Monday, April 7, 2008

Tengku Razaleigh ulangi kesediaan tanding jawatan Presiden UMNO

http://kesopanankesusilaan.blogspot.com/2008/03/tengku-razaleigh-ulangi-kesediaan.html

Yang Berhormat Mulia Tengku Razaleigh Hamzah mengulangi pandangannya bahawa perubahan dalam UMNO perlu berlaku untuk memulihkan kembali imej UMNO yang tercalar pada pilihan raya umum 8 Mac lepas.

Anggota Parlimen Gua Musang itu berkata, atas alasan tersebut beliau bersedia untuk menggalas tanggungjawab besar, termasuk bertanding jawatan presiden parti.

“Perlembagaan dalam parti membenarkan sesiapa pun bertanding. Ini demokrasi dan jika tidak, lebih baik kita tukar kepada presiden seumur hidup dan berkuasalah sampai bila-bila,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa UMNO Bahagian Gua Musang di sini, hari ini.

Semalam Tengku Razaleigh yang juga Ketua UMNO Bahagian Gua Musang telah membuat kejutan dalam sidang akhbarnya di Kota Baharu dengan mengatakan bahawa beliau bersedia bertanding sekali lagi bagi jawatan Presiden UMNO pada persidangan agung parti akan datang.

Pemimpin veteran UMNO itu berkata, jika mendapat cukup pencalonan untuk bertanding, tiada sebab baginya untuk menolak “harapan” bahagian-bahagian yang mahukan perubahan pada peringkat pucuk pimpinan.

“Keputusan ini bergantung kepada sejauh mana anggota UMNO mahukan perubahan dan jika tidak, tidak apalah (tidak bertanding),” katanya.

Pada 1987, Tengku Razaleigh mencabar presiden UMNO ketika itu, Datuk Seri (kini Tun) Dr Mahathir Mohamad tetapi tewas dengan 43 undi.

Mengulas cadangannya supaya diadakan perhimpunan agung khas parti, Tengku Razaleigh berkata, cadangannya itu perlu diambil kira oleh semua bahagian UMNO di seluruh negara kerana ia penting untuk hala tuju perjuangan UMNO selepas ini.

“Saya minta semua ketua UMNO bahagian mengambil kira pandangan saya dalam surat itu kerana perhimpunan khas ini perlu diadakan untuk kita duduk semeja dan membincangkan mengenai prestasi buruk UMNO dan kerajaan,” katanya.

Perlembagaan parti telah menetapkan untuk diadakan perhimpunan khas itu, ia memerlukan persetujuan 50 peratus daripada 210 bahagian UMNO seluruh negara. “Kalau dapat 50 peratus ini, ia boleh diadakan tetapi terpulanglah kalau kata tidak payah, tidak payahlah buat,” katanya.

Tengku Razaleigh berkata sebanyak 26,000 pucuk surat telah diedarkan kepada semua ketua UMNO bahagian, anggota jawatankuasa bahagian dan ketua UMNO cawangan di seluruh negara bagi mendapatkan persetujuan untuk diadakan perhimpunan khas itu.

Sehubungan itu, UMNO Bahagian Gua Musang akan mengadakan mesyuarat khasnya pada 4 April ini untuk meluluskan usul mengadakan perhimpunan agung khas itu

12 comments:

Ismail Ibrahim said...

YBM Tengku sememangnya bersedia dan bertepatan untuk memberikan khidmatnya untuk menerajui UMNO.

Persoalaannya siapakah yang akan menentang YBM Tengku?

Dari bunga bunga yang ditunjukan saya dapat menilaikan bukan Pak Lah lawan Tengku nampak gayanya Najib yang akan kedepan.

Kalau tidak masakan Undi percalonan untuk bertanding dikekalkan. Dengan sistem percalonan sekarang, untuk
jawatan presiden hanya 2 orang sahaja yang layak bertanding sebab orang yang ketiga tak akan dapat yang cukup percalonan.

Kalau Najib bertanding juga di kerusi Timbalan dia terpaksa memikul beban Pak Lah yang terlalu berat baginya kerana Mahyudin juga sedang mengintai.

Cuma dengan pengumuman Tengku untuk bertanding langkah mereka menjadi agak sumbang, mungkin terkedu tak tentu haluan "bikin rosak ana punya program".

Sebab tu cakap pun beralas. Baru nak kenal siapa Ketua Bahagian, baru nak dengar apa suara Bahagian. Mana Khari Jamaludin?, mana Kamarudin? mana Kalimutu?

Nampaknya Najib dah mula nak menunjukan bahawa dialah pembela UMNO dan sebagai pembawa suara ahli ahli UMNO

Apakah Najib ingin merperlihatkan bahawa dia lah yang akan membawa angin perubahan didalam UMNO dan telah keluar dari pertapaan di Gunung Ros Semah dan berguru pula dengan Baginda Atan Toya.

Wahai Ketua Ketua bahagian sedarlah, gula gula yang diberi banyak penyakitnya.

Kalau sekiranya ada perasaan hendak menyelamatkan bangsa carilah alternatif dari dalam UMNO yang mampu memberikan nafas baru didalam perjuangan kita.

Saya percaya kalau sesuatu perubahan yang drastik tidak dilakukan, Rakyat akan terus menolak UMNO di dalam Pilihan Raya yang akan datang.

Bagi saya marilah kita bertekad siapapun lawannya kita akan pastikan sokongan kita kepada YBM Tengku.

Marilah kita menyokong hasrat murni kepemimpin YBM Tengku untuk menerajui Parti yang kita sayangi dan mengembalikan UMNO dan inspirasi bangsa kelandasan yang sebenar.

nazari said...

hidup tengku razaliegh, saya rasa ku li tak risau sbb sebagai calon underdog tapi bahaya.Najib tak boleh jadi presiden UMNO kerana banyak isu.

nazari said...

hidup tengku razaliegh, saya rasa ku li tak risau sbb sebagai calon underdog tapi bahaya.Najib tak boleh jadi presiden UMNO kerana banyak isu.

the indie story said...

Dengan Izin dan Budi Bicara Tuan Punya Blog yang dikasihi,

Foto-Foto Terkini "PERHIMPUNAN RAKSASA RAKYAT DI DEWAN SULTAN SULAIMAN", KG. BARU, KL. Tarikh:14hb. April / Masa: 8.30pm - 10.30pm (Sejarah Tercipta!)

Foto-Foto Eksklusif Hanya Daripada

theindiestory.blogspot.com

CHECK IT OUT! tq

Pemuda Pelapis said...

Salam YBM Ku Li,

Kali pertama saya membuat komen di blog YBM Ku Li ni tapi cuma ringkas sahaja untuk menyatakan sokongan agar meneruskan niat untuk bertanding.

Go ahead Ku Li!
Just proceed!
Don't back-off!


Kita semua dah sarankan secara berhemah agar "Peralihan Kuasa" di lakukan segera, depa buat tak tau, maka kita "gulingkan" saja ikut channel pertandingan biar Pak Lah "tergolek dog" kerana itu pilihan dia sendiri. Kita rakyat pun nak tengok jugak sejauh mana "hebatnya Dolah" kali ini.

Apa-apa hal pun Ku Li rebut dulu dan saya percaya Ku Li kena akur untuk menyerahkannya kepada Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein setelah itu. Kita aturkan dulu apa saja yang terbaik.

Umno perlu "memulihkan maruah" dan kita sekarang tidak perlu memikirkan individu yang cuma "beberapa kerat" tersebut. Kita kena fikirkan yang ramai dan majoriti.

Saya dengan ini menyarankan semua "bahagian-bahagian Umno" supaya "mencalonkan YBM Ku Li" jika sampai ke saatnya Pak Lah tetap terus berdegil dengan desakan majoriti rakyat khususnya daripada "akar umbi Umno".

SALAM PERJUANGAN "KU LI"...

PEMUDA PELAPIS - PEWARIS PERJUANGAN BANGSA

Pemuda Pelapis said...

Salam again!

Here is the link where YBM Ku Li and supporters can view of my full support.

FULL SUPPORT FROM PEMUDA PELAPIS

GO AHEAD! GO FOR IT!
DON'T BOTHER WHAT PEOPLE MIGHT SAYS!

Unknown said...

UMNO will definitely regain back. As long as the people keep up the good spirit, and having integrity. When you do nothing bad. People can't find any fault with you.

zainal abidin awang kechik said...

Ku.. patik selalu bertanya kepada ku, bagaimana untuk melahirkan perjuangan yang tidak bergantung dengan kontrak dan habuan dari pucuk kepimpinan . KU menjawab kepada patik ringas je ..iaitu "IMAN".

sampai hari pun kita dah hayut lima negeri.. UMNO masih lagi tidak berubah.. bila KU tawar diri ....ia di lihat seperti pengacau dalam parti...

sampai bila ia akan terjadi bergini KU..

Anonymous said...

[url=http://firgonbares.net/][img]http://firgonbares.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]edition software discounts, [url=http://firgonbares.net/]nero software[/url]
[url=http://firgonbares.net/][/url] wall street office software buy downloadable software
of academic software [url=http://firgonbares.net/]download acdsee pro free[/url] cheapest software in
[url=http://firgonbares.net/]buy cheap softwares[/url] nero 9 templates not installing
[url=http://firgonbares.net/]ms office compatible software[/url] free macromedia flash 5 software
nero serial number [url=http://firgonbares.net/]software in order to[/b]

Anonymous said...

[url=http://sunkomutors.net/][img]http://sunkomutors.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]latest microsoft software, [url=http://sunkomutors.net/]office software best price[/url]
[url=http://sunkomutors.net/][/url] 1 Mac Box Set to buy pirated software
software with student discount [url=http://sunkomutors.net/]software discounts uk[/url] campus software discount
[url=http://sunkomutors.net/]autocad lt free downloads[/url] discount on adobe software
[url=http://sunkomutors.net/]educational software canada[/url] microsoft office standard edition 2003 product key
coreldraw x4 traing [url=http://sunkomutors.net/]customer order software[/b]

Anonymous said...

[url=http://murudobaros.net/][img]http://murudobaros.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]filemaker pro 4, driver, [url=http://murudobaros.net/]buy cheap softwares[/url]
[url=http://murudobaros.net/]oem software license agreement[/url] have to buy software discount software for you
downloadable softwares [url=http://murudobaros.net/]office like software[/url] buy photoshop at
[url=http://murudobaros.net/]sale management software[/url] oem software sales ltd
[url=http://murudobaros.net/]math education software[/url] cheapest software anyware
adobe acrobat 9 [url=http://murudobaros.net/]ms academic software[/b]

Anonymous said...

[url=http://bariossetos.net/][img]http://bariossetos.net/img-add/euro2.jpg[/img][/url]
[b]windows vista service pack 1, [url=http://bariossetos.net/]shop creation software[/url]
[url=http://vonmertoes.net/][/url] adobe photoshop cs3 key gen where can i get a cracked copy of photoshop cs4 for mac
8 Retail Price [url=http://hopresovees.net/]discount software house[/url] windows vista vs windows xp
[url=http://bariossetos.net/]software volume discount[/url] adobe macromedia software
[url=http://hopresovees.net/]adobe photoshop cs3 for mac full version[/url] educational software publisher
buy software uk [url=http://bariossetos.net/]open source educational software[/b]