"Pantang Melayu berundur sebelum ajal"
http://penyokong-kuli.blogspot.com/2008/04/perang-kedua-media-alternatif-vs-media.html
Hari ini Media Arus perdana telah membuat serangan kepada Tun Dr. Mahathir dan YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Umum mengetahui Media Arus Perdana bersifatkan pro Abdullah jadi ini mewujudkan ketidak adilan bagi Tun Dr. Mahathir dan Juga YBM Tengku Razaleigh Hamzah. Sehubungan dengan itu media-media alternatif yang telah terbukti keberkesananya di dalam Pilihan Raya Umum lepas diminta turut membantu YBM Tengku Razaleigh Hamzah untuk mendapatkan kepercayaan ahli-ahli UMNO seluruh negara untuk mengepalai UMNO dan sekaligus mengepalai kerajaan persekutuan.
Penulis merasakan media arus perdana telah memperlekehkan usaha-usaha yang dibuat oleh YBM Tengku Razaleigh Hamzah untuk menyelamatkan UMNO. Penulis menyeru kepada semua media-media alternatif yang berada di luar sana bersatu dan terus membuat kempen supaya jawatan Presiden UMNO diberikan kepada YBM Tengku Razaleigh Hamzah seorang negarawan terbilang dan juga merupakan seorang anak bangsawan berketurunan raja untuk mengembalikan kepercayaan institusi Istana kepada UMNO.
Wahai rakan-rakan saya dari media-media alternatif marilah bersama YBM Tengku Razaleigh Hamzah di dalam misi menyelamatkan UMNO. Sekiranya YBM Tengku Razaleigh Hamzah berjaya ‘ditabalkan’ sebagai Presiden UMNO sekaligus kita akan ‘meraikan kemenangan’ kedua kita. Rakan-rakan blogger seluruh negara bantuan anda amat kami perlukan dan kami bukanya ’spesies’ yang menggatakan blogger itu beruk dan kami juga anti kepada ’spesies’ itu yang kami boleh labelkan sebagai ‘Beruk Hitam’.
Marilah bersama-sama memastikan kemenangan kedua kepada media-media alternatif yang sebelum ini dihina oleh Kutu Jamban. Bersatulah menentang pakatan 3B ataupun Tiga Beranak. Pedulikan apa yang dikata oleh menteri-menteri BPPA (Barisan Pembela Pembodek Abdullah). Matlamat kita ialah menabalkan ‘Ku Li’ sebagai Presiden baru umno. Ingatlah “Pantang Melayu berundur sebelum ajal”
Monday, April 7, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Saya menyokong penuh tindakan YBM Tengku menawarkan diri untuk berhidmat sebagai Presiden Umno. Saya percaya UMNO sememangnya memerlukan seorang peneraju yang mampu merubah dan memperkasakan bangsa Melayu.
Di sini saya mengambil kesempatan menyeru kepada penyokong dan pengerak parti mengatur langkah untuk menentukan kemenangan dan kejayaan calon kita.
Didalam kita memberi sokongan tidak ada maknanya, sekiranya kita gagal mejadikan sokongan itu menjadi undi didalam pemilihan parti.
Bermula daripada peringkat cawangan hasrat kita hendaklah jelas bahawa kita mahukan perubahan di peringkat pucuk pimpinan. Sesiapa yang hendak menjadi ketua hendaklah kita tahu hala tuju mereka supaya hasrat kita boleh dibawa keperingkat Bahagian dan seterusnya ke peringkat Mesyuarat Agong UMNO Malaysia.
Jangan lah kita termakan dengan Ketua Ketua cawangan dan Bahagian yang hanya menjadi Pak Turut pada org atasan atau orang orang di Bahagian dan Peringkat Nasional.
Pastikan pengundi yang dilantik mewakili cawangan diperingkat Bahagian memenuhi hasrat kita. Begitu jugalah diperigkat Bahagian pastikan wakil Bahagiaan ke Peringkat Pehimpunan Agong mewakili hasrat kita.
Kalau sekiranya tiada kepastian tawarkan diri untuk berhidmat baik sebagai Ketua, AJK, atau perwakilan, tetapi pastikan apa yang diperjuangkan dan hasrat saudara untuk mengubah pupuk pimpinan diketahui oleh ahli cawangan dan perwakilan bahagian.
Gembelingkan usaha untuk berkumpul dan menyatukan ahli ahli yang saya percaya lebih ramai daripada apa yang kita fikirkan. Insyaallah untuk mencapai cita cita dan perjuangan kita ianya tidak sesusah namun usaha yang gigih perlu dilaksanakan.
Masa untuk berselindung sudah berakhir hilangkan perasaan takut dengan taktik taktik yang bacul seperti nak jaga hati orang itu dan ini. Ingatlah UMNO ini hak kita semua bukan seperti apa yang berlaku pada hari ini.
Sedarlah bangsa kita diambang kehancuran kepentingan Bangsa melebihi kepentingan individu.
Hidup Melayu, Hidup UMNO
saya sokong penuh cabar presiden parti...
Kita berdoa usaha ini akan menemui kejayaan.
Disember ini kita buka lembaran baru perjuangan UMNO dengan kepimpinan YBM Tengku.
Insyaallah.
Saya sebagai warga belia menyokong penuh tindakan YBM Tengku Razaliegh Hamzah menawarkan diri untuk berkhidmat sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.Bagi saya Ku Li memenuhi segala kretiria rakyat malaysia khususnya orang Melayu sebagai pemimpin. Ku Li juga dapat mengembalikan keyakinan Raja-Raja Melayu terhadap UMNO dan Barisan Nasional serta rakyat Malaysia berbilang bangsa.
Diharap ahli-ahli UMNO di seluruh Malaysia membuat sekali lagi Tsunami perubahan di dalam UMNO seperti mana mereka lakukan Tsunami PRU12 yang lalu dengan undi protes.
Walaupun umur saya 29 tahun,tapi saya sentiasa mengikuti perkembangan KU LI dari masa ke semasa.Marilah kita ramai-ramai rakyat Malaysia menyokong KU LI jika ahli UMNO tidak mahu mengubah nasib parti mereka yang kini di ambang kehancuran.Jangan sampai kami orang melayu menolak UMNO kerana sikap pemimpinnya yang ada sekarang...
HIDUP KU LI!,HIDUP MELAYU!,HIDUP UMNO!HIDUP BARISAN NASIONAL!
Post a Comment