http://pandangankita.blogmas.com/2008/06/07/kemenangan-tengku-razaleigh-satu-kemenangan-rakyat/
Di dalam suasana Ekonomi yang tidak menentu ini sudah tentunya kita memerlukan seorang Pakar Ekonomi di dalam membuat penyusunan semula Ekonomi negara. Bagi mengurangkan pemindahan bebanan ekonomi Kerajaan kepada rakyat jelata khasnya.
Kenaikkan harga minyak yang diumumkan oleh Perdana Menteri Sekarang Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan memberi kesan yang mendalam kepada rakyat jelata khusunya rakyat jelata yang masih hidup “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang” mungkin juga kenaikkan harga minyak ini tidak memberi kesan kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdeni dan Para Menteri Kabinet kerana perbelanjaan mereka semuanya ditanggung oleh kerajaan.
Penulis juga setuju dengan pandangan mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir bin Mohammad bahawa kerajaan sepatutnya ada alternatif lain selain daripada menaikkan harga minyak yang juga boleh disifatkan melampau. Kenaikkan harga minyak paling tinggi di dalam sejarah lima Perdana Menteri yang pernah menerajui negara telah diumumkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang menyifatkan tindakan itu kerana terpaksa walaupun tindakan itu dianggap tindakan tidak popular yang sering digunakan oleh beliau semasa era kepimpinan beliau.
Faktor kenaikkan harga minyak ini penulis boleh menganggap bahawa faktor kelemahan pendekatan dan Strategi Ekonomi Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dalam pada itu, kesimpulan yang boleh dibuat ialah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi lemah Ekonomi dan tidak wajar lagi diberi peluang menerajui negara.
Penulis melihat orang yang benar-benar layak untuk membuat penyusunan semula Ekonomi negara di samping mengembalikan harga minyak kepada harga asal ialah Tengku Razaleigh Hamzah kerana beliau mempunyai kepakaran ekonomi yang juga boleh disifatkan sebagai luar biasa. Mungkin Faktor Umur Tengku Razaleigh membuatkan orang tidak mahu memilihnya, namun dalam masa terdekat ini tiada salahnya untuk memberi kepercayaan kepada Tengku Razaleigh untuk mengetuai negara dan menstabilkan kembali ekonomi negara.
Pada pandangan penulis sekiranya Tengku Razaleigh Hamzah berjaya memenangi kerusi Presiden UMNO dan dilantik jadi Perdana Menteri, penulis boleh menyifatkan ia adalah satu kemenangan rakyat. Jadi bersama-samalah kita merealisasikan kemenangan Tengku Razaleigh Hamzah demi kepentingan rakyat.
Saturday, June 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Dear Tg...
Tengku dan hanya sebilangan pemimpin senior spt TDM,yang hanya dapat membaiki UMNO>.
Teruskan berjuang,\.Kami rakyat hanya dapat mengiringi dengan DOA..
Wassalam
YBM Tengku,
Kami sudah tidak sabar-sabar menanti saat itu di mana Tengku berjaya menjadi Presiden UMNO. Hanya Tengku yang dapat mengembalikan imej UMNO TETAPI terlalu banyak kerenah dan hasad dengki dari orang-orang tertentu yang tidak mahu tengok Tengku naik termasuk di Kelantan sendiri.
Kami rakyat tetap menyokong perjuangan Tengku.
actually Tengku, Abdullah realizes, the only one that can or actually has a bright chance of winning a fight from Anwar is you.
Personally, should they hand UMNO to Najib, with his scandals and misbehavings, it will only take Anwar a week the most from toppling UMNO.
Post a Comment