TERSINGKIR KERANA FITNAH
Ekoran dari cabarannya terhadap Presiden Umno pada tahun 1987, Tengku Razaleigh dituduh dalam skandal tersebut. Malahan media massa di dalam mahupun luar negeri mula menyerangnya dengan taburan fitnah penuh kedustaan kononnya Putera Istana Kelantan itu terlibat sama.
KAMAL AMIR MENULIS
Akhirnya Abdullah Ahmad Badawi bersama sidang wazirnya akur juga terhadap kehendak ahli akar umbi agar pemilihan pelbagai jawatan dari peringkat cawangan membawalah kepada Majlis Tertinggi , Pergerakan Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri Umno diadakan pada tahun ini.
Setelah kalangan wazir dan “macai-macai”nya meledakkan pelbagai polimik agar pertandingan tidak diadakan serta ditangguhkan ketahun hadapan kesan gelombang Tsunami Suara Rakyat Kuasa Keramat pada musim pilihanraya 8 Mac 2008 mengakibatkan parti itu masih dalam situasi binggung, bermasaalah serta bagai hilang pedoman.
Biar apa pun, yang pasti pemilihan tersebut bakal diadakan juga tahun ini bermula dengan peringkat cawangan pada awal bulan Julai sementara Bahagian sekitar bulan Ogos sementara Majlis Tertinggi pertengahan Disember 2008 ini.
Selain dari pelbagai jawatan menyaksikan pertandingan, pastinya kerusi Presiden parti Umno dan Timbalan Presiden bakal mencetuskan situasi panas, menarik dan fokus utama seluruh ahli Umno serta rakyat Malaysia keseluruhannya.
Dalam situasi tersebut pastinya pelbagai ledakkan “peluru berpandu” dusta akan dilepaskan oleh kalangan orang keliling Abdullah Ahmad Badawi sebagai usaha menyelamatkan kedudukannya agar dapat dijadikan perisai serta payung berteduh.
Paling sensasi diledakkan oleh kalangan “pencacai” politik adalah skandal BMF anak syarikat Bank Bumiputra di Hong Kong seperti musim pemilihan presiden Umno 1987 menyaksikan pertembungan antara Tengku Razaleigh Hamzah menentang Dr. Mahathir Mohamad.
Untuk tidak terkeliru dengan “psywar” atau perang saikologi politik, ada baiknya ahli-ahli Umno mempersiapkan diri mereka dengan butiran kebenaran agar tidak terjebak menjadi percaya terhadap fitnah serta dusta yang sengaja dicetuskan.
Siasatan serta kajian terperinci membuktikan Tengku Razaleigh Hamzah bebas dari skandal tersebut kerana sejak ditubuhkan hasil kongres ekonomi Melayu pertama sekitar tahun 1970, Bank Bumiputra diletakkan dibawah penyeliaan serta pengawasan Pejabat Perdana Menteri sepenuhnya.
Berbeza dengan syarikat milik kerajaan lain terutama institusi perbankan berada di bawah kawal selia Kementerian Kewangan, tetapi untuk Bank Bumiputra, sejak diasaskan oleh Tengku Razaleigh ia diletakkan dibawah kawalan Pejabat Perdana Menteri.
Ramai tidak mengetahui, resolusi kongres Ekonomi Melayu pertama mengusulkan agar sebuah bank (Bank Bumiputera) sebagai sandaran orang-orang Melayu memajukan ekonomi mereka hendaklah dipimpin oleh Allayarham Tun Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri kepada Tunku Abdul Rahman ketika itu.
Agar ianya tidak menyinggung perasaan Tunku Abdul Rahman, Allayarham Tun Abdul Razak (bapa kepada Dato’ Seri Najib ) meminta agar Bank Bumiputra diletakkan terus dibawah kawal selia pejabat Perdana Menteri dengan Tengku Razaleigh dilantik sebagai Pengerusi Bank setelah kematian penuh misteri Pengerusi pertamanya Allahyarham akauntan Raslan.
Sebaik dilantik sebagai menteri kewangan oleh Tun Husein Onn, beliau telah meletakkan jawatannya di Bank Bumiputra tanpa boleh mencampuri sebarang urusan samada perjalanan,operasi dan pentadbiran bank tersebut meskipun dan ketika itulah tercetusnya skandal BMF di Hong Kong.
Ekoran dari cabarannya terhadap Presiden Umno pada tahun 1987, Tengku Razaleigh dituduh dalam skandal tersebut. Malahan media massa di dalam mahupun luar negeri mula menyerangnya dengan taburan fitnah penuh kedustaan kononnya Putera Istana Kelantan itu terlibat sama.
Sebagai usaha membersihkkan namnya diperingkat antara bangsa, beliau mengambil tindakan menyaman tiga buah akhbar, satu di Hong kong dan dua di London kerana menuduhnya dalam skandal tersebut. Setelah dibawa ke mahkamah terbukti dirinya tidak terlibat disamping memperolehi ganti rugi .(sila lihat kenyataan akhbar tahun 1990 permohonan maaf dari ketiga tiga akhbar itu.)
Malangnya permohonan maaf dari ketiga-tiga syarikat tersebut hanya terselit diruangan cukup terbatas dan tidak ramai berkesempatan membacanya mengakibatkan isu tersebut berterusan berlegar di pasararan politik tanah air.
Ditanya kenapa beliau tidak mengambil tindakan terhadap akhbar tempatan, Tengku Razaleigh menjelaskan iklim politik ketika itu menyaksikan laluan sukar baginya mencari kebenaran disebabkan mahkmah dilihat gagal menterjemahkan keadilan secara jelas dan nyata.
“Saya juga tidak sampai hati berbuat demikian kerana jika akhbar tersebut gagal mempertahakan dirinya dimahkamah pastilah ia harus membayar harga cukup mahal serta tinggi.
“Saya yakin boleh menang dalam kes tersebut, tetapi mampukah saya membunuh syarikat yang selama ini saya anggap sepebagai anak sendiri. Biarlah dosa itu diampunkanlah oleh yang maha esa. Tidak sampai rasanya hati ini untuk mengambil tindakan terhadap akhbar. “ ujar nya dalam suara berbaur keharuan dan sedih.
Sementara itu dalam pertemuan dengan Ezham Mohd Nor, Pengerusi Gerak sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang menyanggah sebarang perlakuan rasuah, beliau menyatakan bahawa dari siasatan serta penghayatan Gerak, Tengku Razaleigh bebas dari sebarang kegiatan rasuah.
“Saya berani bertegas, dalam soal rasuah, tidak setitikpun noda-noda korupsi terlekat di batang tubuh Tengku Razaleigh. Malahan beliau juga merupakan pemimpin cukup menentang perbuatan rasuah. Ini bukan rekaan atau sekadar cakap-cakap, namun Gerak cukup yakin beliau adalah pemimpin yang benar-benar bebas dari Rasuah serta cukup konsisten menentang jenayah korupsi.” Ujar Ehzam Mohd Noor.
Malahan sewaktu perbicaraan kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang disifatkan sebagai konspirasi pihak tertentu mahu menjatuhkannya, mantan Timbalan Perdana Menteri itu pernah menyebut didalam afadavitnya (insyallah akan disiarkan dikeluaran akan datang) bahawa sewaktu berhenti dari jawatan Bendahari Umno, Tengku Razaleigh Hamzah ada meninggalkan sekitar RM 750 juta harta milik parti itu.
Seandainya Putera Istana Kelantan itu mudah gelap mata tentulah harta dan wang sebegitu banyak tidak akan diserahkan olehnya kembali kepada Umno. Memperkukuhkan kenyataan tersebut penulis pernah diberitahu olehnya bagaimana Almarhum ayahndanya berpesan,
“Kita tidak boleh mengambil wang atau harta atau barang yang bukan milik kita. Ingatlah, sekali kita mengambil atau menerima sesuatu yang bukan milik kita maka selama-lamanyalah jiwa dan diri kita tergadai.” Ujarnya
Sesungguhnya korupsi merupakan agenda beliau untuk diperangi sebagai landasan utama perjuangan politiknya. Tengku Razaleigh Hamzah disingkirkan dari arus perdana politik tanah air kerana golongan yang rakus meneguk budaya korupsi tidak mungkin merestuinya berada di anjung kuasa.... fikir-fikirkanlah.
Friday, March 28, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Teringat saya kisah yang diceritakan oleh Allahyarham Pak Yem tentang YBM Tengku yang amat memegang kepada prinsip dan tegas apabila menegakkan undang-undang. Ketika itu Pak Yem pulang dari Singapura bersama-sama dengan YBM Tengku dan apabila melalui pihak kastam, pegawai-pegawai kastam memberi laluan "hijau" kepada kereta-kereta rombongan YBM Tengku. Dipendekkan cerita, YBM Tengku bertanya kepada Pak Yem dan dua tiga orang lagi samada mereka membeli apa-apa barang dari Singapura yang bercukai, YBM Tengku ketika itu memegang jawatan Menteri Kewangan mengarahkan semua pegawai membayar cukai walaupun mereka sudah melepasi kawasan pemeriksaan. Kisah begini walaupun lucu kerana bayangkanlah rupa kelat pegawai-pegawai kerajaan yang menyangka boleh lepas dari cukai, namun tersirat dengan mesej tentang karektor YBM Tengku yang mempunyai intergriti yang tinggi dan ciri-ciri kepimpinan yang berwibawa.
Warisan Pak Yem
tengku razaleigh orangnya bagus, tak tamak harta..seingat saya tengku razaleigh terpernah kejar harta kekayaan hasil dari kerajaan.
Salam,
Buat YBM Tengku Razaleigh, perjuangan ikhlas dan nawaitu kerana bangsa, agama dan negara sentiasa bersama YBM Tengku. Jelas perjuangan YBM Tengku dalam parti UMNO dan parti Melayu Semangat 46 adalah kerana keikhlasan membangunkan bangsa Melayu agar kekuatan bangsa menunjangi kekuatan negara. Teruskan perjuangan YBM Tengku, doa rakyat tetap bersama.
Wasalam.
Assalamualaikum... sekadar mencelah sedikit.
SELAMAT BERJUANG KEPADA YBM Tengku..semoga Allah merestui perjuangan YBM Tengku untuk mengembalikan maruah orang Melayu.
Pada pemilihan Presiden UMNO tahun 1987.. gambar pejabat YBM Tengku ketika menjadi Menteri Kewangan ( sungguh eksklusif dan mewah) dipaparkan untuk memancing emosi orang ramai bagi menentang YBM Tengku. masih kah ada menyimpan gambar itu? Pesan saya..jangan dipatuk oleh ular yang sama pada lubang yang sama pada waktu berlainan.
Pilihanraya tahun 1990 (kalau tak silap)..YBM Tengku dipaparkan memakai songkok Kadazan yang mempunyai salib bersama Joseph Pairin Kitingan. Masih kah ada gambar itu??? sekali lagi..jangan dipatuk oleh ular yang sama di lubang yang sama pada waktu berlainan. Sekadar mengingatkan sahaja.. SELAMAT BERJUANG.
pendapat ini untuk dibaca dan tuan sahaja dan tidak perlu disiarkan.Tq
Hidup KU LI!
"tengku.. bagaimana kita dpat melahirkan ahli politik yang merdeka..ahli politik seperti tengku.. bebas tidak ada pergantungan dengan siapa pun.."
saudara zainal .. jawapan nya mudah sahaja.. "IMAN".. jawapan tengku kepada saya..
saya bersama sama tengku untuk perjuagan melayu..
KU LI PALU GENDANG PERANG!
Gedang perang telah dipukul bertalu-talu. Gegak gempita Tanah Malaya. Muncung-muncung meriam sedang dihalakan ke Mahligai Putra Jaya. Serunai ditiup sayup-sayup bunyinya. Bala tentera telah berada diperbatasan terakhir…
Inilah saki-baki bala tentera yang masih setia kepada Anak Raja berjiwa rakyat. Percubaan terakhir untuk menakluk hieraki kepimpinan UMNO. Setelah dimalu dan diaibkan semenjak sekian lama; Tengku Razaleigh Hamzah bangkit menuntut kembali takhta singahsana UMNO yang dirampas darinya semenjak diakhir tahun 70an lagi.
Bapa Ekonomi Orang Melayu masuk kembali kegelanggang sebagai seorang Panglima Melayu berpantang undur sebelum ajal. Semenjak kembali semula kepada UMNO pada tahun 1996, Ku Li dilayan saling tak tumpah sebagai Ashkar Gurkha. Segala jasa dan budi beliau kepada ekonomi orang melayu dan pembangunan Malaysia tidak pernah langsung disebut oleh media massa. Legasi beliau terhakis sedikit demi sedikit setelah mengalami ‘kekalahan bermaruah’ hanya 43 undi di Perhimpuan Agung UMNO pada tahun 1987 kepada rakan sekapal Dr. Mahathir Mohammad.
PETRONAS yang menjadi salah satu syarikat petroleum gergasi didunia pada hari ini siapa yang menubuhkannya? Bank Bumi Putra Malaysia Berhad yang banyak menyokong usahawan-usahawan melayu yang baru mula hendak belajar berniaga, siapa yang menubuhkannya? Bangunan UMNO dan PWTC hasil usaha siapa? Anda tidak tahu bukan. Maka rajin-rajinlah mengkaji sejarah. Malah banyak lagi jasa Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah yang tidak cukup untuk disebutkan disini.
(Sila baca artikel selebihnya di:
http://theindiestory.blogspot.com/)
Assalamualaikum kepada penyokong YBM Tengku Razaleigh Hamzah saya juga adalah penyokong YBM Tengku Razaleigh Hamzah apa kata kita buat satu forum dan jemput Tengku Razaleigh? Kalau anda bersetuju sila hubungi email saya tokmek@streamyx.com
Post a Comment