Bismillah hirrahman nirrahim, segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam, selawat dan salam bagi junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta ahli keluarga dan para sahabat-sahabatnya.
Yang mulia, Tuan Pengerusi Majlis, YB Menteri Zainal Abidin bin Jidin, Ketua UMNO Bahagian Kulai, Yang Berusaha Encik Azlan bin Ahmad, Ketua UMNO Cawangan Kulai Besar, dan ahli-ahli jawatankuasa cawangan ini, Yang Berusaha Encik Fazli bin Abas, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Cawangan Kulai Besar, barisan pimpinan UMNO Bahagian, Pemuda, Wanita, Puteri, dif-dif jemputan, saudara-saudari yang saya hormat sekalian.
Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh,
Alhamdulillah, syukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin-Nya dapat kita bertemu dalam majlis yang wajib diadakan setahun sekali untuk kita ahli-ahli di cawangan kita ini, di Kulai Besar, membentang dan menyatakan sesuatu dalam permuafakatan kita dan usaha kita sepanjang tahun lepas. Menjadi peranan dan tanggungjawab kita terhadap rakyat di bawah naungan kita dalam kawasan cawangan kita ini dan memandang ke hadapan untuk melihat apakah yang perlu diperjuangkan oleh kita bersama bagi kepentingan mereka yang berharap kepada pimpinan kita untuk tahun akan datang, Insya-Allah.
Saya berasa amat gembira dan berbesar hati kerana dapat datang ke Kulai pada malam ini dan saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Encik Azlan, Ketua UMNO cawangan kita ini, Kulai Besar, kerana telah bermurah hati dan sudi pula menjemput saya pemimpin kerdil dari hulu sebenarnya, penuh dengan musang, untuk datang bersama-sama dalam Majlis Mesyuarat Agung Cawangan Kulai Besar pada malam yang bahagia ini. Saya sememangnya menghargai jemputan ini kerana inilah pertama kali saya dijemput untuk merasmikan mesyuarat agung cawangan, dalam bahagian saya pun dia tidak jemput, bukan kerana tidak mahu, tapi kerana terlampau banyak cawangan. Jadi kalau saya pergi satu dua, yang lain saya tak pergi, terasa hati pula yang saya tak dapat tunai harapan mereka, jadi langsung mereka tak jemput supaya berlaku adil apabila tak menghadiri mana-mana mesyuarat agung dalam bahagian saya. Tetapi saya rasa dengan ikhlas hati, besar hati kerana dapat ke Kulai Besar dan ke Johor, tempat dan tapak UMNO yang paling kuat di negara kita, Malaysia. Dari sinilah semangat kebangsaan ditiup dan disuburi untuk membina kepentingan bangsa kita.
61 tahun pemimpin Johor yang dilahirkan oleh saudara-saudari, rakyat Johor yang telah memperjuang, menangkis usia, menyelamatkan raja-raja kita, maruah bangsa kita, apatah lagi agama dan negara kita. Tanpa perasaan kenegaraan rakyat Johor yang bangkit dan bangun untuk memperjuangkan kepentingan bangsa ketika itu, menentang penjajah yang begitu berkuasa, memang berkuasa hampir sepuluh pertiga dunia ini di ketika itu, mungkin Melayu sudah tidak bertempat lagi di bumi yang bertuah ini, tapi alhamdulillah, Johor telah memberi suntikan ini kepada semangat perjuangan bangsa kita, bukan sahaja itu tetapi telah menyatukan orang Melayu yang dulu hidup berasingan, tebal dengan semangat kedaerahan, aku orang Kelantan, orang Johor, orang Kluang, itu orang Selangor, orang luar daripada negeri aku. Tetapi sekarang kita dengan megah boleh menyatakan bahawa kita ini terbentuk sebagai satu bangsa, bangsa Melayu yang gagah, bangsa Melayu yang bermaruah, bangsa Melayu memang boleh perjuangkan nasib bangsa mereka itu, akan datang, Insya-Allah.
Jadi Johorlah yang telah memberi kita nafas baru, memberi harapan kepada kita, untuk masa depan generasi akan datang dan masa depan negara itu sendiri. Saya rmai kawan di Johor ini, kerana Johor merupakan tapak di mana saya mendapat pengaruh, saya menumpang kepada tuah orang Johor. Orang Johor, orang Perak, inilah ‘base’ saya dan saya mengakui inilah ‘base’ saya semasa saya bergerak dalam politik. Ada jugak yang menyokong dan mendokong ape yang diperjuangkan oleh saya bagi pihak kepentingan bangsa, agama, negara kita. Tetapi saya sifatkan Johor sebagai ‘base’ dan tegaklah ‘base’ saya yang terkuat. Bukan Kelantan, banyak orang di Kelantan menipu saya. Pandai dia orang main politik. Kong kali kong. Politik macam itulah. Tetapi saya sememangnya mengharap kepada orang Johor, orang Perak sebelum ini. Banyak kawan di sini, bukan sahaja kawan, darah daging ada di sini, ada dua pupu, sepupu saya ada di sini, ada di Johor Bharu, dua orang. Ramai anak-anak saudara, itu pun ada di sini. Jadi, tak asing pada saya kalau datang ke Johor, tapi dah lama saya tak membuat kunjungan ke Johor, samada secara rasmi ataupu secara tidak rasmi. Barangkali kerana tidak berkesempatan. Saya datang baru ni masa Johor dilanda banjir, satu tempat saya membuat lawatan singkat dan ringkas ke beberapa tempat di sebelah barat dan tempat ke sebelah timur ataupun ke selatan, di mana banjir telah melanda rakyat Johor dengan begitu dahsyat sekali. Air betakung berminggu-minggu, lambat pulak bantuan datang kepada mereka yang memerlukan kepada bantuan. Kita berharap pihak yang berkuasa akan mengambil ikhtibar daripada apa yang berlaku dan cuba menghindarkan berlakunya kali yang kedua banjir yang dahsyat seperti dialami baru-baru ini.
Kelantan biasanya dilanda banjir, tiap-tiap tahun, orang bersiap sedia di sana, tiba-tiba airnya turun di sini dengan tidak terfikir bleh menenggelami Johor dengan begitu dahsyat. Tetapi alhamdulillah, pengorbanan nyawa dan harta benda tidaklah begitu banyak dan saya berdoa supaya kita diselamatkan untuk masa-masa akan datang, Insya-Allah.
UMNO masih kuat dan UMNO akan terus menjadi parti yang kuat kerana UMNO bukan merupakan sebuah parti politik semata-mata, tetapi telah menjadi institusi bangsa Melayu, sebab itu orang di Johor menganggap UMNO seolah-olah darah daging kepada mereka. Di mana-mana kita pergi, kita jumpa dengan orang Melayu yang menggelarkan dirinya UMNO. Bukan sahaja mengakui dirinya sebagai ahli UMNO, tetapi orang UMNO. Dan saya rasa ini sudah menjadi suatu anggapan yang biasa, difahami oleh rakyat Johor. Sebab UMNO di sini kuat. Saya diberitahu, lebih daripada 300, 000 ahli UMNO daripada negeri Johor. Yang terkuat dan terbesar bilangannya. Mereka percaya ini akan berterusan asalkan pimpinan UMNO, samada di peringkat cawangan, bahagian, negeri ataupun kebangsaan menyedari tentang tanggungjawabnya terhadap rakyat dan ahli di bawah pimpinannya. Kalau mereka menyeleweng, kalau mereka menyalahguna kedudukan dan kuasa bagi mereka yang ada kuasa, sehingga mengaibkan kedudukan mereka dan parti, maka pada ketika itulah rakyat akan meninggalkan kita.
Seperti yang berlaku di negeri-negeri yang pernah dikalahkan oleh pembangkang. Kelantan, Terengganu, dan kawasan-kawasan tertentu yang pernah ditakluki oleh kita telah ditewaskan, bukan kerana mereka benci kepada UMNO, tetapi benci dan marah, rasa kecewa terhadap mereka yang sepatutnya diamanahkan dengan kuasa, tetapi kecewa oleh kerana mereka telah lalai dan tidak menepati kehendak orang ramai dan ahli-ahli UMNO.
Saya memang faham soal ini kerana saya telah berada di dalam UMNO 46 tahun. 46 tahun lama masa dia tu, dan saya telah menjadi wakil rakyat selama hampir 40 tahun, terus menerus, alhamdulillah Tuhan beri saya kesempatan itu, tak pernah dikalahkan tapi di Kelantan sukar nak jamin kita boleh menang, kerana handal-handal orang PAS di sana yang boleh menewaskan ahli UMNO, jaguh-jaguh UMNO pun tersungkur jatuh. Tak boleh dijamin bahawasanya pengaruh dia menebal sehinggakan hak orang boleh ditewaskan.
Tetapi alhamdulillah, saya masih dapat sokongan daripada orang-orang kita dan masih diberi sokongan kerana kini sehingga dapat kita pertahankan kedudukan parti kita di kawasan ini. Entah berapa lama lagi tak tahulah. Tapi kata Tuan Pengerusi, dulu tengok saya macam je lah, sekarang tua tak berubah, nampak macam dulu, dah berubah. Dulu saya anak dara, sekarang sudah tidak anak dara lagi. Dulu tak beruban, sekarang beruban. Bukan sahaja beruban, botak pulak. Saya fakir dua kali nak pakai songkok ke tak pakai songkok. Jadi kalau saya pakai songkok, lindunglah kepala botak saya. Saya kata biarlah kita dedah segala-galanya dalam majlis mesyuarat agung malam ini.
Jadi saya berasa besar hati kerana dapat datang bertemu saudara-saudari, biarlah bercakap satu dua hal malam ini untuk renungan kita bersama. Satu mengenai demokrasi yang kita dokong dalam parti kita ini. Dua mengenai perpaduan, dalam usaha parti kita, kerajaan yang kita sokong cuba nak pupuk, cuba nak perkukuhkan bagi menjamin keselamatan dan kemerdekaan tanah air kita, untuk masa depan. Demokrasi dalam UMNO, kita bermesyuarat nanti, panggilan demokrat. Kita tidak tutup mulut sesiapa, ahli-ahli bebas menyuarakan. Itu dijamin oleh perlembagaan parti kita dan kita terima dan akui hak-hak yang terkandung dalam perlembagaan parti kita dan kita sememangnya sanjung segala apa yang dijanjikan oleh perlembagaan kepada kita apabila kita telah setuju menjadi anggota parti ini. Dan kita sepatutnya mengguna hak ini.
Bersuara bukan sahaja bersuara untuk memberi pandanan tetapi mengkritik pun, tapi janganlah melulu sangat. Kritikan kita biarlah membina supaya pandangan ini akan dapat dipertimbangkan oleh mereka yang berkuasa supaya ia akan menjadi asas pemikiran untuk dijadikan landasan tindakan mereka. Bagi kepentingan kita bersama, janganlah pemimpin mengenepikan pandangan sesiapa sekalipun, walaupun dia tu orang yang miskin, orang yang tak bersekolah, tetapi pandangan dia tetap mesti dihormat. UMNO kita jadi suku, diminati orang ramai kerana kita hormati pandangan orang lain. Selagi kita beri pandangan kepada mereka menyuara kepada kita, selama itu mereka akan menyokong kita, kerana kita hargai pandangan mereka, idea mereka, tetapi apabila kita sudah menolak pandangan mereka, di saat itulah bahaya akan menimpa kita. Kerana mereka pula akan menolak kita.
Saya terkenal juga sebagai orang yang suka mengkritik. Lantang bersuara tentang perkara-perkarayang saya tidak setuju. Saya ni orangnya berprinsip. Itu sebab Musa Hitam saya lawan. Tak puas sekali. Kali yang kedua saya lawan. Kerana saya tak setuju dengan dua tiga idea yang dia kemukakan. Dengan Dr. Mahathir saya lawan, orang kata Anwar Ibrahim berani, pasal apa Anwar Ibrahim tak berani lawan Mahathir.
Itu sebab dia sumbat Anwar Ibrahim dalam jail. Bukan la kerana sumbat dia ke dalam jail, tapi peluang itu memberi kesempatan kepada politik bangsa kita, Dr. Mahathir, untuk mengguna undang-undang., untuk mengguna undang-undang. Tindak terhadap Anwar. Saya bertindak tak mengikut peraturan dan undang-undang. Asalkan kita ikhlas dengan pendirian dan pandangan kita. Tidak ada sebab mengapa kita takut. Dalam parti pun, kita mesti berani bersuara. Kalau kita datang jadi pak turut, tak bererti kita menjadi anggota. Kita mesti bagi pandangan kita kerana pemimpin kita nak dengar apa dia pandangan kita. Supaya mereka boleh benar-benar mewakili kita. Sebagaimana dihasratkan oleh kita.
Tetapi kalau kita bisu, seribu bahasa, tak mahu memperdengarkan pandangan kita kepada pemimpin, bagaimana pemimpin nak tahu apakah yang ada dalam lubuk hati kita. Jadi ini semuanya penting supaya orang tahu apakah yang dihasratkan oleh kita, apakah yang sememangnya tidak dihasratkan oleh kita. Tapi budaya sekarang, budaya mengampu, kuat sangat mengampu. Banyak orang tak berani bersuara kerana takut kehilangan sesuatu. Percayalah saudara-saudari, rezeki bukan dating daripada pemimpin, rezeki ini dikurniakan oleh Allah S.W.T. Ulat dalam batu boleh hidup, tak perlu dia mengampu pemimpin mana-mana. Kerana rezeki akan datang pada kita. Asalkan kita benar-benar dapat memain peranan kita sebagai umat yang beriman, yang setia kepada Allah S.W.T. Begitu juga kita dalam persatuan, seperti UMNO, asalkan kita ikhlas dalam apa yang kita perjuangkan, Insya-Allah. Kita akan dapat apa dituntut dan diperjuangkan oleh kita. Jangan kita takut, kalau kita takut, kalau orang Melayu takut, UMNO tak boleh ditubuhkan. Kalau Dato’ Onn dan rakan-rakannya fakir 1001 macam sebelum menubuhkan UMNO, takde UMNOlah. Takut kepada orang putih, takde UMNO, takdelah kemerdekaan bagi kita. Tak selamatlah kita Melayu. Tetapi kerana berani, kerana benar, Dato’ Onn dan rakan-rakannya kita dapat UMNO. Tunku Abdul Rahman yang mengambil alih tempat Dato’ Onn, berani juga, mengemukakan pendapatnya kepada orang Cina, kepada orang India, hormat kepada pemimpin sehingga sanggup membantu Tunku merempuh kemerdekaan bagi semua. Kita menikmati kebebasan yang terdapat dalam negara sekarang kerana perjuangan mereka ini yang berani. Bukan kerana apa-apa. Saya tahu, almarhum Tunku apabila mangkat takde harta. Dulu dia kaya, ada estet getah, ada tanah, ada rumah terletak di Pulau Pinang. Tetapi saya tahu dia mangkat, ada sebuah rumah, itupun tergadai, estet-estet dijual, untuk membiayai gerakan parti kita. Terpaksa dia berpindah ke Johor, dia tinggal di Johor, dia cuci kereta sendiri, bawa kereta buruk dia, tengok ada gambar-gambar dia naik kereta buruk dia. Dia duduk di Johor Bharu, apa nama tempat ni, mat perang punya rumah dulu. Tunku apa yang ada pada dia, saya tahu sehinggakan selepas dia bersara sebagai Perdana Menteri, takde kereta pun. Apabila saya diberi jawatan Menteri Kewangan, saya pergi berjumpa dengan dia, kata Tunku kereta Tunku ni mati-mati tengah jalan ni macam mana. Malu sampai kat kita, ini bekas Perdana Menteri kita yang kita sanjung tempoh hari, kereta mati tepi jalan, terpaksa tahan kereta kawan ataupun teksi, ha ini Tunku tak pernah minta-minta, tapi kalau dia nak bersuara dia bersuara jugak. Samada menerusi tulisan dia, menerusi teks, ataupun ucapan-ucapan dia. Kerajaan memberi pandangan bukan untuk kepentingan diri dia, untuk kepentingan semua. Kalau dia nak kepada kekayaan, dia sudah jadi kaya, takde siapa boleh halang dia, kerana dia berkuasa. Tun Razak sama jugak. Saya orang yang menandatangani cek-cek Tun Razak. Dia percaya kat saya. Apabila dia meninggal dunia, saya telah menyerah apa yang ditinggalnya dalam bank yang saya jaga bagi pihaknya kepada Tun Rahman. Cuma ada duit, itu sahaja duit yang dia ada, tanah sekeping muat untuk rumah di Peramu, di Pekan. Itu tanah pusaka yang diterima daripada bapa dia. Tak ada tanah lain. Di Kuala Lumpur , seinci tanah pun takde. Sehinggakan apabila Tun Hussein Onn menjadi Perdana Menteri, Tun Razak terpaksa berpindah daripada rumah rasmi Perdana Menteri. Takde rumah nak pergi. Kita mencadangkan supaya dia berpindah kepada rumah kerajaan. Takde tempat nak pergi kerana Tun takde harta, takde apa. Inilah pejuang-pejuang kita. Sama jugak allahyarham Tun Dr Ismail. Takde tanah, takde apa. Saya nak bagi tahu ini gambaran benar pemimpin-pemimpin kita yang perjuangkan kemerdekaan tanah air.
Banyak cerita mengenai arwah Tan Sri Mohamad Khir Johari, kata dia makan kuat-kuat la macam-macam. Dalam parlimen, luar parlimen. Saya kenal baik Tan Sri Khir. Dia baru meninggal dunia. Takde harta, cuma ada sebuah rumah, itupun dipertikai dengan anak-anaknya kerana dia kahwin baru. Sebenarnya pemimpin-pemimpin kita ini tak ada harta. Tun Saadon sama jugak. Tun Saadon mulut dengan mata je besar. Yang lain takde. Orang baik hati arwah Tun Saadon. Inilah barisan pimpinan yang ada yang telah memberi kita segala kemudahan menerusi perjuangan. Jadi kita tak perlu takut, saya tak takut kerana saya tidak ada kepentingan, saya berniaga pun tidak. Orang tawar saya macam-macam, tetapi itu bukan yang saya nak dalam hidup saya. Saya nak tengok orang Melayu maju. Itu yang saya mahu dalam semua peringkat. Itu yang menjadi keutamaan bagi saya. Jadi sebab kalau saya misalnya lawan Dato’ Musa dulu, Tun Musa dulu, dan Tun Mahathir, bukan kerana apa-apa. Kerana pandangan saya agak berlainan daripada pandangan dia. Kalau cadangan dia untuk nak, bukan dia tak ada cadangan yang baik tetapi agak berlainan daripada pandangan saya. Maka saya rasa pandangan saya lebih berkesan daripada pandangan dia. Ini pandangan kitalah masing-masing. Tetapi kerana saya tidak berpengaruh, saya kalahlah walaupun ketua bahagian kuat menyokong saya dulu. Kita terima, takde dengki, takde perasaan dendam, saya dengan Musa baik samapi sekarang, dengan Dr. Mahathir saya baik walau kita berlawanan bukan bererti kita berpisah. Ini demokrasi, idea kita untuk kepentingan bukan diri kita, tetapi untuk parti kita, bangsa kita, lebih daripada segala-galanya. Menteri pun asalkan kita ni tak payah kerah cukuplah. Jadi saudara-saudari kadang-kadang tak faham apabila dia berlawan, dia bermusuh keluar. Tak bertegur sapa, itu bukannya demokrasi, saya baik dengan semua, ketua-ketua pembangkang, Nik Aziz PAS saya baik, Haji Hadi saya baik. Dengan Lim Chit Kiang saya baik. Dan dia saya kiralah dia hormat kepada saya, semua orang. Tidak ada sebab kenapa kita nak bermusuh dengan dia orang. Walaupun agak berlainan pandangan dan pendapat dalam banyak hal. Tetapi tidak bermakna kita mesti bermusuh dengan dia. Kita boleh berkawan, tetapi dalam UMNO sekarang ini dah berbeza. Dr. Mahathir datang sini pun banyak orang dipandang serong oleh sesetengah pihak. Mengapa begitu? Dia bekas presiden kita, 22 tahun, yang patut pandang serong kat dia, patut saya. Saya lawan dia bertahun, dalam parti, luar parti saya lawan dia kerana idea, bukan kerana peribadi dia. Jadi mengapa begitu, kita patut hormat dia. Melayu tak ramai, 13 juta sahaja, dalam negara kita ini, ada 13 juta je. Bukan semuanya bernasib baik, mendapat pendidikan tinggi dan sebagainya. Kita banyak kelemahan. Bukan berjaya atau tidak perniagaan dan sebagainya. Orang Melayu kita masih terkebelakang. Itu sebab kita kena bersatu. Walaupun kita ada pandangan yang agak cetek, namun kita kemukakan, supaya dapat dinilai oleh orang ramai, oleh pemimpin kita. Jangan kita malu, jangan kita takut. Ini untuk kita. Itu sebab saya kata tadi untuk kebaikan bangsa kita. Jangan sekali-kali kita lakukan untuk kepentingan diri sendiri. Kerana itu tak akan bawak kita ke mana-mana. Jadi itu sebab di akhir perkara demokrasi dalam parti ini saya dah sebut, patut ahli-ahli UMNO sedar bahawa UMNO sekarang tidak begitu demokratik kalau dibandingkan dengan dulu-dulu. Tengok perhimpunan agung sekarang tiada peluang ahli-ahli yang ke Kuala Lumpur untuk memberi pendapatnya dalam perhimpunan agung. Cuma mereka yang dilantik oleh Majlis Tertinggi. Walaupun dirujuk oleh perhubungan tetapi dengan persetujuan Majlis Tertinggi. Ucapan untuk perucapan dia disediakan oleh mereka daripada Majlis Tertinggi. Kalau macam tu baik Majlis Tertinggi cakap sajalah. Kita nak dengar pandangan daripada orang bawahan. Perhimpunan agung sekali setahun. Biarlah kita timbang perkara-perkara yang serius. Mengenai pendidikan anak-anak Melayu kita, berapa orang anak-anak Melayu kita telah muncul dengan hebat sebagai seorang yang terpelajar. Tak ada. Yang berjaya dalam bisnes, dalam perniagaan, tak ada. Kita tengok semua ni orang bukan Melayu, kita tak marah pada dia orang, tetapi kita rasa selepas 50 tahun kita tak ke mana-mana. 50 tahun dah kita merdeka, kita ada kuasa, di Kulau kita berkuasa, di Johor Bhari kita berkuasa, di Kuala Lumpur kita berkuasa. Mengapa orang Melayu kita tak boleh maju? Ada sebab. Mesti kelemahan di mana-mana. Mesti kita gali, cari sebab musabab. Takde sebab mengapa kita tak boleh maju, berjaya, 50 tahun. Adakah kita nak tunggu 50 tahun lagi? Tak munasabah. Itu sebab saya rasa kita kena buang budaya mengampu. Kita kena buang politik wang. Itu sebab bahagian saya telah memutuskan tidak ada dalam perlembagaan UMNO, tak mahu lagi ada pemilihan calon sekarang. Bukan kerana saya menawar diri dulu, tapi untuk masa akan datang. Kita memutuskan supaya ahli-ahli UMNO di peringkat cawangan memilih presidennya ahli Majlis Tertinggi. Begitu jugak kita mencadangkan di peringkat bahagian pun ahli-ahli di peringkat cawangan memilihnya. Tidak hanya segelintir orang yang diangkat untuk menjadi wakil ke perwakilan bahagian, berhak menentu siapa ketua dan sebagainya. Samalah seperti yang diamalkan di peringkat cawangan, kita membayar yuran, cukup setahun, kita berhak mengundi, memilih ketua cawangan kita dan sebagainya. Mengapa tidak orang yang sama pilih dua kali lagi, iaitu peringkat bahagian dan majlis tertinggi. Bukan susah nak dilakukan, kalau boleh dibuat cara yang baik, dan sempurna di peringkat cawangan, mengapa tak boleh untuk kita memilih pemimpin di peringkat bahagian, peringkat majlis tertinggi. Cara ini tidak akan memberi peluan kepada sesiapa pun mengguna wang untuk mempengaruhi mana-mana ahli kerana tidak dapat dia nak rasuahkan juta-juta ahli seluruh negara. Tak dapat cari pun orang. Jadi saya rasa sekaligus ia menjadi lebih demokratik, yang kedua tidak ada peluang lagi untuk orang guna wang. Kerana orang banyak wang, orang peringkat cawangan jangan harap nak naik jadi ahli jawatankuasa pun, sekarang 50 ribu, 100 ribu dia sanggup bayar untuk nak menang dalam pemilihan. Itu bukanlah cara UMNO memilih pemimpinnya. Begitu juga di peringkat majlis tertinggi, berpuluh juta duit dari mana datang berjuta-juta ni kalau tidak rasuah. Kalau tidak daripada tauke yang sanggup memberi rasuah kepada orang-orang kita. Dah jahanam UMNO kita, jadi sekarang barangkali dua tiga kali pemilihan peringkat perhimpunan agung, lagi dahsyat. Ini peringkat yang boleh mengguna wang untuk mendapat sokongan. Tapi kalau semua orang ada duit, semua orang boleh guna duit, tak dapat lagi nak pengaruhi orang lain, inilah jadinya. Pistol pulaklah. Ya, pernah berlaku di Philipine, pernah berlaku di Amerika Latin, kerana tak upaya lagi nak beli undi. Dia kata saya tak mahulah. Saya baru dapat sogokan 2 juta, you nak bayar 2 juta, tak mau. Ha, inilah dia, selesaikan dengan cara lain. Memang tak sihat. Saya rasa beri hak kepada ahli-ahli UMNO, apa salahnya, takde modal lagi, tak upaya lagi nak guna ilmu untuk kita menawan hati ahli-ahli UMNO. Saya kemukakan pandangan ini untuk masa depan, 10 tahun, 20 tahun, 30 tahun. Jadi ketua cawangan kata takkan Melayu hilang di dunia. Yelah, kan ada Melayu, tetapi kalau Melayu nak dipinggir seperti di Australia, di Amerika Syarikat, ataupun di Hawaii, apepun Melayu, kita pergi ke Singapore pun boleh tahu, Melayu hanya jadi driver, Melayu jadi watchman, itu aje. Kita tak mahu Melayu di negeri Melayu jadi macam tu. Jadi saudara-saudari, kita kena timbanglah semua ini. Bukanlah pandangan yang baik sahaja patut diterima, tetapi sudah sampai masa kita mengubah keadaan. Di sana, lebih mendahului kita, dia sekarang had presiden tak boleh duduk lebih daripada 3 tahun, 9 tahun out, tak boleh bertanding lagi, tak layak macam presiden Amerika, 8 tahun out, tak boleh lagi bertanding atau menawar diri. Giliran orang lain pulak, bagus. Bukan itu sahaja, wakil-wakil rakyat pun dalam MCA dihadkan masa. Jadi menteri pun walaupun kuasa itu datang daripada Perdana Menteri, tetapi cukup masa tak boleh lagi menawar diri untuk berkhidmat sebagai menteri. Kerana hak dia dua tahun, habis.
Jadi ini semua adalah pembaharuan yang perlu dilakukan oleh kita dan saya rasa baik. Semua ini baik. Alah, kita pun akan jadi tua, apabila tua habis lah, satu hari mestilah orang lain ganti kita ye tak. Ini alam pun menentukan cara itu, mengapa tidak kita membuat peraturan untuk memperbaiki kedudukan yang lepas ini. Kita mesti berubah, dan berubah ke arah yang lebih baik, lebih meyakinkan orang terhadap kita. Itu satu bab demokrasi yang saya nak sentuh.
Yang kedua ialah mengenai perpaduan. Kita baru baca dalam suratkhabar komen daripada banyak pihak mengenai surat yang bertulis pihak berkuasa, kerana dia nak cuba terjemahkan dasar ekonomi baru. Maka dia kata firma-firma guaman yang menawar khidmat kepada bank mesti mempunyai penyertaan modal melayu sebanyak 50 peratus. Saya rasa takde salahnya. Kenalah dengan dasar ekonomi baru yang UMNO perjuangkan. Yang kita duk sibuk laung-laungkan, agenda melayu-agenda melayu, begitulah juga. Barangkali silapnya pihakMaybank telah menulis surat kepada pihak luar, sebenarnya tak perlu menulis surat kepada orang di luar, cakap kepada pegawai-pegawai bank, inilah dasar kita, awak hati-hatilah kalau dapat di firma guaman yang menawar khidmat tetapi tidak cukup penyertaan melayu, sehingga 50 peratus dalam equity syarikat itu, maka tolaklah. Itu yang terbaik dilakukan pihak Maybank tetapi dia tulis surat sehingga timbul keriuhan daripada mana-mana yang menentang. Ketua MCA, presiden pulak bawa benda ni ke kabinet. Apabila bawak ke kabinet, timbullah selisihan pendapat mengatakan ini merupakan diskriminasi, membezakan melayu dengan bukan melayu. Dasar ekonomi baru memang membezakan, dasar ekonomi baru adalah untuk membantukan orang melayu, dan bumiputra lain, ini tak boleh nak lari daripada hakikat. Tak usah buatla apa cara sekalipun, itulah maksud dia. Tiba-tiba cakap ini discriminatory pulak. Sememangnya dasar ekonomi baru discriminatory. Jadi mengapa pulak soal lawyer ni jadi discriminatory. Dasar itu sendiri discriminatory. Perlembagaan kita menentukan. Perlembagaan negara, artikel 153, jelas menunjuk hak keistimewaan melayu, scholarship untuk orang melayu, dan sebagainya. Jelas. Tetapi barangkali tak terungkap ahli-ahli kabinet daripada orang UMNO membaca semuanya ini, menerimalah hujah yang dibawa oleh orang kafir. Kalahlah kita. Banyaklah orang melayu marah. Banyak orang melayu kecik hati. Mengapa pemimpin-pemimpin kita dalam kabinet tak pertahankan kedudukan ini kerana ini melemahkan kita nak laksana dasar ekonomi baru. Dasar ekonomi baru sememangnya discriminatory. Memihak kepada orang melayu. Kalau tak memihak kepada discriminatory, tak adalah dasar ekonomi baru. Pastinya. Saya tidak memihak belah-belah mana, saya cuma nak menerang kedudukan. Tetapi kita kena tegah, kalau kita tak tegas, kita tak boleh berjaya sekarang ni. Sekarang ni sejarah kita, semua dasar kita, kata orang putih one sided. Tengok perlembagaan kita, bahasa kebangsaan ialah bahasa melayu. Kenapa tak bahasa lain. Sedangkan itu discriminatory, bahasa orang lain tak boleh diguna. Kita tegaskan kata inilah majoriti, inilah bahasa ibunda, rakyat yang teramai di Malaysia. Tidakkah itu discriminatory juga. Kalau nak bincang soal ini, sampai bila tak selesai. Kerana kita kena sedar ini dia bahasa kebangsaan kita. Ini dia persekolahan kita. Ini dia dasar kita. Kita kena tegah. Kalau tidak kita tak boleh pimpin, kita dipimpin. Jadi setiap kali orang datang membantah keputusan kita, kita tunduk. Hanyutlah kita namanya. Tak ke mana-mana kita.
Jadi saudara-saudari, saya kata pemimpin kita kena tegas, kena tentu apa yang dia nak untuk rakyat dan bangsanya. Tak boleh duk ikut, macam lalang. Tak boleh. Kita sendiri jadi keliru. WPI (Wilayah Pembangunan Iskandar), saudara saudari tahu? Saya tak tahu. Dalam pre-counter ahli-ahli parlimen baru ini, ada salah seorang daripada ahli parlimen tanya, kemukakan cadangan mengapa tak bagi briefing. Tak boleh bagi briefing kerana clear lagi. Dan ini bukan cadangan kerajaan, ini datang daripada GLC, datang daripada Khazanah Nasional, sebuah syarikat, bukan badan perancang kerajaan. Jadi kita srah sebahagian besar negara kita kepada sebuah syarikat. Untuk buat ikut suka dia. Itu sebab kalau kita tanya MB Johor, maaf saya sebut nama dia, MB Johor, saya rasa dia sendiri pun tak tau ke mana nak pergi WPI, dia tau nak adakan administrative capital yang baru. Baguslah, dia ada pejabat baru dan sebagainya. Tetapi akhirnya, apa nak jadi kepada orang melayu? Itu persoalan yang nombor satu. Orang UMNOlah. Orang UMNO nak ke mana? Orang melayu nak ke mana? Apakah faedah yang boleh dinikmati oleh orang melayu apabila traktor tu turun, sesudah tanah diambil alih, nak bangunkan. Orang melayu nak ke mana? Dan sesudah dibangun, boleh ke orang memilik semuanya ini? Sudah tentu mahal. Orang melayu, rumah kos rendah pun tak boleh milik. Harga 30 ribu ringgit, tak boleh milik. Ini semua ni tentulah lebih daripada 30 ribu ringgit. Toksah di ajauh, kita tengok di Muar, apa bandar maharani, tak ada pun di celah bandar tu orang melayu. Di Kluang pun, saya pernah ke tempat-tempat itu. Di mana orang melayu? Di pinggir-pinggir bandar adalah orang melayu. Ini bukan setakat hal perkauman, fact, kita boleh bangun, modal boleh datang, lepas tu kita bagi dia insentif, kita bagi dia galakan dan sebagainya. Dia orang datang. Allah, Malaysia ni murah tempat ni. Bagi orang Singapura, half prize. Sebab dolar dia lebih mahal daripada kita. Dan dia boleh beli bila-bila masa. Dia boleh menguasainya. Tapi masalahnya kita, mana kita nak pergi? Dan kita berkuasa. Saya sebut tadi, di Kulai kita berkuasa. Di Johor, kita UMNO berkuasa. Di pusat, kita berkuasa. Mengapa sampai begini langsung kita ni. Dayus nampaknya. Takde ketegahan. Saya bukan menolak dasar pembangunan Iskandar ni. Kita tak boleh tolak pembangunan. Pembangunan akan datang tetapi sudah sedia ke tidak orang melayu? Apakah persediaan yang dibuat oleh kerajaan kita atau pemimpin kita terhadap orang kita? Apakah kita, dalam bahasa Inggeris dah give away kepada pembangunan ini. Biar orang lain ambik dulu, kita cuba-cubalah masa akan datang. Kalau tak boleh sekarang, I fed up barangkali, I rancanglah.
Ini benda serius. Johor, saya sebut ini kerana mula-mula tadi saya sebut Johor ‘base’ kita. Bukan ‘base’ saya, ‘base’ kita orang melayu. UMNO yang terkuat, Johor. Baru-baru ni orang melayu lemah kerana banjir, UMNO di sini yang terkuat tak boleh buat apa-apa. Berminggu orang melayu tenggelam dalam banjir di Johor. Ha, ini datang pulak, ni banjir cara lain ni, banjir cara lain, nak hapus kita sampai bila-bila, apabila kita diusir daripada tanah yang nak dibangun dengan macam-macam pembangunan ini. Kita tak boleh balik dah, melainkan kita ada pool, kita boleh beli, itu pun barangkali tak terdaya.
Jadi sebenarnya kalau kita tak fikir dengan lanjut, tak dapat kita selesai masalah ini. Saya sebut sedikit lagi pasal dasar ekonomi baru, dasar ekonomi baru sepatutnya menjanjikan masa depan yang lebih baik kepada kita. Tetapi kalau kita tak laksanakan dengan tegas, mengikut semangat dasar ekonomi baru, menyelewenglah, cari saudara-maralah, cari kawan, sahabat handailah. Inilah sebabnya jadi. Kenapa kita tak pilih orang melayu yang layak? Yang berhak mendapat bantuan. Kita bagi kepada orang kerana kita kenal dia. Kita sayang kat dia. Kerana dia boleh sokong kita dalam pemilihan bahagian dan sebagainya. Itulah kriteria yang kita guna. Bukannya mengikut semangat dasar ekonomi baru. Kalau kita benar-benar nak bina orang melayu, kita tak beza orang saya, orang dia, semua melayu. Antara UMNO dengan PAS pun kita tak boleh beza, semuanya melayu.
Sebab mana kekuatan kita kalau kita cuba membeza-bezakan, kita hanya 13 juta, jadi kita kena realistik, akhirnya orang akan mengukur kita dari segi kejayaan. Kalau berjaya, dia sokong kita. Kalau tak berjaya, kalau kita menyeleweng, nescaya dia takkan sokong.
Saudara-saudari, cukuplah setakat itu, saya cakap rasa saya menjemu, jadi saya akhirilah ucapan saya ni dengan berbanyak-banyak maaf sekiranya saya terkasar bahasa, dan kiranya saya tersilap membahasa semasa saya memberi pandangan. Tetapi percayalah apa yang saya sampaikan tadi adalah dengan seikhlas hati, untuk kita mencari jalan supaya dapat kita menyelesai masalah kita. Sudah tentu dalam satu perjumpaan kita tidak boleh nak menyelesaikan. Tetapi saya percaya bagi yang bijak pandai boleh berfikir hal-hal yang boleh membantu kita menolong dan menyelesaikan masalah orang melayu.
Sekali lagi saya ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada ketua UMNO cawangan dan ketua pergerakan pemuda UMNO cawangan, dan tidak lupa jugak kepada YB ketua UMNO bahagian kerana sudi menerima saya datang ke mari untuk bertemu dengan saudara-saudari, pendokong UMNO di cawangan Kulai Besar pada malam berbahagia ini. Saya berdoa dan berharap UMNO di sini terus kukuh dan utuh dan bersatu padu juga dapat menampung kekuatannya untuk menjadi benteng tuan-tuan yang dalam parlimen ini dan dalam kawasan undang negeri, semoga wakil kita terus kekal mewakili rakyat di kawasan ini untuk masa-masa akan datang. Wabillah hitaufik walhidayah wassalam mualaikum warah matulllah hiwabarakatuh.

2 comments:
Alhamdulillah yang Ku Li sekarang bercakap terus terang apa yang selama ini sepatutnya di katakan olih pemimpim Melayu lain. Saya selama ini tidak 'tertarik' sangat dengan Ku Li kerana kemarahan saya terhadap beliau dengan skendal Bank Bumiputra dulu. Ini (jika benar pendiriannya sekarang) telah menebus kesalahan beliau di kacamata saya.
cayalah ainul azelee.....
hidup ku li
Post a Comment