Friday, March 21, 2008

Dr. M sokong Kuli - Agendadaily

Dr. M sokong cadangan Ku Li


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyokong cadangan Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah supaya UMNO mengadakan Perhimpunan Agung Khas bagi membincangkan prestasi buruk Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-12 8 Mac lalu. Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas melancarkan buku mengenai Tan Sri Basir Ahmad di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrjaya hari Jumaat. Tengku Razaleigh sebelum ini telah menghantar surat kepada semua Ketua UMNO Bahagian yang mencadangkan agar usaha digerakkan bagi mengadakan perhimpunan agung khas tersebut pada 11 Mei 2008 bersempena dengan sambutan ulang tahun UMNO. Selain cadangan tersebut, Tengku Razaleigh turut menyatakan kesediaannya untuk bertanding jawatan Presiden UMNO dalam usaha yang didakwanya untuk merawat UMNO. Tengku Razaleigh pernah mencabar jawatan Presiden UMNO yang disandang oleh Dr. Mahathir pada tahun 1987.

No comments: