti tetap PERIUK NASI!

Dzulman: Apa yang sedang berlaku di kalangan masyarakat Melayu, khususnya dalam UMNO, adalah satu cabaran besar oleh Allah SWT. Saya tak salahkan UMNO sebuah parti politik yang punyai tujuan murni. Tetapi, sayangnya ramai dari orang kuat-kuat hanya mementingkan perut sendiri.Saya ingat masa TDM jadi PM dia jarang mengabaikan surat-surat dari rakyat.

Kita hantar kad raya pun dia jawab walau pun kita tahu itu kerja pembantunya. Sekarang lain cerita.Apa jua perubahan mesti di lakukan oleh UMNO dari dalam. Dengan keadaan sekarang nampaknya rakyat Melayu terpaksa tunggu kerana tak mungkin ada yang berani membuat sesuatu yang boleh menggemparkan.Kami turut merasa terganggu dengan apa yang sedang dan akan berlaku. Berdoalah kita kepada Allah SWT semoga keadaan jadi baik.A Voice (blogger):

Petikan dari posting saya, Filem dan Mentera: Seniman Agong dan Pelakun Palsu. ....Adakah antara mereka tahu menyesal seperti Aduka? Sanggupkah bertaubat dan merelakan hukuman? Pelbagai persoalan timbul dalam fikiran dan jiwa ku.Borek dengan kuncu-kuncunya sudah menghuru-harakan negara.

Kita bertelagah perkara remeh hingga lupa dan lalai ancaman yang sudah menjelma. Musuh sudah di dalam pagar!Tanahair dilanggar "todak"! Dimanakah kau "Hang Nadim"? Sanggupkah anak muda ke hadapan, walaupun kamu mungkin terkorban atas pengorbananmu?Keluarlah "Mat Kilau" dari sembunyian! Berani lagikah "Tok Janggut", walaupun berakhir di tali gantung? "Si Bongkok", jangan semangat mu hanya ingatan dalam "tajuk"!

Renegix: Datuk, apa sebenarnya gerhana tu? Buatkan saya juga gundah gulana. Jika tidak keberatan, sila beritahu saya.

Harry: Gerhana dalam apa bentuk pun tidak akan berlaku di negara ini, andaikata PAS atau parti pembangkang tidak membuat "kerja rumah" mengenai dasar politik mereka.

Silhoute: Masa Ku Li sudah terlepas… Gerhana telah lama melanda Malaysia dan Malaysia akan terus dilanda gerhana selagi pemimpinnya tidak insaf dan mementingkan kekayaan semata-mata.

Zed: Change is good and badly needed in this country. I for one will support Tengku Razaleigh should he decide to contest for the top post.

Geligeleman: You mengharapkan Ku Li melakukan sesuatu untuk menyaingi Pak Lah. Kenapa? UMNO kurang/tak mempunyai sebuah institutsi pewaris kepimpinan yg benar-benar jitu? Apa kekuatan yang ada pada Ku Li? UMNO sendiri tidak mahu mengubah gaya pemikiran dan tanggapan terhadap waris kepimpinan mereka. UMNO sendiri pun kelabu dengan arah tuju mereka.

MM2007: Gerhana itu adalah kejadian alam ikut design Tuhan atau sunnatullah. Jangan kita takut gerhana.

Nasigoreng: Ku Li satu-satunya 'PM material' tetapi takdir Allah mengatasi kehendak manusia. Ku Li sepatutnya jadi PM sekarang jika Mahathir berfikiran lebih waras dalam menentukan pengganti. Keberanian Ku Li mencabar Mahathir dalam tahun 1987 sudah cukup bukti bahwa selepas Mahathir, Ku Li mengambil alih pemerintahan negara ini. Apa boleh buat, orang Melayu sungguh malang, Begitu juga rakyat Malaysia seluruhnya. Ku Li seorang yang cerdas dan dinamis. Sangat meyakinkan bila berucap, orang tidak mengantuk. Beliau tidak pernah tertangkap tertidur dalam mesyuarat. Alahai, nasi sudah menjadi bubur basi.

Begitulah reaksi kepada cetusan hati saya semalam. Reaksi itu diberikan walaupun gerhana sebenarnya masih belum tiba. Bagi pihak yang ingin mengetahui apakah gerhana itu sebenarnya, ikutilah blog ini dari sehari ke sehari berikutnya.Saya katakan begitu kerana hari ini saya sudah dapat bayang-bayang tentang gerhana berkenaan. Ada beberapa “ahli falak” yang mahu mengetahui ramalan gerhana ini dengan lebih lanjut telah menghubungi saya hari ini.

Mereka bertanya di mana saya dapat info pasal gerhana berkenaan. Saya katakan kepada mereka, gerhana hanyalah perkataan yang saya pilih untuk menggambarkan apa yang mungkin berlaku. Mereka bertanya kepada saya, apa pasal saya agak akan ada gerhana? Saya jawab, saya ramalkan satu gerhana mungkin berlaku berasaskan seluruh maklumat yang saya terima sejak seminggu yang lalu. “Ahli-ahli falak” tersebut mendesak saya menyenaraikan maklumat-maklumat berkenaan.

Saya jawab dengan ringkas, tunggu dulu, saya sedang siasat dan siasat secara rapi dan terperinci. Dan, kalau nak tau intisarinya, ikutilah blog saya dari semasa ke semasa.Demi kesetiaan anda melayari blog ini dan membaca posting saya di Malaysia Today, dengan ini saya senaraikan bahawa antara topik utama kepada maklumat yang sedang saya kaji, siasat dan analisa pada ketika ini adalah seperti berikut:

Benarkah dakwaan kononnya kepimpinan tertinggi Malaysia kini sedang dimanipulasikan oleh sebuah negara jiran menerusi pendekatan ekonomi dan perdagangan yang dibiayai oleh anasir zionis dan neo-imperialis?Benarkah dakwaan kononnya ada satu entiti korporat asing akan berperanan besar dalam menentukan tarikh dan senarai calon PRU ke-12?

Benarkah dakwaan kononnya pembesar negara baru sahaja menerima nasihat daripada entiti korporat ini supaya PRU ke-12 diadakan dalam tempoh terdekat, mungkin minggu kedua Ogos 2007?Benarkah dakwaan kononnya entiti korporat yang sama juga akan mencurah wang beratus juta ringgit dalam PRU-12 akan datang ini?

Benarkah dakwaan kononnya Timbalan Perdana Menteri akan disingkir dan dipinggirkan menerusi beberapa pendekatan politik dan lain-lainnya tidak lama lagi?Benarkan dakwaan kononnya beberapa individu sangat berpengaruh dan sangat berkuasa kini terlibat dalam amalan seks sejenis sesama mereka?

Apakah aktiviti meragukan yang kononnya telah dan sedang terjadi di sebuah rumah di sekitar kejiranan Istana Negara, Kuala Lumpur, kebelakangan ini?Intisari di atas saya kemukakan dalam bentuk soalan.

Kepada pasukan petugas UMNO Malaysia yang baru sahaja mengeluarkan satu analisa mengenai bloggers politik Malaysia baru-baru ini, saya harap analisalah intisari di atas secara cermat dan terperinci.Pada waktu yang sama, saya juga harap pasukan pemantau ini bertanya kepada individu-individu di Aras Empat, apakah yang telah terjadi di pejabat berkenaan, pada suatu malam, tiga atau empat hari yang lalu?

Benarkah pejabat itu pun bocor? Bukan bocor atap, bocor siling atau pun bocor paip. Tapi, bocor keselamatannya?Setelah saya berikan serba sedikit intisari kepada maklumat yang sedang saya siasat dan terus siasat ini, apakah pendapat anda kalau info ini diletupkan ke tengah-tengah khalayak ramai, oleh pihak yang mengetahuinya, tidak lama lagi?

Gerhana akan terjadi? Kalau terjadi gerhana, mungkinkah pembesar-pembesar terbabit akan mempunyai kekuatan moral untuk terus memberikan semula sinar perjuangan kepada rakyat dan negara tercinta ini? Kalau tidak, di manakah relevannya Tengku Razaleigh Hamzah dalam keadaan sebegini? – Ruhanie Ahmad

Muncul Sesudah Gerhana?


Tengku Razaleigh Hamzah: Muncul Sesudah Gerhana? oleh kuda kepang

Hujung minggu ini fikiran saya tambah bercelaru. Bukannya pasal apa-apa yang peribadi. Tetapi perihal tanahair tercinta yang kini dikatakan sedang di ambang gerhana.Sama ada gerhana bulan, gerhana suria, gerhana siasah atau gerhana iktisad, saya tidak tahu. Saya hanya mendapat maklumat bahawa satu episod gerhana akan mnjelma di Malaysia. Jadi, harap anda semua bersabar, tunggu dan lihat, sama ada gerhana itu benar-benar berlaku.Bagaimanapun, dalam kecelaruan ini, saya pun baca semula buku Apa Agenda Anwar Ibrahim Dengan Khairy Jamaluddin karya sahabat saya, Saudara Yahya Ismail atau Pak Ya.

Kalau apa yang dinukilkan oleh Pak Ya di dalam buku itu adalah hakikat, kata suara hati saya, ke manakah akhirnya kita semua?Pak Ya juga memaparkan banyak gambar pemimpin UMNO dari semua lapisan di dalam buku tersebut. Tetapi, saya sendiri tidak tahu, mengapakah perhatian saya terpaku kepada foto yang dipaparkan di muka surat 266 di mana Pak Ya memaparkan wajah Tengku Razaleigh Hamzah, Ahli Parlimen BN Gua Musang, Kelantan, dengan caption seperti berikut:Kalau beliau (Tengku Razaleigh) menumpas Mahathir pada tahun 1987, jawatan PM akan disandang oleh beliau. Malangnya, dia gagal.

Tapi beliau tidak mudah berputus asa dalam perjuangan dan tidak pernah kalah dalam setiap pilihan raya yang disertainya hingga sekarang. Beliau mempunyai pengaruh, dihormati rakyat dan seorang tokoh politik yang berpengalaman, berwibawa dan boleh menjadi bakal PM. Kalau Tun Mahathir dan Ku Li berkerjasama, besar kemungkinan scenario politik UMNO dan negara akan berubah tidak lama lagi.Begitulah kata-kata Pak Ya dalam bukunya yang diterbitkan pada Ogos 2006. Saya tidak pasti mengapa Pak Ya memilih caption di atas untuk gambar Tengku Razaleigh yang berpakaian casual.

Tetapi, dalam gambar itu, Tengku Razaleigh jelas memberikan satu renungan yang tajam dan penuh bermakna.Soalnya di sini, mengapakah sewaktu menghadapi kecelaruan ini saya memetik caption Pak Ya mengenai Tengku Razaleigh?Adakah kerana saya tertawan dengan kata-kata Pak Ya bahawa Tengku Razaleigh “mempunyai pengaruh, dihormati rakyat dan seorang tokoh politik yang berpengalaman, berwibawa dan boleh menjadi bakal PM.”?Atau, adakah kerana Pak Ya mengatakan bahawa “kalau Tun Mahathir dan Ku Li berkerjasama, besar kemungkinan scenario politik UMNO dan negara akan berubah tidak lama lagi.”?Saya tidak dapat menjawab persoalan di atas kerana soalan itu menjelma dalam kecelaruan fikiran saya terhadap tanahair.

Tetapi, mungkinkah saya memetik kata-kata Pak Ya mengenai Tengku Razaleigh kerana naluri saya yang sedang dalam kecelaruan ini didorong oleh satu persepsi bahawa Tengku Razaleigh memang tokoh terbaik untuk mengembalikan semula cahaya ria yang akan ditenggelamkan oleh gerhana yang mungkin tiba?Mungkinkah kini sampai giliran Tengku Razaleigh, putera raja berjiwa rakyat, untuk mewarnakan semula landskap siasah Malaysia selepas gerhana muncul di tanahair tercinta ini tidak lama lagi? – Ruhanie Ahmad

Saturday, September 8, 2007

Ku Li - TDM: Politik yang serba mungkin


Dipetik dari malaysiaaktif.com


Cakap-cakap mengatakan Tengku Razaleigh Hamzah akan berpadu tenaga dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bukan satu cerita baru. Ramai tok-tok sidang politik yang pasang telinga di sana sini untuk mendapatkan pengesahan bab ini. Namun sejak bekas Perdana Menteri itu melancarkan kritikan terbuka terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada pertengahan tahun lalu tiada satu petanda yang dapat dijadikan pengikat kata tentang bualan politik itu.


Ini kerana zahirnya sejak itu Tengku Razaleigh sendiri dilihat seolah mengambil jalan tengah dalam isu Dr Mahathir-Abdullah. Beliau antara lain pernah menyarankan Abdullah pandu saja kereta ke rumah Dr Mahathir untuk bersua secara langsung dengannya bagi menyelesaikan pertikaian itu bila diasak oleh para wartawan untuk mengulas. Bekas Menteri Kewangan dan ahli parlimen Gua Musang ini juga tidak pernah menghadiri mana-mana roadshow politik Dr Mahathir termasuk yang terbaru di Kulai Johor.


Ikut ceritanya Tengku Razaleigh telah diundang oleh pihak penganjur untuk menghadiri ceramah Dr Mahathir di Kota Bharu pada 28 Julai lalu yang digamatkan dengan peristiwa semburan gas pemedih mata keatas bekas Perdana Menteri itu di lapangan terbang Sultan Ismail Petra,Pengkalan Chepa.


Namun beliau tidak muncul.


Sebab itu ramai yang buka mata bila Dr Mahathir memenuhi undangan untuk menghadiri ceramah agung tahunan anjuran Persekutuan Badan Pendidikan Dan Pembangunan Melayu di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada petang Jumaat lalu yang disampaikan oleh Tengku Razaleigh.


Ini adalah kali pertama mereka bersua dalam satu pentas ceramah politik sejak sekian lama.
Dalam arina politik yang serba mungkin... baik Dr Mahathir maupun Tengku Razaleigh kini tidak dapat menyekat apa jua andaian tentang ‘jalinan’ terbaru itu.


Tandatanya terbesar tentunya menjurus kepada mungkinkah kedua-dua tokoh UMNO ini yang telah ‘berperang’ untuk jawatan Presiden sehingga parti itu diharamkan pada tahun 1987, bergabung untuk menghadapi pemilihan parti akan datang.


Agendadaily ada mengemukan soalan yang berkaitan dengan itu kepada Dr. Mahathir selepas majlis berkenaan dan beliau dengan stail biasanya spontan berkata : “ Satu mazhab mungkin boleh, tetapi pemikiran tetap lain-lain.”


Sebelum itu dalam ucapannya ketika diundang mengulas ceramah Tengku Razaleigh di majlis itu, Dr. Mahathir menyebut bahawa dalam politik, ada ‘mazhab’nya tersendiri.

Beliau asalnya hadir pada ceramah itu sebagai undangan sahaja dan tidak dijadualkan berucap.

Beliau merujuk kepada sejarahnya dengan Tengku Razaleigh yang berbeza pendapat hingga akhirnya berpisah.


“Pendirian perjuangan kebangsaan itu sama, jangan ketepikan walaupun yang bermusuh dan cuba jatuhkan kita,’’ ujarnya. Dengan senyuman sinis, Dr. Mahathir memberitahu beliau tidak berdendam dengan Tengku Razaleigh dan putera raja dari Kelantan itu nyaris-nyaris dilantik semula menganggotai jemaah menteri ( selepas pemilihan 1987). “Bagaimanapun oleh kerana kenyataannya dalam majalah Far Eastern Economic Review(FEER), sayapun kena review perlantikan itu,’’ ujarnya.


Tengku Razaleigh mempunyai track record politik yang tersendiri.Menyingkapnya semula jelas tertera beliau seolah seorang yang tidak pernah giveup bila sudah set hendak mencapai sesuatu. Selain bertanding menentang Dr Mahathir, beliau sebelum itu dua kali berentap dengan Tun Musa Hitam untuk jawatan Timbalan Presiden Umno.

Lihat saja pada cubaannya hendak bertanding jawatan Presiden Umno menentang Abdullah pada pemilihan tahun 2004 diketika semua ramalan menunjukkan beliau tidak akan lepas sekalipun diperingkat pencalonan bahagian-bahagian Umno.

Beliau akhirnya terpaksa menerima realiti mendapat hanya satu pencalonan dari bahagiannya sendiri,Gua Musang.


Alasan yang diberikannya waktu itu ialah mahu menegakkan demokrasi dalam Umno.Beliau juga mempertikaikan sistem pemilihan yang dibatasi oleh sistem kuota pencalonan yang dijadikan satu peraturan dalam parti itu semasa era Dr Mahathir.


Sistem kuota itu yang bertujuan untuk mengelak sebarangan orang bertanding jawatan utama parti juga telah menjadi senjata Datuk Seri Anwar Ibrahim checkmate Allahyarham Tun Ghafar Baba diperingkat pencalonan jawatan Timbalan Presiden Umno menjelang pemilihan Umno tahun 1993.


Ada yang berkata satu-satunya cita-cita Tengku Razaleigh yang setakat ini belum tercapai ialah merasai jadi Presiden Umno dan Perdana Menteri.


Soalnya sekarang mampukah Dr Mahathir menjadi ‘jambatan’ bagi Tengku Razaleigh mencapai impian itu? Realiti politik Umno jelas menunjukkan ia bukan sesuatu mudah mengugat leader of the day .

Memang sukar untuk merongkai paduan pada sesiapa saja yang di puncak kuasa.
Tiada siapa yang mahu mengambil risiko kehilangan alignment politik yang sedia ada.Ini kerana naik muka baru sudah tentu lain susun aturnya. Pengalamannya tiga tahun lampau adalah bukti terdekat bagi Tengku Razaleigh. Dalam era Dr Mahathir sendiri sudah tercatat dalam lipatan sejarah bahawa sekalipun berdepan dengan gelombang tentangan Team B yang mencemaskan pada tahun 1987 beliau tetap di situ.


Pada tahun 1998 badai taufan reformasi Anwar hanya mampu mencacatkan jumlah pungutan kerusi Barisan Nasional pada pilihanraya 1999 saja. Sebelum itu Musa Hitam angkat bendera putih dan undur diri dari jawatan Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri hinggalah beliau gangup dengan team B Tengku Razaleigh. ‘Kekuatan’ Dr Mahathir menangkis dan merebahkan semua penentangnya heavyweightnya khususnya Tengku Razaleigh,Musa dan Anwar dengan sendiri membuatkan pimpinannya sunyi sepi dari menghadapi kritikan dalaman sehingga beliau menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Abdullah pada tahun 2003. “Walaupun Dr Mahathir kata beliau bersikap terbuka sedia menerima kritikan….tetapi dengan kekuatan berkenaan lepas itu mana ada pemimpin Umno yang berani mengkritiknya secara terbuka,” kata seorang penganalisis politik.


Dr Mahathir sendiri sedang mengambil risiko besar memperjudikan kredibiliti dan imejnya dalam serangannya terhadap Abdullah. Silap haribulan namanya sebagai lagenda politik negara yang berprestij boleh terhumban ke dalam longkang. Diketika beliau menghentam kiri kanan Abdullah banyak juga komentar-komenter dalam beberapa laman blog popular yang mempersoalkan hal-hal yang berlaku semasa zaman pentabirannya selama 22 tahun. Ini termasuk bab mengkayakan kroni dan anak.


Atas apa argument politik pun memang sukar untuk mematikan kecurigaan orang bahawa Mirzan,Mokhzani dan Mukhriz berjaya dalam perniagaan semata-mata atas kekuatan mereka sendiri. Dr Mahathir sendiri nyata sedar tentang persepsi itu yang terus bermain di kepala para pengkritiknya diketika beliau membangkitkan soal kekayaan Kamaluddin,anak lelaki Abdullah.


Beliau kerap juga menyentuh tentang kejayaan mereka dalam perniagaan yang tidak ada kena mengena langsung kerana sentuhannya. Apa lagi bila baru-baru ini Mokhzani disenaraikan oleh sebuah majalah bisnes tempatan sebagai salah seorang dari 100 yang terkaya di Malaysia. Sebab itu agak menarik untuk mengintai perkembangan mendatang mengenai spekulasi paduan tenaga Dr Mahathir -Tengku Razaleigh.

' Titik temu ' mereka jelas terbentang dan sukar diselindung.


Sekalipun ‘arah tuju’ Tengku Razaleigh agak senang dibaca namun beliau juga dikenali sebagai seorang yang kadangkala berhati-hati dalam membuat sesetengah perhitungan politik. Apakah beliau selama ini menjauhkan diri dari Dr Mahathir kerana hendak menilai dulu impak tindak tanduk bekas Perdana Menteri itu dalam senario politik tanahair khususnya politik Umno? Bagi Dr Mahathir sendiri mungkinkah kehadirannya pada majlis ceramah Tengku Razaleigh itu kerana merasa sepi ketiadaan seorang pun rakan heavyweight bersuara seiring dengannya selama ini? Pada majlis ceramah itu mereka senada dalam menyuarakan keraguan pada zon bebas akses yang dicadangkan hendak diwujudkan di Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor. Kemungkinan wujudnya gabungan tenaga antara Dr Mahathir –Tengku Razaleigh juga sudah pasti akan diandaikan tidak lebih dari satu marriage of convenience. "There are no permanent friends or permanent enemies.There are only permanent interests.Itu adalah satu cogankata politik yang semua orang tahu kenyataan yang berlaku dimana-mana.

Yang pasti bola sudah berada dalam padang Tengku Razaleigh.Kini tilikan pada kemungkinan gerak langkahnya dikatakan lebih menjurus kepada pada satu faktor iaitu...Ini last kopek…nothing to lose. - 2/4/2007

Parliament Q & A " Whether MAS reorganisation included plans to replace old aircraft" asked Ku Li

Replacing Old Aircraft Part Of MAS' Ongoing Plan August 28, 2007 14:51 PM

KUALA LUMPUR, Aug 28 (Bernama) -- Malaysia Airlines (MAS) has plans to replace its aircraft in line with its ongoing aircraft revamp exercise, the Dewan Rakyat was told today.

Deputy Transport Minister Datuk Seri Tengku Azlan Sultan Abu Bakar said the national carrier had received several proposals from aircraft manufacturers such as Boeing and Airbus to replace its B737-400 planes.

He was replying to Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang) who wanted to know whether MAS' reorganisation included plans to replace old aircraft."In line with its five-year plan, MAS plans to buy long-range narrow-body aircraft to enable it to operate in new sectors which are not suitable for Airbus 330 and Boeing 737-400 aircraft," he said.To a question from Datuk Bung Mokhtar Radin (BN-Kinabatangan) on an incident where a MAS aircraft had to make an emergency landing due to a faulty landing gear, Tengku Azlan said the matter would be investigated and assured him that the airline would not compromise on passengers' safety.

On delays in MAS flights recently, Tengku Azlan said they were due to several factors including flight rescheduling, and the introduction of a new passenger service system and technical problems.He said that as a result, in July, the MAS flight punctuality rate dropped to 62 per cent compared with an average of between 82.9 per cent and 88.1 per cent.

Tengku Azlan said MAS had addressed the problem by introducing new flight schedules with adequate buffer time and mobilised its engineers from Subang to the KL International Airport (KLIA) to enable repair work to be carried out quickly."For this month, the MAS flight punctuality rate has improved to 82 per cent," he said.-- BERNAMA

Special privileges for Malays only temporary ’safety net’, says Ku Li

Posted on July 27th, 2007.

The Malays must realise the protection and special privileges accorded to them by the government to develop them economically, particularly through the implementation of the New Economic Policy (NEP), are only a temporary “safety net”, a former finance minister said.

Tengku Razaleigh Hamzah said the government provided the safety net so that the Malays would not fall flat in going through the tests and pressures of life. At the same time, they must learn fast so that they need not depend forever on privileged assistance, he said.
“To achieve progress, they cannot rely on the safety net forever.

They must move forward on their own accord and to scale greater heights,” he said when speaking at the 2007 Za’ba Lecture series here yesterday.

Source: The Sun, Bernama

Friday, September 7, 2007

Tunku ensured Malay predominance, says Ku Li

Old friends: Tengku Razaleigh with Tunku during the latter's visit to Kota Bharu at the invitation of the Sultan and Raja Perempuan of Kelantan on Nov 6, 1988. — Courtesy of Tunku Sofiah Jewa

From AllMalaysia.info, 27 August 2007

He was portrayed as being anti-Malay in the aftermath of May 13 and his name sullied. Nothing could have been further from the truth.

By TENGKU RAZALEIGH HAMZAH


LONG before I was even born, my father Tengku Mohamed Hamzah, the Menteri Besar of Kelantan, had been close to the royal family of Kedah. In the late 1950s, my father used to call on Ayah (Tunku Abdul Rahman) at The Residency whenever he was in Kuala Lumpur to attend the Rulers’ Conference.

As for me, I met Ayah regularly while studying economics at Queen’s University in Belfast, when I was also Secretary-General of the Malay Society of United Kingdom.

In February 1962, when I was in my final year reading law at Lincoln's Inn, my father had a fatal stroke, thus forcing my early return to Malaya. My plane took me to Singapore. Ayah was kind enough to have sent a special plane to transport me from Singapore to Kota Bharu.

He asked me to remain in the country and become politically involved in Kelantan. However, I was not quite ready for electoral politics. In the absence of my father, I had a responsibility to manage my family affairs, and make a mark, if possible, in the financial sector.

Nevertheless, thanks to Ayah, I was myself inspired to swap my Saville-Row city suits for traditional Malay garb and to venture forth into the uncertainties of Kelantan politics.

The fact that he was a prince did not inhibit him from going to the kampung to win support for self-government and later independence. I came to realise through the sheer force of Ayah’s living example that royal antecedence did not give us any special privileges in an independent Malaya – apart from those dictated by protocol – and that we would have to take our place as citizens on par with the rest.

Ayah was a Malay gentleman who was steeped in adat. He was extremely hospitable to his guests. Despite the great age gap between both of us, whenever I visited Ayah, I would find him literally waiting for me at the door.

The tragic part of it all was that despite his good intentions and great concern for the Malay community, Ayah was portrayed as being anti-Malay in the aftermath of May 13 and his name sullied.

Nothing could have been further from the truth. It was Ayah who had ensured Malay predominance in the country, to the extent that he was willing to allow Singapore to leave peacefully in the larger interest of the Malay agenda, despite the political cost.

Again it was Ayah who ensured that certain provisions and safeguards were included in the Constitution to protect the special position of the Malays. He also ensured that the Civil Service, Military and Police Force would be headed by Malays.

It was during Ayah’s premiership that massive rural development programmes were carried out to eradicate poverty among the Malays: a nascent class of Malay entrepreneurs was created through the Bumiputra Economic Congresses of 1965 and 1968, plus institutions such as Bank Bumiputra Malaysia Berhad, PERNAS (National Equity Corporation), MARA (Council of Trust for the Indigenous People) and FAMA (Federal Agricultural Marketing Authority) were established.

Despite these initiatives, efforts were directed at discrediting and nullifying Ayah’s contributions towards Malay pre-dominance in the country.

Although Ayah was the mastermind behind the grand design to help the Malays, the Malays chose to see Tun Razak’s sole hand in the various departmental projects that were carried out during Ayah’s era.

It was also unfortunate that my close association with (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) was misconstrued. Ayah had fathered me politically in Umno.

I was of course considerably more pro-Tunku than Mahathir or anyone else, but my sympathies for Mahathir upset Ayah.

When Ayah retired, he was in financial straits. The Government allocated a bungalow in the Federal Capital for him to stay for life. This was the government quarters at No. 1, Kenny Road (now Jalan Bukit Tunku).

When I became Finance Minister, I felt that as a national icon, Ayah must be given the opportunity to own the house. I discussed the matter with Tun Hussein Onn and it was decided that the house should be sold to Ayah at a special price normally fixed for the benefit of the disadvantaged, namely one-eighth of the market value. Since even that was too expensive for Ayah, I was more than happy to arrange for the money.

In 1989, differences between Mahathir and me resulted in the formation of Semangat 46, of which I was the president, and Ayah the adviser. Ayah became the first registered member of Semangat 46; Tun Hussein Onn was the second in line.

It was Ayah who insisted that a party be formed when Umno Baru was registered. He was concerned that having blacklisted leaders of old Umno, the leadership of Umno Baru would bar the supporters and sympathisers of the so-called Team B from joining Umno Baru.

If these political activists were alienated, he feared that they might join opposition parties like PAS and Parti Rakyat and might not return to Umno.

Although he was instrumental in setting up Semangat 46, Tunku also advised me to keep an open mind because he was concerned about Malay unity. He advised me that in the event there was an opportunity for both sides to come together, then Semangat 46 should be dissolved.

Even in his old age, Ayah was determined to set things right. As in Ayah’s era as Prime Minister, his was still the healing touch.

Born on 13th April 1937, into the Kelantan royal household, Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah, affectionately known as Ku Li, has been an MP since 1969. In Umno, he was elected to the Supreme Council in 1971, and became vice-president in 1975. He also served as Finance Minister under Prime Minister Tun Hussein Onn and is currently the MP for Gua Musang.