Thursday, March 27, 2008

KEMASKINI: Kadir, Malek Hanafiah, Ibrahim Saad antara ketua bahagian jumpa Ku Li

KIRA-KIRA 100 orang ahli UMNO di rumahnya di Jalan Langgak Golf,Kuala Lumpur dari jam 12 tengahari hingga jam 3 petang Khamis.

Bekas Menteri Kewangan dan Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu telah menyampaikan ucapan kepada para hadirin.Antara Ketua UMNO bahagian yang hadir ialah Datuk Kadir Sheikh Fadzir (Kulim Bandar Baru),Datuk Malek Hanafiah (Taiping) dan Datuk Ibrahim Saad (Batu Kawan).

Pertemuan itu antara lain bertujuan untuk buat post-mortem keputusan pilihanraya 8 Mac. Disamping Tengku Razaleigh ada juga beberapa orang hadirin bangunan berucap.Kalangan mereka mendesak

Tengku Razaleigh jangan berganjak dan tetap bertanding jawatan Presiden UMNO.Mereka juga mahu agar pucuk pimpinan mengadakan Perhimpunan Agung Khas UMNO (EGM) untuk membolehkan para perwakilan dari seluruh negara bercakap mengenai isu semasa dalam parti.

Pertemuan itu juga merancang untuk mengadakan roadshow ke negeri-negeri untuk menilai keputusan pilihanraya.

BERITA SEBELUM INI

Ada apa di White House Malaysia hari ini?

KECOH, ramai yang hendak tahu majlis apa yang diadakan di banglo besar berwarna putih di Jalan Langgak Golf, Jalan Ampang tempat kediaman rasmi anak raja dari Kelantan.

Pagi-pagi KLpos.com diberitahu bahawa tenggahhari ini ada perjumpaan Ketua-Ketua Bahagian Umno di rumah Tengku Razaleigh Hamzah.

Menurut maklumat tersebut, pertemuan tidak rasmi itu dianjurkan oleh Ku Li atas permintaan Ketua-Ketua Bahagian Umno terbabit.

Bagaimanapun, KLpos yang menghubungi orang kanan Ku Li diberitahu bahawa pertemuan terbabit memang diadakan.

"Ia antara ahli Umno dengan Ku Li, mungkin ada di antara mereka Ketua Bahagian, tetapi mereka hadir atas kapasiti ahli Umno, bukan atas jawatan masing-masing," kata orang kanan Ku Li terbabit.

2 comments:

Anonymous said...

Welcome UMNO TAM ...

http://umnotam.blogspot.com/2008/04/bedahsiasat.html

Anonymous said...

Salam Kuli, Nah sekarang masa yang d tunggu2 buat Kuli, Kuli tidak perlu lagi mau mencabar Presiden UMNO Kuli BERHIJRAH sahaja ke PKR Pimpinan DSAI BN sudah akan Automatik Paralyse...Semakin lama lagi Kuli menungu seperti buah tak gugur maka semakin lama lagi kuli akan merasakan Mati Jiwa didalam Politik.