Kekalahan pilihan raya ke-12 lebih merupakan indaktor dan bukti nyata mengenai kelemahan dan kehilangan pamor dalam Umno. Belum berlaku dalam sejarah Umno dan BN parti itu kehilangan empat buah negeri sekaligus dalam sesuatu pilihan raya.
ANTARA KITA
Oleh Mohd Sayuti Omar
Pengumuman Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang bersedia untuk mencabar Abdullah Ahmad Badawi bagi merebut jawatan Presiden Umno pada perhimpunan agung akan datang perlu dilihat sesuatu yang penting dan patut diberikan fokus penuh rasional. Tindakan bekas Menteri Kewangan itu adalah pengorbanan besar yang tidak termampu dilakukan oleh orang lain.
Mungkin Ku Li telah befikir panjang sebelum mengejepkan tekad. Game yang beliau cuba ‘tagankan’ kini adalah merbahayakan dirinya. Namun kerana mungkin beliau memikirkan bahawa Umno dan Melayu perlu diselamat, maka beliau bersedia mengorbankan dirinya dan saggup menjadi lilin yang membakar diri di malam pegap.
Tengku Razaleigh arif dan tahu untuk berhadapan dengan Presiden Umno dalam keadaan sekarang ini bukan senang. Sistem kouta atau kawat duri yang melindungi penjawat jawatan presiden, timbalan presiden dan naib-naib presiden adalah kukuh dan bukan mudah untuk dirempuh.
Ku Li sangat arif soal kouta-kouta 30 persen itu. Untuk menentang presiden beliau memerlukan 53 bahagian yang mencalonkannya. Untuk mendapatkan pencalonan sebanyak itu bukan senang. Sekiranya beliau memperolehi lebih 50 pencalonan maka secara automatik Abdullah kerana berundur secara terhormat.
Bagaimnana pun itu bukan urusan mustahak bagi ahli-ahli di peringkat bawahan dan pemerhati. Ku Li mungkin ada mekanisme dan strateginya sendiri bagaimana untuk mendapat pencalonan itu. Apa yang penting dalam hal ini ialah melihat rasional dan di manakah logiknya serta keperluan Ku Li mencabar Abdullah.
Sehubungan itu beberapa kalangan Umno yang bergantung hidup dan mengharapkan nyawa politik kepada tokoh-tokoh berkuasa mula melahirkan rasa bimbang dan memperlecehkan hasrat Ku Li itu dan dalam masa sama menunjukkan kecenderungan kepada Abdullah. Yang sedihnya ada bersikap negatif kononnya tindakan Ku Li itu akan cuba memecah belahkan perpaduan Umno.
Alasan sebegini sering kali digunakan apabila setiap ada tokoh yang mahu mencuba mencabar seseorang berkedudukan penting. Politik sebeginilah dianggap penakut oleh Ku Li. Sekirnya Umno mengamalkan politik berani ia akan membuka pintu perlawanan kepada sesiapa saja dan membiarkan ahli yang menjadi penentu.
Minda tertutup ahli Umno ini menyedihkan. Cabaran (perebutan jawatan yang dihalalkan demokrasi) didalam Umno bukan dilihat sebagai usaha menyuburkan demokrasi tetapi dilihat sebagai pembawa masalah. Persepsi ini seharusnya dikikis daripada minda orang Umno parti yang sudah berusia lebih 50 tahun.
Dalam hal ini Umno seharusnya malu kepada rakannya Pas. Di dalam Pas sesiapa sahaja boleh beradu nasib merebut apa saja jawatan yang diingini. Ia tidak ada sistem kouta, cukup dua kawasan mencalonkan ia dikira sudah layak.
Kebebasan dan demokratik di dalam Pas inilah juga menjadi parti itu semakin diminati oleh golongan profesional dan pencinta politik di negara ini.
Biasanya mereka yang bimbang dan tidak rasional mengenai cabar mencabar ini ialah mereka yang bergantung hidup kepada tokoh-tokoh berkuasa tadi. Kalau Ku Li mempunyai kuasa kelak, mereka ini juga bersifat demikian, akan menyokong Ku Li mati-matian. Jenis ahli sebegini ialah yang oportunis.
Pun begitu itu itu bukannya hakikat dalam Umno, dan ia tidak melambangkan keseluruhan ahli Uno bersifat jumud begitu. Ahli-ahli Umno dan ketua bahagian yang sihat akal fikirannya masih merasakan tindakan Ku Li itu wajar dan kena pada tepatnya. Hasrat Ku Li itu haknya yang mutlak dihalalkan oleh parti yang mendokong demokrasi dan kebebasan.
Tawaran Ku Li itu juga relevan dan bertepatan dengan apa yang berlaku dalam Umno hari ini. Dalam Umno berkeadaan celaru dan parti itu hilang keyakinan ahli wajarlah kalau ia diperbetulkan. Inilah kesempatan yang diambil oleh Ku Li.
Ku Li memberi alasan dan hujah yang kemas serta munasabah mengapa beliau menawarkan diri untuk mencabar Abdullah. Jelas tawaran itu bukan bertolak daripada rasa tamak dan gilakan kuasa. Sebalik ianya dibuat berpandukan kepada situasi dalam Umno hari ini dan kedudukan politik orang Melayu akibat dari Umno sudah tampak semakin lemah.
Sebagai seorang nasionalis beliau obses mengenai hal ini dan tidak tergamak untuk melihat dan membiarkan keadaan berlalu begitu sahaja. Kalau beliau menyertai Umno untuk melihat sahaja beliau tidak akan melakukan tindakan kontroversi sejak mula lagi dan boleh akur dengan apa juga yang berlaku.
Semasa beliau menentang Dr Mahathir tahun 1987 untuk jawatan presiden, alasan dan hujah munasabah juga digunakan Ku Li. Beliau bukan sengaja dan bertindak atas rasa dendam kesumat. Ku Li juga seorang yang terbuka dan liberal serta dapat menerima hakikat. Apabila ahli Umno tidak menyebelahinya, beliau tidak melemparkan apa-apa tuduhan sebagai membela dirinya.
Begitu juga di dalam berlawan Ku Li tidak pernah menggunakan senjata-senjata yang dilarang dalam demokrasi. Beliau seorang yang akur kepada undang-undang dan mempercayai kepada kebenaran dan tidak suka kepada penyelewengan dan kemungkaran. Sebab itu dalam apa juga kempen-kempennya beliu tidak sentuh soal peribadi dan rela kalah daripada bermain politik secara kotor.
Apa yang dirasa Ku Li, perkembangan Umno selepas ditinggalkan Mahathir Umno berada dalam keadan lemah dan tidak fokus. Kelemahan itu juga menyebabkan ianya senang diperkotak katikkan oleh pihak lain dan Umno bukan lagi menjadi tunggak kepada perjuangan Melayu.
Kekalahan pilihan raya ke-12 lebih merupakan indaktor dan bukti nyata mengenai kelemahan dan kehilangan pamor dalam Umno. Belum berlaku dalam sejarah Umno dan BN parti itu kehilangan empat buah negeri sekaligus dalam sesuatu pilihan raya.
Gelombang atau tsunami inilah yang dilihat oleh Ku Li, Umno dan Melayu sedang berhadapan dengan badai besar di masa akan datang. Kelemahan ini baginya mungkin disebabkan kurang wibawanya pemimpin dan penerajui Umno hari ini dan ia perlu dirawat segera.
Penawaran diri oleh anak raja Kelantan itu untuk merawat Umno bukan iseng-isengan tetapi ia bertolak daripada kemampuan, pengalaman dan juga wisdom beliau sebagai seorang veteran Umno.
Ku Li juga adalah antara pemimpin veteran Umno yang tersisa yang masih menawarkan khidmat dan pengalamannya. Beliau juga telah menunjukkan sikap kecintaannya kepada perjuangan Melayu selama ini. Pengorbanannya untuk membubarkan Semangat 46 selepas merasai pemulihan dilakukan menerusi parti serpihan itu tidak berjaya menunjukkan kehebatan dan dignity beliau sebagai seorang pemimpin.
Kalau beliau mahu menjadi doktor untuk merawat Umno yang sakit seperti katanya, ia juga wajar dan sesuai. Ku Li dalam konteks ini bukan sebagai doktor biasa, tetapi merupakan seorang doktor pakar cukup berpengalaman.
Dengan kedudukan itu beliau boleh diterima dan diyakini. Ahli Umno tidak perlu merasa bimbang untuk menyerahkan pesakit (Umno) kepada Ku Li. Dr Mahathir sendiri juga patut memberi semangat dan sokongan. Kalau pun Dr Mahathir inginkan Mohd Najib Razak menjadi tukang rawat Umno namun beliau harus menerima hakikat pengalaman, keupayaan dan pengaruh yang ada kepada Ku Li dalam konteks perjuangan Melayu, Ku Li lebih hebat daripada Najib.
Kebolehan dan body language Najib tidak boleh diketepikan. Namun dalam suasana gelora seperti hari ini pesakit yang mengalami sakit kronik seperti Umno hadapi itu ia memerlukan pakar untuk merawatnya dan bukan boleh diserahkan kepada Najib. Jika diukur Najib dengan Ku Li, Najib adalah doktor pelatih yang sebenarnya sedang membuat housemanship di bawah kepakaran Ku Li.
Tawaran Ku Li ini juga dikira untuk terakhir kalinya. Sekiranya tawaran ini ditolak Ku Li tidak dapat berbuat apa-apa lagi seandainya sesutau tidak baik menimpa Umno melainkan hanya dengan menangisinya saja.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment