GELANG BESI & MAHKAMAH RAKYAT
Kehadiran Tengku Razaleigh Hamzah adalah untuk merawat Umno yang dilihat semakin nazak. Beliau menawarkan dirinya kerana Umno sudah terlalu jauh menyimpang dari landasan perjuangannya.
KAMAL AMIR MENULIS
ORANG kaya Muhamad Hj. Mohd Taib yang dipungut kembali oleh kaki pembohong dan munafik tersohor Abdullah Ahmad Badawi sebagai sidang wazirnya kembali berkokok dengan begitu lantang membelasah Tengku Razaleigh Hamzah kerana menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Umno di musim pemilihan parti itu hujung tahun ini.
Laman Marhain mencatatkan kelmarin “Dalam kenyataan bersumpahnya Muhamad Hj. Mohd Taib mengistiharkan dia memiliki jumlah harta bernilai RM30,831,306.15. Harta pegangan beliau sebenarnya melebihi 74,500,000.00 juta ringgit tidak termasuk tanah dan saham di mana kekayaan tersebut bukan merupakan harta turun-temurun keluarga tetapi terjana melalui kedudukannya.”
Dan setelah kembali menjadi sidang wazir kerajaan Abdullah Ahmad Badawi @ Kerajaan Tiga Beranak, dia bertindak menjadi panglima tersohor agar Imam besar Mahzhab Hadhari yang terjelepuk dibaham ombak Tsunami Suara Rakyat Kuasa Keramat untuk kekal bertapa di anjung kuasa Seri Perdana.
Pemimpin yang melarikan Puteri Sultan Selangor untuk dinikahi di Sempadan Siam dan terpaksa membayar gantirugi berjuta-juta ringgit sebagai penyelesaian perceraiannya dengan Puteri tersebut serta diberkas oleh pihak berkuasa Australia kerana gagal mengisytiharkan pegangan tunai melebihi 1,000,000.00 wang campuran mata wang asing itu, begitu bersungguh sungguh mahu menyekat kemaraan Tengku Razaleigh Hamzah menentang Abdullah Ahmad Badawi.
Alasan yang didengungkan oleh Muhamad Hj. Mohd Taib adalah demi mahu menyelamatkan Umno agar tidak berlaku perpecahan kesan pertandingan merebut jawatan Presiden. Malahan pemimpin yang kawin lari ke sempadan Siam itu turut menyatakan kononnya kehadiran Tengku Razaleigh Hamzah boleh mengusutkan keadaan saat parti tersebut masih belum stabil kesan pilihanraya ke 12 tiga minggu lalu.
Lucu dan cukup melucukan apabila Muhamad Hj. Mohd Taib yang mampu memikul sejumlah 1 juta ringgit untuk diusung ke Australia tanpa diketahui dari mana hasil sebenar wang tersebut diperolehi boleh menzahirkan kenyataan sebegitu dangkal. Sedarkah olehnya kenazakkan serta terhuyung hayangnya bahtera Umno dirempuh badai Tsunami gelombang Suara Rakyat Kuasa Keramat tempoh hari adalah disebabkan oleh meluat, benci, sakit hati serta bosannya rakyat melihat kebobrokkan dikalangan pemimpin Umno melakukan korupsi serta merampok kantung negara.
Umno dibenci kerana pemimpinnya kaki pembohong. Umno ditolak oleh rakyat disebabkan pemimpinnya terjebak dalam pelbagai skandal serba menjijikkan, keyakinan terhadap parti tersebut terhakis kesan bocah dan serakahnya nafsu pimpinan tertinggi untuk merelakan kehadiran pengkhianat negara menjilat telapak kaki kuasa asing serta melacurkan kedaulatan bangsa dan negara.
Rakyat meluat melihat perangai pimpinan Umno seperti Muhamad Hj. Mohd Taib yang bersekongkol dengan imam besar Mazahab Hadhari mempamerkan sikap munafik, pembohong serta memperkosa semahu-mahunya yakin rakyat untuk dijadikan modal utama mereka bernama pemimpin mengaut tanpa sempadan kekayaan negara ketembolok sendiri.
Kebencian rakyat menolak Umno bukan kerana parti itu tidak baik, malahan semua warga bangsa tetap mengenang jasanya menjelmakan aroma kemerdekaan. Namun sikap pemimpin yang rakus, bernafsu besar, beraja di mata bersultan di hati, membenarkan budaya sempang peranang, kaki ampu dan kaki bodek begitu berleluasa sehinggakan kepincangan pemimpin sudah tiada lagi berani ditegur mengakibatkannya di lihat sebagai ancaman terhadap bangsa sendiri.
Kalaulah Umno di pimpin oleh mereka yang berhemah, berjiwa rakyat, tidak munafik dan bukan pembohong, bersih jiwanya, bebas ditegur, faham serta perihatin terhadap untung nasib rakyat, memerintah secara berhemah, mengamalkan aroma demokrasi tanpa mengongkong ahlinya untuk bersuara dan bertanding, sudah tentu Putera Istana Kelantan itu tidak akan menawarkan dirinya bertanding jawatan Presiden.
Muhamad Hj. Mohd Taib perlu sedar, punca sebenar Tengku Razaleigh menawarkan dirinya bertanding jawatan Presiden Umno kerana mahu memulihkan serta membersihkan parti tersebut dari anai-anai dan parasit politik seperti Muhamad Hj. Mohd Taib sendiri yang penuh bersalut noda-noda cukup menjijikkan.
Kehadiran Tengku Razaleigh Hamzah adalah untuk merawat Umno yang dilihat semakin nazak. Beliau menawarkan dirinya kerana Umno sudah terlalu jauh menyimpang dari landasan perjuangannya. Bahtera Umno sudah kehilangan arah,a pimpinannya penuh bersalut budaya korupsi serta menjadi pengkhianat bangsa.
Demi masa depan generasi merdeka untuk tidak kembali terjajah, demi untuk tidak mahu melihat korupsi menjadi semakin parah, jenayah merampok harta rakyat kian mengugat, akhirnya Tengku Razaleigh Hamzah bersedia menerima sebarang risiko menghadapi sebarang tomahan dan fitnah yang pastinya akan dilemparkan terhadapnya seperti yang pernah dialami satu ketika dahulu sewaktu menentang Dr. Mahathir Mohamad.
Hanya mereka yang takut diburu bayang-bayang, pembodek nombor satu Abdullah Ahmad Badawi yang terbukti kaki pembohong tersohor sahaja tidak mungkin bersedia menerima kehadiran Tengku Razaleigih Hamzah.
Penyapu buruk yang begitu banyak menjadi anai-anai dan parasit politik dirumah Umno tidak mungkin merelakan kehadiran Tengku Razaleigh Hamzah kerana diburu mimpi ngeri akan tersingkir serta kemungkinan besar terpaksa pula memakai gelang besi dan diburu mahkamah pengadilan rakyat kesan penglibatan dalam jenayah cukup menjijikkan merampok harta rakyat.
Rakyat yang cinta damai, benci terhadap korupsi dan pengkayaan kroni pastinya akan berdiri teguh di belakang Putera Istana Kelantan itu dalam mencetuskan gelombang Tsunami kedua di rumah Umno. Malahan sudah sekian lama rakyat menanti kemunculan pemimpin menerajui Umno untuk sentiasa bersih dari amalan cukup menjijikkan.
Untuk pengetahuan Muhamad Hj.Mohd Taib yang begitu celupar mulut menentang kehadiran Tengku Razaleigh, sebahagian besar ahli Umno sudah cukup meluat, jelek dan menyampah dengan amalan budaya politik wang, ampu mengampu, bodek membodek serta menjadikan jawatan dalam Umno sebagai lesen besar merampok kantung negara.
Hanya kalangan pimpinan seperti Muhamad Hj. Mohd Taib, Tengku Adnan Mansori yang memperolehi gelaran setelah bernikah dengan kerabat di raja Pahang serta Hishamuddin si keris bacul dan yang semazhab dengan pemimpin munafik sahaja akan berusaha menolak kehadiran Tengku Razaleigh Hamzah dianjung kuasa parti tersebut. Angin perubahan sudah melanda bukan sahaja dihati rakyat, malahan ahli Umno sendiri untuk turut mencetuskan gelombang Tsunami kedua segera menyingkirkan kaki penipu, penyamun tarbus atau parasit politik.
Ledakan perubahan sebegini pastinya bakal memulihkan rumah Umno dari pelbagai kebejatan politik pemimpin bersalut dosa dan noda korupsi, kezaliman, munafik, perampok harta rakyat, penipu, lidah bercabang serta pengkhianat bangsa agar kembali ke landasan betul. Sesungguhnya Umno tidak bersalah tetapi setiap kebobrokkan pemimpinnya menjadikan rakyat merasakan bagai menyimpan duri dalam daging .... fikir-fikirkanlah.
Friday, March 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment