Monday, April 7, 2008

TENGKU RAZALEIGH - JASA PUTERA RAJA YG DILUPAKAN!

"baja wang" bajawang@yahoo.com

PERHATIAN: Untuk tatapan generasi muda supaya menghormati pemimpin yang telah berjasa, bukan dengan cara menghina dan mencaci mereka kerana kebanyakan dari kita yg buta sejarah!

JASA-JASA TENGKU RAZALEIGH YG DILUPAKAN.............

Jasa-jasa beliau sengaja dikuburkan olehorang-orang tertentu yang mempunyai kepentingan dan manusia yang gilakan kuasa. Kini Ku Li hanyadikenali sebagai org yang suka mencabar Presiden atau dgn kata lainyang mempunyai semangat Hang Jebat..sedangkan jasa-jasanya tidak depedulikan!


1937: Dilahirkan pada 13 April.
1959 (umur 22): Mendapat Ijazah Sarjana Muda dari Queen's University, Ireland.
1962 (umur 25): Menjadi ahli UMNO dan dilantik menjadi Ketua UMNO Bahagian Ulu Kelantan.
1963 (umur 26): Dilantik sebagai Setiausaha Perhubungan UMNO Kelantan dan Majlis Tertinggi UMNO.
1967 (umur 30):Menjadi Ketua Perhubungan UMNO negeri Kelantan.
1969 (umur 32): Bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri menentang Dato Asri Muda dan menjadi Ahli Parlimen.
1972 (umur 35): Mendapat gelaran "Tan Sri".
1974(umur37): (1) Bertanding kerusi Parlimen; (2) Menjadi Naib PresidenUMNO pada Julai setelah kematian Tun Dr Ismail Abdul Rahman dan mengekalkan jawatan selama tiga penggal berturut-turut sehingga 1978.
1976 (umur 39): Dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 5 Mac.
1984 (umur 47): Dilantik sebagai Menteri Perdagangan dan Perindustrian dalam rombakan kabinet pada bulan Julai.
1987(umur50): (1) Mencabar regu Dr Mahathir dan Ghafar Baba bersama denganDatoMusa Hitam dalam pemilihan parti sebagai Presiden dan Naib Presiden parti UMNO dan ditewas 43 undi di tangan Dr Mahathir pada 24April; (2)Menubuhkan Parti Semangat 46 bersama dengan Dato Rais Yatim;(3) Gagal dalam Pilihan Raya Umum untuk membentuk kerajaan.
1996 (umur 59): Menyertai UMNO semula selepas pembubaran Semangat 46.
2008 (umur 71): Memenangi Parlimen Gua Musang. Merupakan ahli parlimen paling lama sejak 1974 iaitu selama 34 tahun!
Cik Puan Noor Abdullah merupakan isteri Tengku Razaleigh.

-Bekas Menteri Kewangan

-Bekas Menteri Perdagangan dan Industri Antarabangsa

-Bekas Pengasas dan Pengerusi Bank Bumiputra

-Bekas Pengasas dan Pengerusi PETRONAS

-Bekas Pengasas dan Pengerusi PERNAS

-Bekas Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia

-Pengasas dan Presiden Dewan Perniagaan Asean

-Pernah menjawat jawatan dalam tiga institusi KewanganAntarabangsa serentak. Iaitu Bank Pembangunan Asia, Bank Pembangunan Islam dan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa. Satu pencapaian yg unit oleh seorang anak Melayu



-Merupakan pengasas kepada PETRONAS. Ku Li mengguna pakai kaedah PERTAMINA-syarikat petrolium Indonesia akhirnya dimaktubkan sbg Akta Petrolium Negara pada sidang Parlimen 1974. Ku Li berjaya mengambil resipi PERTAMINA hasil hubungan rapat dengan Presiden PERTAMINA,General IbnuSotowo yang jauh berusia daripada Ku Li. Ibnu Sotowobegitu kagum dengan kebijaksanaan Ku Li biarpun dengan usia sebegitu muda, tetapi memiliki cita-cita besar sedangkan Malaysia hanya sekadar memiliki 'setitik'hasil minyak berbanding Indonesia.Hari ini jika dibandingkan dengan Indonesia PETRONAS cukup tersohor dalam pencairan minyak di lebih 50negara. Seawalnya Sotowo tidak yakin dengan Ku Li kerana untuk membina sebuah syarikat Petrolium bukan kerja mudah, apatah lagi ketika itu rantau ASEAN masih tidak memiliki kepakaran dan ilmu tentang cari gali minyak. Pertemuan kali ke 2 Sotowo pelik dan merasa yakin dengan pandangan jauh Ku Li dalam mengkaltuskan PETRONAS. Hari ini PETRONAS sudah berusia 30tahun dan sudah mampu terbang tinggi untuk bersaing dgn syarikat gergasi minyak dari Amerika, England dan Belanda.

(hari ini kebanyakkan kita berbangga dgn PETRONAS yg terkenal di seluruh dunia dan setiap hari kita mengisi minyak kenderaan menggunakan minyak PETRONAS sayangnya ada dikalangan kita tidak tahu siapa yang mengasaskannya maka jdlah kita seperti orang Singapura yang makan nasi setiap hari tetapi tidak mengetahui dr mana dtgnya beras!)

-Merupakan orang Malaysia pertama menemui Perdana Menteri China dan arkitek terhadap merintisnya Persahabatan Malaysia-China 1974 yang membawa kejatuhan Parti Komunis Malaya.

-Semasa Tengku Razaleigh memimpin Bank Bumiputera, beliau telah menjemput Wong Am Pui dan Dato Khoo Kay Peng melatih kakitangan Melayu agar mahir dalam pengurusan bank. Pada waktu itu adalah sukar untuk mencari anak melayu yang tahu selok-belok menguruskan sebuah bank,pastinya ia memerlukan masa. Ternyata hr inianak Melayu bukan sahaja mampu menguruskan bank malah sudah mampu memiliki bank seperti TanSri Azman Hashim, Tan Sri Rashid Hussin dan lain-lain.


-menjadi Menteri Kewangan paling lama iaitu dari tahun 5 Mac 1976- Julai 1984 dan setiap tahun membentangkan belanjawan negara di Parlimen melalui siaran secara langsung oleh RTM.Ketika itu, perkembangan ekonomi negara berkembang 6-8 peratus setahun.


-Tapak bangunan PWTC asalnya adalah milik Ku Li, tetapi demi untuk melihat bangunan UMNO tersegam indah dan gagah ditengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur, Ku Li sanggup serahkan pada UMNO.Inilah nasib orang yg berjasa tetapi tekubur dijalanan!

3 comments:

edikemas said...

biasalah yg berkuasa disanjung & yg hilng kuasa dibiarkan mati berkubur tak bernisan

zam_hanitek said...

saya sokong tengku, sesungguhnya tengku seorang cendiakawan melayu terulung, saya ada membaca buku panduan peniaga kecil tahun 1974 semasa tengku presiden dewan perniagaan melayu,sikap paklah adalah bodoh sombong, semoga tengku dapat jadi presiden disember ini.Tiada mustahil bagi Allah S.W.T.Firman Allah 'aku memberi kuasa kepada sesiapa yg kukehendaki, dan aku menarik balik kuasa mereka bila kukehendaki' sesungguhnya Allah maha besar lagi bijaksana.

DPMM said...

Salam Tengku,

Saya kira sudah tiba masanya Tengku membuat "comeback" kedalam Dewan Perniagaan Melayu Malaysia. Tahun 2010 ada pemilihan Presiden.

Dikala, usahawan Melayu tertekan akibat kegawatan ekonomi ditambah lagi ketidaktentuan perihal pembubaran MeCD maka organisasi2 NGO spt DPMM haruslah lebih diperkasa dan lebih Vokal.

Semestinya Tengku org2 yg ada karisma utuk membimbing sebuah pertubuhan ekonomi Melayu yg satu ketika amat disegani.

Salam,
Usahawan Melayu Johor