Monday, September 3, 2007

"Pakatan antara kaum teras kemerdekaan negara"






30 Ogos, Gua Musang - Pakatan antara kaum yang kukuh adalah teras pencapaian kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 dengan pimpinan Tunku Abdul Rahman selaku Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari cengkaman penjajah British, ujar Tengku Razaleigh ketika merasmikan Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan ke50 Peringkat Gua Musang di Dataran Kesedar dihadapan lebih 10,000 orang pengunjung tempohari.

Beliau juga menambah pakatan antara kaum ini sangat kukuh walaupun secara individu tiada kekuatan yang dapat mengerunkan pihak penjajah, tetapi pakatan dan persefahaman antara kaum yang begitu hebat untuk mentadbir negara sendiri telah membuat pihak British yakin dengan pakatan tersebut.

Beliau juga menambah beliau berasa amat bertuah untuk rakyat Gua Musang yang menyokongnya dari dahulu lagi dan beliau akan berusaha untuk memastikan pemuda - pemudi Gua Musang akan mendapat peluang pekerjaan dan rakyat secara amnya dapat meningkatkan taraf hidup masing - masing.

Majlis ini dianjurkan oleh pejabat KESEDAR dengan kerjasama pejabat - pejabat agensi kerajaan di Gua Musang. Majlis ini dimulai dengan persembahan koir oleh KESEDAR, KEMAS dan PERKEP dan dikuti dengan persembahan kebudayaan kaum Tionghua. Diantara upacara tersebut, pertunjukan bunga api telah disaksikan dihadapan pengunjung yang ramai, yang tidak berganjak walaupun keadaan Dataran yang basah setelah hujan yang lebat.

Majlis diikuti dengan penyerahan jalur gemilang oleh pemuda - pemuda parti - parti politik termasuk UMNO, PAS dan KeAdilan yang diketuai oleh Sdr Bazlan Kamarudin selaku Ketua Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang.

Sebelum ucapan diberikan oleh YBM Tengku Razaleigh selaku Ahli Parlimen Gua Musang, ucapan telah diberikan oleh Pengurus Besar KESEDAR dan Ketua Jajahan Gua Musang.

Antara - antara tetamu kehormat yang hadir ialah ADUN Nenggiri, Galas dan Paloh, OCPD Gua Musang, pengawai - pegawai kerajaan, pemimpin - pemimpin setempat serta wakil - wakil parti komponen Barisan Nasionla peringkat Gua Musang.

No comments: