Kota Bharu: 5 Nov – Kerajaan mesti membantu rakyat menghadapi cabaran masa depan yang semakin mencabar. Kenyataan itu dinyatakan oleh bekas Menteri Kewangan Malaysia, Tengku Razaleigh Hamzah semasa berucap di majlis rumah terbuka Aidilfitri Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di Hotel Perdana semalam.
Menurut beliau, walaupun ekonomi Malaysia berkembang maju tetapi perkembangan itu hanya dari segi eksport semata-mata dan ini tidak memberikan impak yang besar kepada kepada kehidupan rakyat biasa. Perkara ini jelas dapat dilihat dengan kebanyakkan pendapatan rakyat masih ditahap yang lama.
Selain itu kenaikan harga minyak dan sawit di pasaran dunia tidak banyak membantu rakyat ini kerana faedah kenaikkan hanya dapat dirasakan oleh mereka yang terlibat dalam industri itu.Tetapi menurut Ku Li lagi sepatutnya kenaikan itu dapat memberikan rakyat kesejahteraan yang lebih berdasarkan kepada negara kita adalah pengeksport kepada barangan tersebut dan bukannya pengimport yang harganya ditentukan oleh pasaran dunia.
Walaubagaimanapun berdasarkan maklumat yang beliau dapat, harga minyak seperti petrol dan gas sudah dibenarkan untuk naik bermula tahun depan, selain daripada harga barangan keperluan seperti gula dan gandum.
Begitu juga dengan kenaikan harga tol yang sememangnya tidak dapat dielakkan naik kerana ini sudah termaktub dalam perjanjian diantara pemegang konsesi dan kerajaan.Jika perkara ini berlaku, bebanan yang menanti rakyat adalah sangat tinggi, ini kerana kebanyakkan rakyat tidak mempunyai asas pendapatan yang lain untuk menampung kenaikan ini.
Sunday, November 11, 2007
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment