Dipetik dari malaysiaaktif.com
Cakap-cakap mengatakan Tengku Razaleigh Hamzah akan berpadu tenaga dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bukan satu cerita baru. Ramai tok-tok sidang politik yang pasang telinga di sana sini untuk mendapatkan pengesahan bab ini. Namun sejak bekas Perdana Menteri itu melancarkan kritikan terbuka terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada pertengahan tahun lalu tiada satu petanda yang dapat dijadikan pengikat kata tentang bualan politik itu.
Ini kerana zahirnya sejak itu Tengku Razaleigh sendiri dilihat seolah mengambil jalan tengah dalam isu Dr Mahathir-Abdullah. Beliau antara lain pernah menyarankan Abdullah pandu saja kereta ke rumah Dr Mahathir untuk bersua secara langsung dengannya bagi menyelesaikan pertikaian itu bila diasak oleh para wartawan untuk mengulas. Bekas Menteri Kewangan dan ahli parlimen Gua Musang ini juga tidak pernah menghadiri mana-mana roadshow politik Dr Mahathir termasuk yang terbaru di Kulai Johor.
Ikut ceritanya Tengku Razaleigh telah diundang oleh pihak penganjur untuk menghadiri ceramah Dr Mahathir di Kota Bharu pada 28 Julai lalu yang digamatkan dengan peristiwa semburan gas pemedih mata keatas bekas Perdana Menteri itu di lapangan terbang Sultan Ismail Petra,Pengkalan Chepa.
Namun beliau tidak muncul.
Sebab itu ramai yang buka mata bila Dr Mahathir memenuhi undangan untuk menghadiri ceramah agung tahunan anjuran Persekutuan Badan Pendidikan Dan Pembangunan Melayu di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada petang Jumaat lalu yang disampaikan oleh Tengku Razaleigh.
Ini adalah kali pertama mereka bersua dalam satu pentas ceramah politik sejak sekian lama.
Dalam arina politik yang serba mungkin... baik Dr Mahathir maupun Tengku Razaleigh kini tidak dapat menyekat apa jua andaian tentang ‘jalinan’ terbaru itu.
Tandatanya terbesar tentunya menjurus kepada mungkinkah kedua-dua tokoh UMNO ini yang telah ‘berperang’ untuk jawatan Presiden sehingga parti itu diharamkan pada tahun 1987, bergabung untuk menghadapi pemilihan parti akan datang.
Agendadaily ada mengemukan soalan yang berkaitan dengan itu kepada Dr. Mahathir selepas majlis berkenaan dan beliau dengan stail biasanya spontan berkata : “ Satu mazhab mungkin boleh, tetapi pemikiran tetap lain-lain.”
Sebelum itu dalam ucapannya ketika diundang mengulas ceramah Tengku Razaleigh di majlis itu, Dr. Mahathir menyebut bahawa dalam politik, ada ‘mazhab’nya tersendiri.
Beliau asalnya hadir pada ceramah itu sebagai undangan sahaja dan tidak dijadualkan berucap.
Beliau merujuk kepada sejarahnya dengan Tengku Razaleigh yang berbeza pendapat hingga akhirnya berpisah.
“Pendirian perjuangan kebangsaan itu sama, jangan ketepikan walaupun yang bermusuh dan cuba jatuhkan kita,’’ ujarnya. Dengan senyuman sinis, Dr. Mahathir memberitahu beliau tidak berdendam dengan Tengku Razaleigh dan putera raja dari Kelantan itu nyaris-nyaris dilantik semula menganggotai jemaah menteri ( selepas pemilihan 1987). “Bagaimanapun oleh kerana kenyataannya dalam majalah Far Eastern Economic Review(FEER), sayapun kena review perlantikan itu,’’ ujarnya.
Tengku Razaleigh mempunyai track record politik yang tersendiri.Menyingkapnya semula jelas tertera beliau seolah seorang yang tidak pernah giveup bila sudah set hendak mencapai sesuatu. Selain bertanding menentang Dr Mahathir, beliau sebelum itu dua kali berentap dengan Tun Musa Hitam untuk jawatan Timbalan Presiden Umno.
Lihat saja pada cubaannya hendak bertanding jawatan Presiden Umno menentang Abdullah pada pemilihan tahun 2004 diketika semua ramalan menunjukkan beliau tidak akan lepas sekalipun diperingkat pencalonan bahagian-bahagian Umno.
Beliau akhirnya terpaksa menerima realiti mendapat hanya satu pencalonan dari bahagiannya sendiri,Gua Musang.
Lihat saja pada cubaannya hendak bertanding jawatan Presiden Umno menentang Abdullah pada pemilihan tahun 2004 diketika semua ramalan menunjukkan beliau tidak akan lepas sekalipun diperingkat pencalonan bahagian-bahagian Umno.
Beliau akhirnya terpaksa menerima realiti mendapat hanya satu pencalonan dari bahagiannya sendiri,Gua Musang.
Alasan yang diberikannya waktu itu ialah mahu menegakkan demokrasi dalam Umno.Beliau juga mempertikaikan sistem pemilihan yang dibatasi oleh sistem kuota pencalonan yang dijadikan satu peraturan dalam parti itu semasa era Dr Mahathir.
Sistem kuota itu yang bertujuan untuk mengelak sebarangan orang bertanding jawatan utama parti juga telah menjadi senjata Datuk Seri Anwar Ibrahim checkmate Allahyarham Tun Ghafar Baba diperingkat pencalonan jawatan Timbalan Presiden Umno menjelang pemilihan Umno tahun 1993.
Ada yang berkata satu-satunya cita-cita Tengku Razaleigh yang setakat ini belum tercapai ialah merasai jadi Presiden Umno dan Perdana Menteri.
Soalnya sekarang mampukah Dr Mahathir menjadi ‘jambatan’ bagi Tengku Razaleigh mencapai impian itu? Realiti politik Umno jelas menunjukkan ia bukan sesuatu mudah mengugat leader of the day .
Memang sukar untuk merongkai paduan pada sesiapa saja yang di puncak kuasa.
Tiada siapa yang mahu mengambil risiko kehilangan alignment politik yang sedia ada.Ini kerana naik muka baru sudah tentu lain susun aturnya. Pengalamannya tiga tahun lampau adalah bukti terdekat bagi Tengku Razaleigh. Dalam era Dr Mahathir sendiri sudah tercatat dalam lipatan sejarah bahawa sekalipun berdepan dengan gelombang tentangan Team B yang mencemaskan pada tahun 1987 beliau tetap di situ.
Pada tahun 1998 badai taufan reformasi Anwar hanya mampu mencacatkan jumlah pungutan kerusi Barisan Nasional pada pilihanraya 1999 saja. Sebelum itu Musa Hitam angkat bendera putih dan undur diri dari jawatan Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri hinggalah beliau gangup dengan team B Tengku Razaleigh. ‘Kekuatan’ Dr Mahathir menangkis dan merebahkan semua penentangnya heavyweightnya khususnya Tengku Razaleigh,Musa dan Anwar dengan sendiri membuatkan pimpinannya sunyi sepi dari menghadapi kritikan dalaman sehingga beliau menyerahkan tampuk pemerintahan kepada Abdullah pada tahun 2003. “Walaupun Dr Mahathir kata beliau bersikap terbuka sedia menerima kritikan….tetapi dengan kekuatan berkenaan lepas itu mana ada pemimpin Umno yang berani mengkritiknya secara terbuka,” kata seorang penganalisis politik.
Dr Mahathir sendiri sedang mengambil risiko besar memperjudikan kredibiliti dan imejnya dalam serangannya terhadap Abdullah. Silap haribulan namanya sebagai lagenda politik negara yang berprestij boleh terhumban ke dalam longkang. Diketika beliau menghentam kiri kanan Abdullah banyak juga komentar-komenter dalam beberapa laman blog popular yang mempersoalkan hal-hal yang berlaku semasa zaman pentabirannya selama 22 tahun. Ini termasuk bab mengkayakan kroni dan anak.
Atas apa argument politik pun memang sukar untuk mematikan kecurigaan orang bahawa Mirzan,Mokhzani dan Mukhriz berjaya dalam perniagaan semata-mata atas kekuatan mereka sendiri. Dr Mahathir sendiri nyata sedar tentang persepsi itu yang terus bermain di kepala para pengkritiknya diketika beliau membangkitkan soal kekayaan Kamaluddin,anak lelaki Abdullah.
Beliau kerap juga menyentuh tentang kejayaan mereka dalam perniagaan yang tidak ada kena mengena langsung kerana sentuhannya. Apa lagi bila baru-baru ini Mokhzani disenaraikan oleh sebuah majalah bisnes tempatan sebagai salah seorang dari 100 yang terkaya di Malaysia. Sebab itu agak menarik untuk mengintai perkembangan mendatang mengenai spekulasi paduan tenaga Dr Mahathir -Tengku Razaleigh.
' Titik temu ' mereka jelas terbentang dan sukar diselindung.
' Titik temu ' mereka jelas terbentang dan sukar diselindung.
Sekalipun ‘arah tuju’ Tengku Razaleigh agak senang dibaca namun beliau juga dikenali sebagai seorang yang kadangkala berhati-hati dalam membuat sesetengah perhitungan politik. Apakah beliau selama ini menjauhkan diri dari Dr Mahathir kerana hendak menilai dulu impak tindak tanduk bekas Perdana Menteri itu dalam senario politik tanahair khususnya politik Umno? Bagi Dr Mahathir sendiri mungkinkah kehadirannya pada majlis ceramah Tengku Razaleigh itu kerana merasa sepi ketiadaan seorang pun rakan heavyweight bersuara seiring dengannya selama ini? Pada majlis ceramah itu mereka senada dalam menyuarakan keraguan pada zon bebas akses yang dicadangkan hendak diwujudkan di Wilayah Pembangunan Iskandar di Johor. Kemungkinan wujudnya gabungan tenaga antara Dr Mahathir –Tengku Razaleigh juga sudah pasti akan diandaikan tidak lebih dari satu marriage of convenience. "There are no permanent friends or permanent enemies.There are only permanent interests.Itu adalah satu cogankata politik yang semua orang tahu kenyataan yang berlaku dimana-mana.
Yang pasti bola sudah berada dalam padang Tengku Razaleigh.Kini tilikan pada kemungkinan gerak langkahnya dikatakan lebih menjurus kepada pada satu faktor iaitu...Ini last kopek…nothing to lose. - 2/4/2007
No comments:
Post a Comment