Friday, April 4, 2008

Kuli palu Gendang Perang

http://theindiestory.blogspot.com/2008/03/ku-li-memukul-gendang-perang.html

Gedang perang telah dipukul bertalu-talu. Gegak gempita Tanah Malaya. Muncung-muncung meriam sedang dihalakan ke Mahligai Putra Jaya. Serunai ditiup sayup-sayup bunyinya. Bala tentera telah berada diperbatasan terakhir…

Inilah saki-baki bala tentera yang masih setia kepada Anak Raja berjiwa rakyat. Percubaan terakhir untuk menakluk hieraki kepimpinan UMNO. Setelah dimalu dan diaibkan semenjak sekian lama; Tengku Razaleigh Hamzah bangkit menuntut kembali takhta singahsana UMNO yang dirampas darinya semenjak diakhir tahun 70an lagi.

Bapa Ekonomi Orang Melayu masuk kembali kegelanggang sebagai seorang Panglima Melayu berpantang undur sebelum ajal. Semenjak kembali semula kepada UMNO pada tahun 1996, Ku Li dilayan saling tak tumpah sebagai Ashkar Gurkha. Segala jasa dan budi beliau kepada ekonomi orang melayu dan pembangunan Malaysia tidak pernah langsung disebut oleh media massa. Legasi beliau terhakis sedikit demi sedikit setelah mengalami ‘kekalahan bermaruah’ hanya 43 undi di Perhimpuan Agung UMNO pada tahun 1987 kepada rakan sekapal Dr. Mahathir Mohammad.

PETRONAS yang menjadi salah satu syarikat petroleum gergasi didunia pada hari ini siapa yang menubuhkannya? Bank Bumi Putra Malaysia Berhad yang banyak menyokong usahawan-usahawan melayu yang baru mula hendak belajar berniaga, siapa yang menubuhkannya? Bangunan UMNO dan PWTC hasil usaha siapa? Anda tidak tahu bukan. Maka rajin-rajinlah mengkaji sejarah. Malah banyak lagi jasa Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak cukup untuk disebutkan disini.

Kapal perang beliau yang diberi nama ‘Team B’ karam tidak ubah seperti Titanic. Ramai juak-juak politiknya berpaling tadah dan menikam beliau dari belakang. Bezanya beliau tidak mati karam seperti lagenda Tragedi Titanic. Selepas Bahtera Perang beliau pecah dihempas UMNO Baru, Ku Li tidak pernah berhenti berjuang demi menyelamatkan survival Politik Ketuanan Melayu.

Parti Melayu Semangat 46 yang ditubuhkan beliau turut mendapat sokongan daripada bekas-bekas Presiden UMNO Lama; iaitu Tunku Abdul Rahman dan Tun Hussien Onn pada waktu itu. Datuk Paduka Rais Yatim dengan semangat kental sanggup membakar jambatan untuk turut bersama dengan Anak Raja Istana Kelantan ini. Bekas Ketua Pemuda UMNO seperti Dato’ Harun Idris dan Datuk Haji Suhaimi Kamaruddin turut menyertai beliau. Jangan sesekali kita lupa bahawa dizaman beliaulah pertama kali tercipta perpaduan gabungan parti-parti politik pembangkang.

Angkatan Perpaduan Ummah (APU) yang melibatkan kerjasama diantara Semangat 46 dan PAS; serta lain-lain parti politik yang berteraskan islam dan melayu. Juga kerjasama dengan DAP dan PRM. Kekuatan Ku Li mampu menyatu padukan gabungan pembangkang. Inilah mulanya…sebelum ditiru kembali oleh Anwar Ibrahim yang mengambil idea asal ini. Jangan sesekali kita lupa; Daulat Ku Li mampu menumbangkan kerajaan BN di Kelantan pada pilihanraya 1990 yang penuh berliku itu. Dengan jasa Anak Raja Kelantan inilah; PAS mula mengasah taring dan melebarkan jaringnya untuk bertapak kukuh di Kelantan.

Selepas itu semua telah menjadi rentetan sejarah poltik orang melayu yang pasti akan dikaji kembali selepas sekian lama.

Tahun 2008, menyaksikan gendang perang yang telah lama terhenti; dipalu kembali berkali-kali tanpa henti. Panglima-panglima disekitar beliau telah meniup semboyan perang diseluruh Tanah Malaya. Jika pada tahun 1996, sewaktu kembalinya beliau bersama ribuan pengikut setianya kepada UMNO Baru; dia dikatakan berada dalam posisi ‘Gear 2’ oleh Tun Musa Hitam (musuh politik tradisi beliau). Kini tanpa sangsi lagi beliau telah berada dalam posisi Gear terakhir…Top Speed!

Ku Li dengan berani dan secara berterus terang mengisytiharkan kesudian beliau mengambil-alih pucuk kepimpinan UMNO daripada tangan Dollah Badawi. Tiada lagi berkias-kias…
Dengar sini rakyat jelata bumi bertuah…Tanah Pusaka Melayu sekangkang kera… Yang Mulia Tengku Razaleigh Hamzah mencemar Duli ingin merawat UMNO dan membela nasib kamu!

Pekikan “SELAMATKAN MALAYSIA” pada pilihanraya sengit 1990 kembali bergema. Masih berbisakah Keris Keramat Melayu dari Gua Musang? Berjaya atau tidak saki baki tentera yang setia kepadanya merempuh Mahligai Putra jaya dan Tingkat 4, hanya ALLAH swt. yang menentukannya... Pantang Pendekar untuk berundur bila kaki mencecah gelanggang!
Wala haw lawala Quu wata ila billahil a' liyil a'zeem...

1 comment:

Anonymous said...

SATU SOALAN UNTUK HADI AWANG. BILA PULAK ADA NAS YANG MEMBOLEHKAN PARTI ISLAM BOLEH BERCAMPUR DENGAN PARTI ORANG CINA DAN INDIA UNTUK MEMIMPIN NEGARA ISLAM ? SUDAH LUPAKAH BELIAU KEPADA FATWA BELIAU SENDIRI YANG PERNAH MENGHUKUM UMNO KAFIR KERANA BERKAWAN DENGAN PARTI CINA DAP BABI DAN INDIA HINDRAF BODOH DAN MISKIN ? APAKAH STATUS MB PERAK SEKARANG YANG ADA 7 EXCO BUKAN ISLAM

KENAPA PAS SEKARANG KETANDUSAN IDEA DAN SANGGUP MAKAN SEMEJA DENGAN KAFIR HARBI SEPERTI DAP LAKNAT

PERUT DAN HATI DAP MEMANG BUSUK SEPERTI BUSUKNYA HATI LIM KIT SIANG DAN ANAKNYA BANDUAN LIM GUAN ENG

ADAKAH PAS SUDAH LUPA KATA KATA PEGUAM LUMPUH YANG SUDAH NAK MAMPUS IAITU KAPAL KARPAL SING BODOH SEMBAH TOKONG BATU SUPAYA LANGKAH MAYAT MEREKA KALAU NAK DIRIKAN NEGARA ISLAM.

ADAKAH PAS SUDAH LUPA ATAU PAS NAK KAN KUASA ATAU PAS NAK KAN WANG YANG BANYAK
Ataupun pas telah terpedaya dengan gay boy seperti anwar yang sukakan punggung