Malaysiakini) - Sebagai persiapan kempen awalnya, Tengku Razaleigh Hamzah mengadakan pertemuan dengan lebih 10 ketua bahagian di kediamannya di Kuala Lumpur.
Mereka yang dilaporkan hadir, antaranya, bekas menteri penerangan Datuk Abdul Kadir Sheikh Fadzir (ketua bahagian Kulim/Bandar Baharu), Datuk Dr Ibrahim Saad (Batu Kawan) dan Datuk Malek Hanafiah (Taiping).
Tengku Razaleigh kini berkempen agar Umno mengadakan perhimpunan khas bagi membincangkan kekalahan teruk Umno dan BN dalam pilihanraya umum 8 Mac.
Beliau, yang mesra dipanggil Ku Li, memerlukan sokongan 50 peratus daripada 193 bahagian untuk memanggil mesyuarat agung luar biasa (EGM).
Ahli parlimen Gua Musang itu juga mengisytiharkan hasratnya untuk mencabar jawatan presiden, kini disandang Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Menurut sumber, pertemuan yang diadakan selama beberapa jam bermula tengah hari tadi dan ia yang pertama dianjurkan sejak Ku Li menulis surat kepada semua ahli jawatankuasa bahagian dan cawangan untuk mengusulkan idea EGM.
Pertemuan tidak rasmi umumnya membincangkan isu-isu dalam Umno, khususnya perhimpunan khas, kata sumber.
Isu-isu dan tokoh-tokoh lain yang berbangkit tidak dijelaskan.
Ku Li dijangka mengadakan pertemuan-pertemuan seumpama itu pada masa akan datang. Bagaimanapun tarikhnya belum ditetapkan.
Friday, March 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment