Monday, November 5, 2007

Rumah Terbuka 2007 Gua Musang






Pada jam 9 mlm, YBM Tengku Razaleigh telah merasmikan rumah terbuka Gua Musang, satu inisiatif bersama pelbagai pihak yang bertempat di Dewan Pusat Sivik Gua Musang pada 5 Nov lalu.

Lebih dari 10,000 orang hadirin yang rata- ratanya penduduk setempat Gua Musang telah menghadiri majlis yang meriah ini. Juga terdapat persembahan bunga api dan diikuti persembahan kebudayaan. Di majlis ini, hadirin telah dipersembahkan dengan persembahan daripada kumpulan The Peral yang telah mewakili kawasan Gua Musang di peringkat akhir Juara Asyik 2007 tempohari.

Majlis dimulai dengan ucapan aluan oleh YBrs Ketua Jajahan Gua Musang diiikuti dengan
ucapan oleh Pengurus Besar Kesedar. Kemudianya disambung dengan ucapan daripada Pengurus Besar MTPNK dan seterusnya dirasmikan oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah.
Setelah selesai memberikan ucapan, beliau telah menyampaikan duit raya kepada pelajar pusat pemulihan dalam komuniti Taman Wangi.
Majlis ini yang dikelolai oleh KESEDAR telah mengabungkan kesemua agensi kerajaan di Gua Musang yang bekerjasama di dalam mengadakan gerai makanan masing - masing. Senarai peserta gerai dan makanan yangdisediakan adalah seperti berikut:
Pejabat Tanah : Ayam/ikan bakar
KESEDAR: Nasi Gulai Kawah
FELDA: Makanan kering
IPD Daerah: lontong
JKR: Lemang
Jabatan Perhutanan: Burger/Western
FELCRA: Air batu campur
Tenaga Nasional: Roti Jala
Pejabat Pelajaran: Puding
Jabatan Kebajikan Masyarakat: Ketupat
Pejabat Belia dan Sukan: Air Sirap
AADK: Tapai
Jabatan Pengaliran dan Saliran: Bihun
RISDA: Mee
Jabatan Pertanian: Buahan tempatan
Pejabat Ahli Parlimen: Satay
Pejabat Kadi: Roti Canai Segera
Jabatan Perpaduan dan Integrasi: nack, belon and gula - gula
Jabatan Bomba dan Penyelamat: Nasi Dagang
Jabatan Kesihatan: Laksa
Pejabat ADUN Galas: Roti and Ais Krim
Pjabat ADUN Neggiri: Rojak and Pasembor
Pejabat ADUN Paloh: Bubur Kacang
KEMAS: kek
LPP: Teh/kopi tarik
JHEOA: Biskut Raya
Setelah selesai pemyampaian duit raya, YBM Tengku Razaleigh berangkat pulang pada jam 1130 mlm.

No comments: