Sunday, March 16, 2008
Gayung Ku Li bersambut: Pemuda Umno Johor cadang Perhimpunan Agung Khas
Posted by Erin
Monday, 17 March 2008
(KLpos) JIKA sebelum ini, bekas Menteri Kewangan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah menulis surat kepada 193 ketua UMNO bahagian meminta diadakan Perhimpunan Agung luar biasa, kini saranan tersebut disambut Pemuda Umno Johor.
Menurut laporan Bernama, Pemuda Umno Johor hari ini mencadangkan supaya perhimpunan khas Umno diadakan segera bagi membincangkan masalah dan pertikaian pendapat yang timbul dalam parti ekoran tsunami politik dalam pilihan raya umum 8 Mac lepas.
"Presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan pemimpin-pemimpin lain juga boleh mengambil peluang untuk memberi amanat dan menerangkan kepada akar umbi bagi merapatkan barisan. Yang penting kita kena kembalikan keyakinan rakyat kepada Umno"
Pengerusi Tugas-Tugas Khas Pemuda Umno Johor Suhaimi Khalid berkata perhimpunan khas itu hendaklah diadakan sebelum Perhimpunan Agung Umno yang dijangkakan pada Ogos depan, memandangkan keadaan akar umbi yang kini bergolak.
"Perhimpunan khas ini akan membolehkan anggota parti bermuzakarah antara satu sama lain untuk selesai masalah. Kita tak boleh tuduh sesama sendiri sebaliknya bermuhasabah.
"Presiden parti Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan pemimpin-pemimpin lain juga boleh mengambil peluang untuk memberi amanat dan menerangkan kepada akar umbi bagi merapatkan barisan. Yang penting kita kena kembalikan keyakinan rakyat kepada Umno," katanya ketika menghubungi Bernama dari Kota Tinggi, Johor hari ini.
Beliau berkata pertikaian pendapat yang timbul melibatkan pemimpin dan anggota Umno sejak akhir-akhir ini tidak menguntungkan parti, sebaliknya melemahkan orang Melayu.
Sebelum ini, Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin ketika ditemubual Bernama di Putrajaya berkata tsunami politik yang melanda negara pada pilihan raya umum ke-12 merupakan pengajaran yang menuntut semua pihak termasuk kepimpinan negara bermuhasabah dan mencari pendekatan sesuai untuk mengembalikan keyakinan rakyat.
Beliau juga meminta pemimpin akar umbi agar turun ke bawah menerangkan kepada akar umbi mengenai situasi politik semasa agar mereka tidak menjadi seperti "anak ayam kehilangan ibu".
Muhyiddin menyifatkan kegagalan Barisan Nasional (BN), ditunjangi Umno, MCA, MIC dan Gerakan, mengekalkan majoriti dua per tiga dalam pilihan raya sebagai genting dan perlu diterima dengan (fikiran) terbuka oleh semua pihak.
Episod politik tentang siapa yang bakal menjadi Menteri Besar Perlis; kedudukan Datuk Seri Idris Jusoh sebagai Menteri Besar Terengganu; dan tindakan Ahli Parlimen Jerlun yang juga anggota Exco Pemuda Umno, Datuk Mukhriz Mahathir meminta Abdullah meletak jawatan, kini menjadi bualan hangat akar umbi
Sebelum ini, Tengku Razaleigh mencadangkan perhimpunan agung khas Umno itu diadakan pada 11 Mei ini.
"Saya mencadangkan tarikh tersebut kerana ia adalah hari ulang tahun (penubuhan) Umno," katanya.
Sementara itu Agendadailly.com melaporkan bahawa seorang orang kanan Tengku Razaleigh Hamzah yang dihubungi portal berita untuk mengesahkan apa benar Tengku Razaleigh ada menghantar surat itu berkata setahunya ada.
Katanya surat itu dihantar kepada Ketua-Ketua UMNO Bahagian dan para ahli jawatankuasa bahagian di seluruh negara.
“Yang you dapat menerusi email itu saya tak pasti kesahihan kandongannya tetapi surat itu hanya ditujukan kepada mereka yang berkenaan saja,”katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment