Tengku Razaleigh telahpun menyuarakan kesanggupannya untuk melakukan koreksi serta reformasi seperti yang dikehendaki oleh rakyat untuk seketika sebelum diserahkan pacuannya kepada pimpinan berwibawa di masa mendatang.
BELUM pernah terjadi dalam sejarah tanah air sejak kemerdekaan diraih dari tangan penjajah, tawaran seorang pemimpin ditolak dengan begitu mengaibkan. Di mana mahu Abdullah Ahmad Badawi meletakkan mukanya apabila dua orang Timbalan menteri yang dicadangkan olehnya enggan menerima pelawaan untuk menjadi sebahagian daripada sidang wazirnya.
Aib, memalukan dan sungguh tidak disangka sama sekali Tengku Azlan Sultan Abu Bakar serta Datuk Hanifah Aman secara terbuka mengumumkan penarikkan dirinya menjadi Timbalan Menteri seperti yang diumumkan oleh Abdullah Ahmad Badawi tengahari selasa lalu.
Seluruh rakyat jadi terpempan bila mendengar kenyataan terbuka dari kedua-dua pemimpin yang selama ini merupakan sebahagian daripada tungak mendukung kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi menolak perlantikan mereka kerana tidak lagi sanggup merelakkan kebobrokkan urus tadbir negara kian sempang peranang.
Menjadi situasi lebih parah lagi apabila Setiausaha Agung Umno dan Barisan Nasional Datuk Radzi Sheikh Ahmad turut mengumumkan perletakkan jawatan secara serta merta. Dalam situasi sebegitu merencam, Pengerusi Perhubungan BN dan Umno Selangor juga turut meletakkan jawatan dan khabarnya bakal menyusul beberapa tindakan sedemikian dalam waktu terdekat.
Sebelum itu Ahli Parlimen Jerlun yang juga Exco Pergerakan Pemuda Umno telahpun menulis surat panjang mendesak agar Abdullah Ahmad Badawi mengundurkan diri dari jawatan Presiden parti serta sebagai Perdana Menteri.
Setelah surat meminta diadakan pertemuan melakukan muhasabah diri oleh Tengku Razaleigh Hamzah tidak diendahkan oleh Perdana Menteri yang masih diulit mimpi dan merasakan dirinya tetap dipuja oleh rakyat akhirnya petang tadi di Kota Bharu Kelantan, Putera Istana negeri tersebut menyatakan kesediannya menentang Abdullah jika diberi kepercayaan oleh ahli-ahli Umno.
Gendang nafiri perang telah kedengaran, sokongan dari ahli-ahli Umno pelbagai peringkat mula bersahut menandakan sudah sampai masanya Tengku Razaleigh Hamzah segera ditampilkan dalam membersihkan rumah Umno dari terus dihuni oleh kalangan anai-anai dan Parasit politik. Masih belum sedar diri lagikah Abdullah terhadap isyarat rakyat jelata menolak kepimpinannya?
Bukan sekadar ahli Umno merasa jelak dan meluat mempunyai presiden yang dipenuhi oleh kurap-kurap politik, malahan rakyat juga sudah tidak lagi rela dipimpin oleh seorang Perdana Menteri cukup meloyakan kesan terlalu banyak noda serta dosa terpalit ditubuh badannya kesan kemunafikkan dan dolak daliknya.
Perlu apa lagi baginya untuk bermimpi di siang hari ? Jelas terbukti kesan pilihanraya ke 12 dua minggu lalu gelombang Tsunami meledakan Suara Rakyat Kuasa Keramat untuk menolaknya agar segera turun dari anjung kuasa. Biarpun Barisan Nasional mampu bertahan sejumlah 140 kerusi Parlimen namun jelas tanpa adanya bantuan dari Sabah dan Sarawak Barisan Nasional sudah terhakis kuasanya. Sedar dirilah, tahu malulah duhai pemimpin yang tidak lagi mendapat kepercayaan dari rakyat di Semenanjung Malaysia.
Sesungguhnya Abdullah Ahmad Badawi perlu sedar diri, kalangan masyarakat China yang bernaung dibawah parti MCA cukup membencinya saat ini, Ahli-ahli Pergerakan Wanita Umno sudah tidak lagi bersedia menghormatinya kesan perlantikan barisan jemaah menteri tanpa adanya wakil dari Pergerakan yang selama ini bertungkus lumus bersengkang biji mata mempertahankannya.
Pimpinan Umno di Sabah amat tersinggung cara Abdullah membalas budi kepada mereka apabila hanya seorang sahaja Menteri dilantik dari kalangan pimpinan Umno Sabah dengan jawatan sebagai penjaga muzium dan pesta tari menari. Sedangkan negeri di bawah bayu itu memerlukan perhatian sewajarnya atas kesetian mereka menjamin kemenangan Barisan Nasional.
Ahli dari parti Gerakan telah lama merasa kecewa gara-gara percaturan politik berbau perkauman gagal dibendung oleh Abdullah, masyarakat India tidak lagi percaya terhadap parti MIC yang dikatakan gagal berfungsi membawa kesejahteraan masyarakat India dan dolak daliknya berhubung persoalan masadepan mereka sebagai sebahagian daripada wargabangsa yang cinta damai.
Khabarnya mantan Timbalan Perdana Menteri Musa Hitam juga turut naik angin apabila melihat campur tangan anak menantu Abdullah dalam pentadbiran parti serta negara. Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir turut terkilan serta amat kecewa oleh lagak anak menantunya menjadikan Abdullah bagaikan kuda tonggangan
Rakyat melihat kesuburan ekonomi negara semakin kabur dan bakal mengundang situasi lebih parah menjadikan mereka sebegitu tenat kesan kenaikkan harga barangan keperluan. Dan dalam situasi penuh kegawatan itulah Tengku Razaleigh menyuarakan kesediannya untuk segera membersihkan rumah Umno dari kebobrokan serta parasit politik yang menjahanamkan negara.
Sejak keputusan pilihanraya ke 12 dua minggu lalu hinggalah kehari ini, pasaran saham di bursa Kuala Lumpur benar-benar berada dalam situasi suram serta cukup tidak bermaya. Terlalu banyak tangan-tangan pelabur akan terbakar untuk menjadi calon muflis. Pedagang dari luar semakin engan berada dalam pasaran, pelabur juga turut menyepikan diri menjadikan kelembapan ekonomi bakal berada dikeadaan cukup kritikal.
Seharusnya sebarang perasangka atau sentimen hendaklah diketepikan. Ekonomi negara perlu segera diselamatkan untuk tidak menjerut kehidupan rakyat menjadi semakin parah. Negara amat memerlukan kehadiran pemimpin yang benar-benar diyakini oleh para pelabur luar serta masyarakat pedagang dan sektor koporat supaya segera memacu ekonomi untuk kembali stabil.
Kesuburan ekonomi perlu ditangani segera agar keyakinan pelabur kembali terjelma. Budaya korupsi merampok harta rakyat oleh kalangan wazir dan orang keliling Abdullah mesti dihentikan. Tengku Razaleigh telahpun menyuarakan kesanggupannya untuk melakukan koreksi serta reformasi seperti yang dikehendaki oleh rakyat untuk seketika sebelum diserahkan pacuannya kepada pimpinan berwibawa di masa mendatang.
Api kemarahan rakyat mesti segera dipadamkan dengan menjelmakan kepimpinan yang telus, berintegeriti serta menghapuskan budaya korupsi, pengkayaan kroni, jenayah rampokan harta rakyat, cakap berbelit-belit penuh kemunafikkan. Untuk itu apa salahnya jika kita berfikir secara rasional meluangkan sedikit ruang kepada Tengku Razaleigh melakukan tugas berat ini agar negara kembali kelandasan yang betul.
“Saya tidak penting, kehadiran saya sekadar membantu melakukan pembetulan yang sudah jauh menyimpang dari asas sejak negara mencapai kemerdekaan. Kehidupan rakyat serta masa depan negara mengatasi segalanya. “ merupakan antara lafaz kenyataan Tengku Razaleigh sewaktu ditemui sebelum mengumumkan kesediannya untuk menawarkan diri bertanding jawatan Presiden Umno.
Dalam saat kegawatan sebegini mendesak dengan percaturan politik sempang peranang Abdullah Ahmad Badawi melampiaskan nafsu nafsi kerajaan tiga beranak, dalam persiapan mengembalikan kepimpinan negara kepada barisan pemimpin yang benar-benar berwibawa serta berintegeriti, k e napa harus diketepikan usaha Putera Istana Kelantan untuk memulihkan situasi sebegini parah?
Rakyat tidak lagi bersedia memperjudikan untung nasib mereka ditangan Abdullah. Api kemarahan yang dijelamakan menuntut agar Abdullah segera berundur. Pembersihan secara total berhubung urus tadbir negara perlu dilakukan segera. Suara Rakyat Kuasa Keramat adalah penentu segala
Rakyat tidak lagi bersedia memperjudikan untung nasib mereka ditangan Abdullah. Api kemarahan yang dijelamakan menuntut agar Abdullah segera berundur. Pembersihan secara total berhubung urus tadbir negara perlu dilakukan segera. Suara Rakyat Kuasa Keramat adalah penentu segala
Friday, March 21, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Lontaran idea penulis sangat tepat. Saya sangat sokong dan harap semua ahli UMNO sokong hasrat KU LI. Ini bukanlah masa tak sesuai atau tak kondusif. Nak tunggu sampai bila? Nak tunggu huru hara dulu macam zaman penjajah? Orang indonesia duk kutuk kita macam-macam.Jadi izinkanlah Ku Li yang pernah berjasa pada tanah tercinta ini berjuang untuk kita. Kepada pemimpin sekarang, jangan takut berubah. Jangan jadikan kerusi untuk kepentingan diri. Jika Ku Li tak mampu, suruhlah dia undur. Saya percaya, dia akan bagi green light kepada kapten baru seandainya dia tak mampu harungi badai. KIta harus solid dengan fahaman, hasrat yang sama. Buang jauh-jauh niat tak baik.
Menyokong penuh hasrat YM Tengku untuk bertanding jawatan Presiden!!
Saya percaya ia adalah niat ikhlas untuk berkhidmat untuk agama dan bangsa. Jika tidak kerana ingin melihat UMNO kembali ke landasan perjuangan yang sebenar, apa perlu YM Tengku bersusah payah menerima hentaman dari pembodek-pembodek kepimpinan UMNO sekarang.
Saya yakin pada YM Tengku sebagaima keyakinan Pak Yem pada YM Tengku.
Insyallah.
satu perubahan baru perlu untuk kebaikan semua.
Saya yakin UMNO masih d hati org Melayu.
Post a Comment