Oleh Utusan
Selasa, 25 Mac 2008
KL: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, sebagai ahli parti, Tengku Razaleigh Hamzah berhak untuk bertanding merebut jawatan Presiden.
Beliau berkata, ia boleh dilakukan dengan syarat mematuhi Pasal 9(5) Perlembagaan UMNO iaitu setiap individu yang akan bertanding perlu mendapat sokongan daripada 30 peratus bahagian di seluruh negara.
Tambah Rais, budaya cuba menakutkan mana-mana pihak daripada membuat perubahan dalam UMNO adalah tidak wajar kerana ia bertentangan dengan sikap masyarakat yang mahu berubah.
Rais merupakan Timbalan Presiden Semangat 46 sebelum ia dibubarkan.
Tuesday, March 25, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Baguslah Datuk, Sila sedarkan org2 lain dalam parti kesayangan kita..
Assalamualaikum semua,
Sudah sampai masanya jawatan presiden di pertandingkan. Tanpa presiden baru UMNO sukar untuk dipulihkan, apa lagi untuk mengambil kembali empat negeri yang jatuh ketangan BR.
Kalau UMNO dapat Presiden baru dan ahli UMNO ubah sikap sombong, angkuh, pembodek, etc, barulah dapat kepercayaan dan keyakinan rakyat kembali. Kalau tidak UMNO akan jadi parti yang tidak releven lagi di alam maya ini.
Iklim politik masa kini telah berubah. Kalau UMNO/BN masih lagi berkuasa, tunggulah pelbagai tuntutan dari pihak MCA/Gerakan, MIC/PPP akan berkumandang, UMNO akan terus dihimpit akibat kekalahan dalam PRU-12.
UMNO harus dipimpin oleh seorang yang cukup tegas dalam menghadapi rakyat pelbagai kaum di Malaysia ini. Ketegasan dalam pelbagai aspek samada ekonomi dan politik perlu diambil kira.
sokong kuli
Ku li is my favourite calon!
kuasa org2 melayu perlu dikembalikan semula,...
kill the corruption and be clean in UMNO.Yuong voice must be consider and take some action because in todays phenomenon, all info moved very fast.
The most important thing; postmorterm at root stage!
Secondly, use all media transfornation.
third, angkat ku li naik!
Post a Comment