Saturday, June 28, 2008

Tengku Razaleigh mahu ahli Umno buang sindrom takut

http://www.kulitpisang.com/index.php
Tengku Razaleigh mahu ahli Umno buang sindrom takut



Written by Saiful Malek Muda
Wednesday, 18 June 2008 09:38
KETIKA membaca berita dari Kuala Berang mengenai seruan Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah supaya ahli-ahli Umno perlu buang sindrom takut, terfikir oleh saya untuk mengulas pandangan itu kerana ia cukup menarik untuk diperkatakan.
Berita Harian 14 Jun melaporkan; Tengku Razaleigh Hamzah meminta ahli Umno membuang sindrom takut bagi memastikan Umno terus kuat dan menjadi parti yang relevan dengan orang Melayu.

Tengku Razaleigh mendakwa ahli Umno mempunyai sindrom takut kepada pemimpin.
Setakat ini, ahli-ahli Umno nampak, Tengku Razaleighlah yang paling berani. Berani menawarkan diri bertanding jawatan Presiden sekaligus mencabar kedudukan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Sudah banyak tempat juga Tengku Razaleigh pergi berucap. Berjumpa dengan ahli-ahli di peringkat cawangan. Antaranya, Kedah, Johor, Terengganu dan Sabah. Apakah betul ahli-ahli Umno dilanda sindrom takut seperti dakwaan Tengku Razaleigh?

Ia suatu perkara yang menarik untuk diperkatakan, diulas dan dipolemikkan. Tetapi sebelum menulis mengenai Tengku Razaleigh, kita juga harus membuang jauh-jauh sindrom takut kerana jika tidak cukup keberanian, memang tidak ada sesiapa sanggup menyentuh Tengku Razaleigh ini termasuk pemimpin-pemimpin Umno.

Lihatlah, apabila Berita Harian 14 Jun 2008 menyebut Tengku Razaleigh sebagai Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, tidak ada pembetulan atau ralat dibuat sehari kemudian. Maknanya, Tengku Razaleigh sudah dilantik 'menjadi Ahli MT' oleh akhbar Berita Harian dan bukan oleh perwakilan Umno atau Presiden Umno. Bila pula Tengku Razaleigh menjadi Ahli MT dalam penggal ini? Apakah wartawan dan editor Berita Harian sudah silap? Kalau silap, mengapa tidak buat pembetulan? Atau, tidak penting mengaku kesilapan?

Sebenarnya, pada pandangan saya, bukan Tengku Razaleigh yang boleh dianggap berani dan tidak dilanda sindrom takut di kalangan ahli-ahli Umno tetapi Tengku Razaleigh sebenarnya mengajak ahli-ahli Umno berfikir secara 'songsang'. Sanggup melawan pucuk pimpinan bukan sesuatu yang berani tetapi sesuatu yang dianggap tidak rasional ketika ini.

Jika ahli-ahli Umno mahu melihat seorang pemimpin atau seorang ahli parti yang berani, mereka sebenarnya memberi perhatian kepada keberanian yang ada pada diri Pak Lah sendiri. Walaupun beliau diserang, dikritik dan ditohmah, tetapi secara bersendirian beliau masih terus bekerja, merancang dan memperbetulkan pelbagai kelemahan parti dan kerajaan.

Orang lain, termasuk Tengku Razaleigh boleh berjalan ke sana ke sini, termasuk bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo, bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, bercakap dengan pelbagai cara, memperendah-rendahkan kreadibiliti Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, tetapi Pak Lah terus bekerja, siang dan malam, sedaya upaya menyelesaikan pelbagai isu.

Isu kenaikkan harga minyak yang meresahkan rakyat ditangani dengan penuh bijaksana. Walaupun kerajaan tidak lagi mampu terus member subsidi yang besar terhadap minyak di negara ini, tetapi kerajaan tetap member rebat, walaupun tidak sebesar mana tetapi, boleh sesak semua pejabat pos di seluruh negara dibuatnya.

Kalau dengar cakap orang-orang Pas, PKR dan DAP, mereka mungkin menolak rebat yang diberikan kerajaan tetapi, jelas merekalah antara orang ramai yang awal-awal berada di semua Pejabat Pos di seluruh negara menerima rebat tersebut. Kalau betul-betul marah, tolaklah rebat tu. Kalau betul-betul nak protes, proteslah. Janganlah ketika pemimpin Pas berarak tunjuk perasaan di Jalan Tuaku Abdul Rahman, mereka turut berarak tetapi dalam masa yang sama, mereka juga yang beratur panjang menerima rebat RM625 di Pejabat Pos di seluruh negara.
Pemimpin Pas mungkin tidak kelihatan kerana mereka juga hidup mewah. Pakai kereta lebih dari 2,000 cc. Tapi, orang-orang Pas, PKR dan DAP kelihatan ramai menadah tangan menerima rebat.

Jadi yang berani, bukan orang yang hendak mencabar Presiden Umno dan Perdana Menteri. Orang yang berani bukan orang yang berarak tunjuk perasaan sebaliknya, yang berani adalah orang yang mengilhamkan rebat ketika harga minyak mahal. Orang yang berani ialah Pak Lah atau nama sebenarnya Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Macam-macam strategi dibuatnya untuk meringankan bebanan rakyat. Bukan startegi yang disusun parti-parti pembangkang yang hanya tahu mengecam, berarak dan berucap, membakar semangat supaya rakyat menentang kerajaan.

Jika Pak Lah adalah ahli Umno yang dilanda sindrom takut, beliau sudah 'melepaskan' jawatannya dengan pelbagai masalah yang timbul. Jika Pak Lah dilanda sindrom takut, sudah lama beliau melarikan diri dari tugas dan tanggungjawabnya terhadap parti dan negara.
Kita, sama ada sebagai ahli Umno biasa atau pemimpin Umno di pelbagai peringkat juga perlu menjadi seorang ahli yang berani dan tidak dilanda sindrom takut mempertahankan kepimpinan. Jangan kita tidak usah malu. Jangan kita berfikiran songsang, jika mempertahankan Perdana Menteri dan kepimpinan, kita dianggap dilanda sindrom takut, sebaliknya jika menentang, dianggap berani.

Sebenarnya, hanya keberanian sahajalah yang mampu mempertahankan kepimpinan. Jika kita takut mempertahankan kepimpinan, bermakna kita terlibat dengan hasutan mereka yang mahu kita berfikiran songsang, hanya menentang sahaja berani sebaliknya, mempertahankan, penakut!

Kita kena menjadi seorang ahli parti yang tahu berfikir. Berfikir secara betul. Mempertahankan kepimpinan adalah tanggungjawab ahli. Jangan kita bertanya apa yang aku dapat daripada menyokong kepimpinan kerana mempertahankan kepimpinan adalah kewajiban. Kita bertanggungjawab dunia dan akhirat.

Kalau sekarang Tengku Razaleigh berjalan ke seluruh negara menceritakan pelbagai kelemahan yang dia nampak, kenapa semua ini tidak dilakukan ketika tiada pemilihan parti? Dengan tindak-tanduk Tengku Razaleigh sekarang ini, ahli-ahli Umno akan membuat spekulasi, dia berjalan kerana mahu menagih sokongan untuk mencapai hajat dan cita-cita menjadi Perdana Menteri.

Pandangan saya ini mungkin akan mendapat respon dari orang-orang di keliling Tengku Razaleigh yang merupakan penulis hebat dan tersohor. Tetapi malangnya, Tengku Razaleigh terlalu baru mengenali penulis tersohor ini. Tengku Razaleigh mungkin tidak tahu latar belakang penulis tersohor ini. Adakah kehadirannya di samping Tengku Razaleigh akan menarik sokongan dari ketua-ketua bahagian dan perwakilan Umno dari seluruh negara?

Mengenai gandingan Tengku Razaleigh, selepas dia memilih Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai gandingannya, ramai juga yang tersenyum sinis. Kata mereka, lebih baiklah Najib dari mana-mana pemimpin dari Sabah yang sebelum itu, menjadi pilihan Tengku Razaleigh.

Bukan apa, ramai yang beranggapan, jika ada mana-mana pemimpin dari Sabah yang mahu menjadi Timbalan Presiden Umno atau Naib Presiden, mereka boleh pergi sendiri tanpa perlu bergandingan dengan sesiapa pun. Yang penting mereka merupakan pendokong aspirasi perjuangan Umno dan bukan politik sempit kenegerian yang tidak menguntungkan

No comments: