Monday, September 3, 2007

Kaitan Mongolia di Gua Musang?






30 Ogos Gua Musang - Mungkinkah ada kaitan diantara negara Mongolia dengan kawasan Parlimen Gua Musang? Itu persoalan yang dibangkitkan di fikiran penulis ketika meliputi Majlis Kemerdekaan ke50 di Peringkat Gua Musang tempohari.


Keadaan menjadi sedikit gamat di kalangan tetamu - tetamu kehormat termasuklah YBM Tengku Razaleigh, selaku Ahli Parlimen Gua Musang, apabila Kumpulan Kebudayaan Kaum Tionghua mengumumkan untuk mempersembahkan tarian Mongolia sebagai salah satu persembahan untuk meraikan majlis kemerdekaan ke50 tempohari.


Yang pastinya, tiada kaitan antara kemerdekaan dan tarian Mongolia, akan tetapi semangat negara asal Altantunya Sharibuu telah dipersembahkan sebagai hiburan bersama dihadapan lebih 10,000 orang pengunjung. Tetapi tidak dapat dipastikan samada pemilihan tarian Mongolia menunjukkan satu "sense of humour" bagi pihak kaum Tionghua atau perkara - perkara lain.


Sebelum tarian Mongolia dipersembahkan, persembahan tarian naga telah dipersembahkan kepada YBM Tengku Razaleigh sebaik sahaja beliau tiba diperkarangan Dataran KESEDAR untuk merasmikan majlis tersebut.


No comments: