Saturday, 05 April 2008
(Harakah) - LANGKAH segera calon Timbalan Perdana Menteri versi anak Badawi, Mahyuddin Yassin yang cuba menangkis "panahan" Ku Li semalam, Umno sudah dharurat dilihat sebagai usaha untuk menyekat Ku Li dari terus mara menentang anak Badawi, Disember ini.
Persepsi bahawa Umno kini berada dalam keadaan darurat seperti yang digambarkan oleh Ku Li pada persidangan perwakilan khasnya tidak akan menjejaskan kedudukan parti tersebut.
Muhyiddin Yassin menuduh ia adalah anggapan daripada satu bahagian sahaja tetapi tidak menggambarkan keseluruhan suara daripada ahli Umno.
Apakah benar dakwaan Mahyuddin ini atau ia juga sebagai anggapan beliau bagi menunjukkan kesetiaannya kepada anak Badawi? Mahyuddin antara pemimpin yang mungkin tersepit jika Ku Li meneruskan hasrat menumbangkan anak Badawi, Disember ini.
"Itu hak mereka, atas sebab apa mereka buat persepsi itu hanya orang di Gua Musang sahaja yang tahu.
"Bagaimanapun, kalau itu yang diputuskan oleh perwakilan dalam mesyuarat khas itu dan dikemukakan kepada Ibu Pejabat Umno maka ia akan diteliti oleh pucuk pimpinan," katanya.
Muhyiddin yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri memberi reaksi terhadap kenyataan Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa parti itu kini dalam keadaan "darurat" sokongan dan keyakinan rakyat terhadapnya terjejas.
Ku Li mahu tindakan segera diambil sebelum kerosakan yang berlaku di dalam parti merebak sehingga menjejaskan asas tamadun dan perjuangan Umno yang ditubuhkan sejak tahun 1946.
Umno perlu mengadakan mesyuarat agung khas bagi mengukuhkan semula parti itu dengan dihadiri semua perwakilan yang selama ini menentukan kelangsungan parti tersebut.
Bagaimanapun, pemerhati politik melihat jika MT atau anak Badawi sendiri mengikut kemahuan kerabat Raja Kelantan itu untuk mengadakan EGM 12 Mei ini, bermakna laluan Ku Li ke Putrajaya makin terserlah.
Usaha sedang dijalankan agar Ku Li gagal mendapat sokongan dari mana-mana Bahagian Umno. Tetapi, saranan Tun Mahathir agar sistem kuota yang membelanggu Umno selama ini dihapuskan telah membuka lembaran baru perbincangan di kalangan pemimpin Umno.
Jika cadangan itu diterima maka jalan anak Badawi untuk mempertahankan diri di kerusi Presiden Umno dilihat makin longlai dan sokongan Mahathir terhadap Ku Li makin utuh, sejak sehari dua ini.
Apapun, kumpulan yang akan bersama Ku Li sedang bercantum secara tidak dirancang, atas aspirasi bersama untuk mengundurkan anak Badawi.
Rafidah, Mukriz, Khir Toyo, Radhi Sheikh Ahmad, Azmi Khalid, Abdul Rahman Bakar dan ramai lagi, dilihat sedang hampir dengan Ku Li yang tiada lagi tersembunyi niatnya untuk bertanding di kerusi Presiden Umno kali ini.
Saturday, April 5, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment