Sunday, 06 April 2008
Hari ini setelah Barisan Nasional mengalami tragdei begitu buruk dalam pilihanraya umum ke 12 pada 8 Mac 2008 lalu barulah terdapat kelonggaran penyiaran berita berhubung kenyataan mahupun pandangan Tengku Razaleigh Hamzah.
“BLACK OUT” MEDIA
KAMAL AMIR MENULIS
MENATAP akhbar Utusan Malaysia dan beberapa media arus Perdana kelmarin ternyata bagaikan ada perubahan mendadak berhubung kebebasan penyiaran beritanya. Berita dan ucapan Tengku Razaleigh Hamzah mula mendapat liputan begitu meluas bagaikan kongkongan yang membelangunya sudah mula dirongkai satu persatu.
Sejak disingkirkan dari arus politik perdana kesan pertandingan jawatan Presiden Umno 1987 hinggalah saat menawarkan diri bertanding jawatan tersebut pada tahun 2004 menentang Abdullah Ahmad Badawi, ucapan dan beritanya begitu terhad dan kadangkala tiada langsung tersiar. Dalam erti kata lain sebarang kenyataan darinya sentiasa disepikan “black out” oleh media arus perdana.
Pelbagai kritikannya terhadap kepincangan pimpinan Abdullah Ahmad Badawi tidak pernah tersiar, begitu juga saat berada dalam parti semangat 46, semacam ada arahan pihak tertentu agar Tengku Razaleigh disepikan oleh media arus perdana. Kesan dari itu membuatkan rakyat digambarkan seolah-olah Putera Istana Kelantan itu tidak perihatin serta tidak berani menongkah sebarang kebobrokkan yang dilakukan oleh Abdullah Ahmad Badawi.
Dan sewaktu membaca beberapa “hansurd” atau teks ucapan ahli-ahli Parlimen pada 3 November 2003 sempena “penabalan” Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri, Tengku Razaleigh Hamzah telah awal-awal menyuarakan kebimbangan terhadap percaturan politik sempit yang bakal meletakkan rakyat berada dalam keadaan serba sukar.
”Kita mampu merenangi gelombang krisis kewangan tahun 1997, tanpa pertumpahan darah seperti di negara jiran kerana adanya Dasar Ekonomi Baru yang berjaya menenggelamkan api kecemburuan kaum di kalangan kita. Ia dapat dilaksanakan dengan kerjasama dan kesediaan pelbagai pihak yang sanggup mengenepikan kepentingan mereka demi kepentingan negara kita yang tercinta.
”Perpaduan hakiki mesti merangkumi seluruh rakyat negara ini atas nama bangsa Malaysia bersatu padu. Ia mungkin dilihat mustahil, tetapi kalau kita ikhlas dan ada kesungguhan politik, kita boleh melakukannya. Sebelum ini kita telah bekerja keras untuk menyediakan yang terbaik untuk rakyat kita. Kita berusaha menghapuskan kemiskinan, buta huruf dan kejahilan masyarakat.. Kita telah cuba menghapuskan jurang perbezaan di kalangan kita.
”Yang paling ditakuti ialah kemarahan rakyat sekiranya mereka rasa terpinggir. Kemarahan ini boleh memecahbelahkan kita. Saya harap, di bawah pentadbiran baru, DEB perlu diberi penegasan semula, dan, tidak ada tarikh baru lagi selepas tahun 2010. Mari kita angkat darjat semua mereka yang ketinggalan tanpa mengira kaum. Saya percaya, sekiranya berjaya, kaum Bumiputra turut beruntung, kerana merekalah yang paling banyak ketinggalan. Oleh itu, saya percaya, isu subsidi, biasiswa, tongkat, dan apa jua bantuan dan galakan yang menjadikan Dasar Ekonomi Baru begitu berjaya di peringkat awal perlaksanaannya dulu, mesti diperhebatkan kembali.
Tengku Razaleigh juga turut mengingatkan Abdullah Ahmad Badawi ketika itu agar meletakkan kepentingan rakyat mengatasi segalanya kerana beliau puasa Suara Rakyat Kuasa Keramat. Menurutnya ”Masa tidak menyebelahi kita, tetapi, tanpa berbuat demikian, kita akan melihat jurang perbezaan di kalangan kita bertambah besar. Jurang ini akan bertambah parah yang miskin akan terus corot ke belakang.
”Kekayaan dan kekuatan ekonomi tidak boleh dipisahkan dengan isu keselamatan dan diplomatik. Lebih-lebih lagi kita pula sering dilihat gemar mengherdik harimau buas. Saya percaya, kita sudah ada rancangan tersendiri untuk mengendalikan taring dan kuk harimau yang kita herdik itu. Mungkin kita boleh bertindak seperti nyamuk yang mengganggu gajah, kerana gajah sukar memijak nyamuk. Namun saya percaya, di bawah pentadbiran baru, kita tidak mahu menjadi nyamuk selama-lamanya. Kita mahu jadi besar dan mampu bersaing dengan sesiapa sahaja.
Dalam ucapan tersebut beliau turut menyelar hala tuju Abdullah AhmadBadawi yang dilihat bakal meletakkan rakyat untuk diulit kehidupan perit apabila secara lantang beliau menyentuh cabaraN AFTA dan WTO. Menurutnya “Apakan barangan kita sudah berdaya saing? Apakah ia mempunyai pasaran yang istimewa “market niche”? Apakah teknologi pertanian kita cukup untuk menghasilkan makanan kita sendiri yang lebih murah daripada yang dihasilkan orang lain?
“Apakah tanpa subsidi dan bantuan, pak tani dan nelayan kita selamat dan bersedia mengharungi kehidupannya sendiri? Apakah sikap orang kita masih ditakuk lama atau cukup terlatih dalam menghadapi cabaran global ini? Apakah sistem pendidikan kita mampu menghambat sistem pendidikan negara-negara maju, tanpa meminggirkan sebahagian orang kita sendiri?
Apakah anak muda sudah diberi tempat dan pendedahan yang wajar untuk bersaing dengan orang lain dari negara-negara lain? Apakah tenaga kerja kita berkemampuan menangani corak aliran tenaga kerja tanpa sempadan? Sebagai negara yang menerajui kepimpinan Pergerakan Negara-negara Berkecuali, dan Negara-negara Islam pula, apakah kita bebas dari tindak balas dan ancaman geo-politik kuasa-kuasa besar?
”Kita ada Raja Perlembagaan yang menjadi payung untuk semua. Kita ada sistem kehakiman yang sepatutnya bebas dari campurtangan politik dan mampu melahirkan hakim-hakim yang berwibawa agar keadilan sebenar terjamin untuk semua rakyat. Kita ada system pentadbiran yang amat kompleks dan mengandungi prosidur yang ketat.
“Ia bukan sekadar untuk melaksanakan dasar yang kita putuskan di sini, tetapi juga untuk mempastikan setiap sen wang rakyat dipertanggungjawabkan. Bahkan, apabila kita ada prosidur tender terbuka bagi projek-projek kerajaan, ia terbertujuan untuk mempastikan projek itu dilaksanakan secara kos-efektif dan telus di kacamata rakyat. Inilah yang perlu kita pelihara dan baik pulih sekiranya ia rosak. Kita tidak perlu buat perlembagaan baru atau sistem pentadbiran baru setelah rasuah dan penyalahgunaan kuasa menghancurkan ekonomi mereka beberapa tahun dulu.
Perlembagaan dan peraturan sahaja tidak berguna sekiranya ia tidak dapat menukar niat dan tabiat buruk orang yang berkuasa, terutamanya mereka yang mengejar kuasa untuk mencari kekayaan peribadi.
“Sebab itulah saya berharap, sebarang persepsi bahawa di Malaysia masih banyak amalan rasuah dan penyalahgunaan kuasa akan dilenyapkan oleh pentadbiran baru ini. Kuatkuasakanlah segala peraturan dan undang-undang yang sedia ada. Saya percaya, rakyat turut berharap pentadbiran baru ini akan merupakan satu pasukan yang terdiri dari mereka yang berupaya tinggi dan bersih dari sebarang persepsi negative.
Kerajaan yang diredhai Allah ialah kerajaan yang melaksanakan amanah dan tanggungjawabnya. Amanah ini diberikan Allah melalui rakyat. Pemimpin adalah milik rakyat, bukan milik keluarga atau sahabat andai tertentu. Maka kepada semua rakyatlah kita mesti bertanggungjawab melaksanakan amanah ini. Guna kesempatan ini untuk mengukuhkan sistem berkerajaan yang baik, yang tidak hanya berpusat kepada mana-mana individu yang berkuasa. Pemimpin boleh datang dan pergi. Sistem yang baik akan terus diwarisi zaman berzaman.
“Kehidupan ialah bagaiman kita bekerjasama membina kehidupan terbaik bagi semua orang. semua pihak – termasuk penyokong kerajaan dan pembangkang – dapat berlapang dada dan fikiran untuk mencari jalan terbaik bagi kehidupan terbaik rakyat negara yang tercinta ini.Mari kita sama-sama berdoa, semoga Allah mengukuhkan iman kita, persaudaraan kita, menjauhi bangsa kita daripada kemungkaran politik dan ekonom”.
Begitulah antara sedutan ucapannya yang begitu keras dan pedas semasa membahaskan usul kepercayaan terhadap Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi ketika itu. Malangnya ucapan tersebut tidak sedikitpun disiarkan oleh media arus perdana menyebabkan rakyat tertanya-tanya dimanakah Tengku Razaleigh Hamzah berada disaat kepimpinan imam mazhab Islam Hadhari mula berada di anjung kuasa.
Hari ini setelah Barisan Nasional mengalami tragdei begitu buruk dalam pilihanraya umum ke 12 pada 8 Mac 2008 lalu barulah terdapat kelonggaran penyiaran berita berhubung kenyataan mahupun pandangan Tengku Razaleigh Hamzah.
Persoalannya masih bebaskah akhbar arus perdana hari ini dari sebarang elemen pengongkongan isi berita? Bolehkah rakyat percaya media arus perdana benar-benar telus, berani, tegas dan bebas dalam erti kata sebenarnya. Rakyat sebenarnya sudah terlalu jelik dan bosan oleh kongkongan kebabsan yang dilakukan oleh kerajaan Abdullah Ahmad Badawi yang berkali-kali menyatakan bahawa “freedom of The Press” dilaksanakan sepenuhnya. Fikir-fikirkanlah…
Kesan terkongkongnya kebebasan media mengakibatkan sms semakin menjadi pilihan untuk rakyat berkomunikasi dengan bebas. Dan terdapat beberapa kiriman yang dihantar kepada saya antaranya berbunyi:-
“Strategi untuk lari dari kebencian dan kemarahan rakyat terhadap pembohongan dan pengkhianatan kerajaan tiga beranak ia lah dengan mengistiharkan perang terhadap Tun Dr. Mahathir. Penjilat dalam cabinet dan Majlis Tertinggi Umno masih belum sedar mereka adalah keldai tunggangan kerajaan tiga beranak mengaut harta kekayaan negara. TV1 dan tv 3 jelas alat propaganda dan pengkhianat negara” … 0169834072
“Shabery Chik sudah mula nak jadi budak suruhan kerajaan tiga beranak dan lebih teruk dari Zam. Dia masuk Umno selepas 46 dibubarkan. Dia tahukah sejarah Umno? Sebelum masuk 46 dia adalah penjilat Abdullah. Selepas menjadi menteri dia mula mahu menunjuk belang, tapi salah tempat.” … Adi Jagat.
“4 lagi negeri Umno menjadi pembangkang, 3 daripadanya adalah negeri mempunyai majority Melayu. Menurut Shabery Chik, Pak Lah masih kuiat kerana mendapat sokongan Melayu lebih daripada Tun Dr. Mahathir melalui PRU tahun 1999. Inilah contoh sombong-bodoh yang kelasik serta cukup serious. “A Very serious state of denial” … Jadd
“Sekarang rakyat nak tolak pemimpin.-pemimpin mereka. Jika pemimpin masih berada di atas rakyat akan tolak Umno. Masa itu nanti Pas/PKR akan menjadi parti majoriti, barulah Umno akan memperolehi akan menjadi melukut tepi gantang” … Aspan
Sunday, April 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment